Friday, May 29, 2009

Bosannya!!!!!!!!

Aku rasa bosan pula hari ini....Entah mengapa perasaan bosan itu wujud dalam diriku tika ini. Apa-apa yang aku lakukan serba tak kena pula.. Agaknya aku dah penat berfikir kot. Hal ini menyebabkan aku bosan dengan semua perkara. Tidur ibarat mati sementara, tidur juga menjadikan kita bertenaga semula apabila terjaga daripada tidur yang berkualiti kita lakukan dalam diri kita. Reda aje dengan apa-apa yang akan berlaku dan hadapila dengan berhemah dalam segala hal untuk meneruskan kelangsungan hidup kita yang menanti detik-detik terakhir dalam kehidupan kita. Kita akan menuju ke satu tempat perhentian alam baka sementara menanti perhentian seterusnya. Walau bagaimanapun kita hendaklah sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada pada kita untuk kepentingan bersama.

Thursday, May 28, 2009

23 Mei 2009

23 Mei 2009 bersamaan hari Sabtu merupakan hari yang penuh sejarah dalam diriku... Syukur alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk menikmati hidup yang mencabar ini. Hari ini juga merupakan hari kembali ibu tercinta kepangkuanNya yang kedua tahun, semoga roh ibuku mendapat rahmat daripadaNya. Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur kepadaMu kerana memberi aku peluang untuk menyayangi orang yang amat menyayangiku.Dalam hal ini kita perlu bersyukur dengan nikmat yang kita peroleh dan menghargai orang yang menyayangi kita. Bukan mudah kita memperoleh kasih sayang yang tulus ikhlas daripada seseorang, hargailah mereka sebelum menyesal kemudian hari. Allahuakbar!aku perlu mengharaginya dengan ikhlas dan tulus malah satu kerugian kita tidak pandai menilai keikhlasan seseorang terhadap kita selama ini. Jam 2.00pm satu perkongsiaan ilmu dengan guru-guru daerah Kudat berlangsung di BPG Kudat.

Tuesday, May 5, 2009

Berkongsi Ilmu Di Sekolah Menengah Sains Sabah

Pada 6 Mei 2009 bersamaan hari Rabu saya akan berkongsi ilmu bersama para pelajar tingkatan tiga teknik cara jawab bahasa Melayu PMR. Semoga para pelajar SMESH dapat faedah daripada perkongsian ilmu ini.