Tuesday, June 16, 2009

Just For You


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

You Are A Beautiful Women

Did you know that it's Beautiful Women Month? Well, it is and that means you!!!
I'm supposed to send this to FIVE BEAUTIFUL WOMEN, and you are one of them!!!
Below is a wonderful poem Audrey Hepburn wrote when asked to share her "beauty tips?" It was read at her funeral years later.

For attractive lips, speak words of kindness...For lovely eyes, seek out the good in people
For a slim figure, share your food with the hungry.

For beautiful hair, let a child run his/her fingers through it once a day.

For poise, walk with the knowledge that you never walk alone... People, even more than things, have to be restored, renewed, revived, reclaimed, and redeemed; never throw out anyone.

Remember, if you ever need a helping hand, you will find one at the end of each of your arms.

As you grow older, you will discover that you have two hands; one for helping yourself, and the other for helping others.

If you share this with another woman, something good will happen. You will boost another woman's self esteem, and she will know that you care about her.

It's BEAUTIFUL Women Month
Hugs,
Squeeeeeze!!!
You've been given a hug.

Sunday, June 7, 2009

7 Jun 2009

Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Dalam kita menempuhi kehidupan ini, empat aspek yang perlu ada dalam diri kita iaitu kesabaran, kejujuran, keimanan dan amanah.Hal ini amat penting bagi kita meneruskan kelangsungan hidup kita dalam masyarakat yang berbilang bangsa,budaya dan status kehidupan. Mengapa kita harus membezakan status kehidupan antara satu sama lain? Sedangkan kita adalah sama sahaja diawal kejadian kita yang diciptakan oleh-Nya. Cuma yang membezakan adalah amalan kita terhadap-Nya.
Siapakah kita yang berhak menegur dan mengatakan seseorang itu derhaka? Siapakah kita yang berhak menegur dan mengatakan seseorang itu alim? Bukan kita! Bukan awak! Bukan engkau! Bukan kamu! Bukan mereka! Bukan saya! Hanya Dia yang Maha Mengetahui dalam hal ini. Tepuk dada tanya selera.
Tuntasnya, kita perlu memperbaiki diri kita terlebih dahulu sebelum menilai seseorang itu dari segi luaran sahaja justeru hanya seseorang itu yang tahu siapa dirinya yang sebenar dalam kelangsungan hidup di dunia fana ini, hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam.

Thursday, June 4, 2009

4 Jun

Salam, 4 Jun merupakan tarikh kepulangan arwah ayah saya yang amat aku sayang kepadaNYa yang ke-15 tahun meninggalkan kami. Kasih seorang ayah kepada anak-anaknya tidak dapat kita lihat dengan mata kasar kita malah hanya kita yang mengetahui dan mengalami perasaan itu daripada seorang ayah. Ayah banyak berkorban untuk kita. Aku amat menghargai pengorbanan seorang ayah yang aku sayangi. Kasih sayang, teguran, dan kemarahan ayah kepada aku sewaktu aku berada di alam persekolahan banyak memberi faedah kepada aku. Terima kasih ayah. Kerinduan yang amat menebal terhadap ayah sukar untuk diungkapkan melalui kata-kata. kini tidak ada lagi kucupan kasih sayang seorang ayah kat dahiku begitu jua sebaliknya kulakukan kepada ayahku. Kata-kata nasihat ayah masih segar dalam mindaku. Al fatihah buat arwah ayahku Haji Matnoor bin Durahman.

Monday, June 1, 2009

Kosa kata dalam karangan anda

Contoh penggunaan kosa kata dalam karangan.

Perhatian:
• Kosa kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat di bawah ini tidak berdasarkan urutan sesuatu tajuk yang khusus, sebaliknya dibuat secara umum.
• Ayat-ayat ini hanya sekadar panduan tentang cara penggunaan sesuatu kosa kata itu
1. Sejajar dengan perkembangan negara dalam era teknologi moden, fenomena kesesakan lalu lintas menjadi topik perbincangan yang hangat dewasa ini.
2. Namun demikian, bagaimankah kita dapat merealisasikan impian tersebut, jika masalah ini terus-menerus menghantui hidup kita?
3. Sikap sesetengah warga kota yang hidup secara individualistik dan materialistik akan menyukarkan usaha memupuk masyarakat yang harmoni dan penyayang.
4. Gejala seperti ini tidak harus dibiarkan berlarutan, sebaliknya kita perlu prihatin untuk membendungnya sebelum menular menjadi lebih parah.
5. Peribahasa ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’ perlu dijadikan pedoman dan iktibar oleh seluruh rakyat agar dapat melahirkan masyarakat yang bersatu dan mempunyai semangat kekitaan yang tinggi.
6. Sebenarnya, usaha untuk membanteras gejala ini boleh direalisasikan seandainya ada penggemblengan tenaga dalam kalangan ahli masyarakat. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.’
7. Berdasarkan pandangan-pandangan yang dibincangkan, jelaslah bahawa fenomena ini harus ditangani segera sebelum ditimpa musibah yang boleh menghitamkan masa depan negara.

Jangan fobia menggunakan perkataan besar dalam karangan anda. Contohnya:
• Sofistikated
• Canggih
• Releven
• Domestik
• Marabahaya
• Enteng
• Bersekongkol
• Berkarisma

Penanda wacana dalam karangan anda

Bahagian pendahuluan
Mutakhir ini,…
Pada zaman muasir ini,…
Pada alaf globalisasi,…
Dalam alaf moden ini,…
Sejak kebelakangan ini,…
Dewasa ini,…

Bahagian isi
Selain itu,…
Di samping itu,…
Selanjutnya,…
Antara faktor..
Terdapat pelbagai prasana yang canggih,..
Langkah lain…

Bahagian Huraian Isi
Hal ini demikian kerana
Hal ini disebabkan oleh
Walaupun begitu,…
Sungguhpun pelbagai usaha telah dijalankan
Sejajar dengan perkara tersebut, …
Sehubungan dengan hal itu,..

Contoh dalam Huraian Isi
Sebagai contohnya,…
Sebagai misalannya,…
Umpamanya,…
Sebagai
buktinya,..
Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia,….
Antara kes terbaru…

Bahagian Penegasan Isi
Oleh itu,..
Seharusnya,..
Sebagai impaknya,…
Natijahnya,…
Oleh yang demikian,…
Jelaslah bahawa…

Bahagian Penutup
Kesimpulannya,..
Konklusinya,…
Akhir kata,…
Sebagai intihanya,…
Sebagai akhir bicara,…
Sebagai akhirulkalam,

2 hari bulan

2 hari bulan adalah tarikh yang paling bersejarah dalam diriku. Aku amat menghargai dengan apa-apa yang hadir dalam hidupku justeru aku bersyukur dengan apa-apa yang datang daripadaNya. Kehadirannya dalam diriku sesuatu yang amat bernilai daripada wang ringgit. Dalam masa yang sama aku cuba mengatur langkah yang bijaksana untuk tidak menyakiti hatinya.Beralah bukan bererti aku kalah. Namun demikian keikhlasan dan kejujuran adalah tunjang utama dalam ikatan yang terjalin tanggal 2 hari bulan yang lalu. Mengapa aku selalu mengalah? Adakah mereka berfikir tentang hatiku? Dalam hal ini tidak ada jawapan yang terungkai dan menyenangkan semua pihak malah janganlah seperti enau melepaskan pucuk masing-masing. Sesungguhnya,dalam semua perkara yang hendak kita lakukan hadir daripada ketulusan hati dan kasih sayang telus kita tanpa ada perasaan hasad dengki yang boleh memusnahkan perhubungan kita. Bersyukurlah dengan apa-apa yang telah kita peroleh daripadaNya. Aku reda dengan apa-apa yang akan datang daripadaNya. Siapalah aku? Aku hanya insan yang alpa dan naif yang masih mencari-cari sinar daripadaNYa untuk kujadikan bekalan masa depan. Terima kasih ketulusan,kejujuran dan kasih sayang daripadamu kepada aku malah aku menghargai hadir dirimu dalam dairy kehidupanku. Jangan lepaskan........Ampuni aku andai aku tersilap kata tanpa aku sedari telah melukai hati kamu. Hidupku harus diteruskan hingga ke noktah terakhir. Oleh hal yang demikian tidak ada manusia yang sempurna, cermin diri kita siapa diri kita yang sebenarnya. Apabila kita mengenali diri kita, kita bersyukur dengan nikmat yang diberi olehNya.