Hari ini hari selasa. Jam 8.00 pagi kami berkumpul di depan tempat tinggal kami. Tempat pertama kami TC (Teluk Cempedak) merupakan tempat orang ramai berkunjung bersama keluarga,teman dan kekasih. TC sebuah pantai yang terbersih di Malaysia. Maha Besar Allah yang menjadikan alam semesta ini. Damai juga minda kita bila berkunjung ke TC. Hampir sejam kami berada di TC.
Kemudian kami bergerak ke Pusat Beli Belah di Kuantan. Hampir sejam lima belas minit kami berada di sana. Macam-macam ada kat sana, kuatkan hati untuk tidak berbelanja lebih kat situ. Beli buat orang yang kita sayang aje sebagai tanda ingatan kita pada orang yang kita sayangi.
Selepas itu, kami bergerak balik ke tempat tinggal kami untuk makan tegah hari. Perut pun dah mula berlagu 'keroncong untuk Ana'. Al maklumlah kat sini makanannya semua pedas-pedas, sabar ajelah saya kerana lapar makan aje yang ada di hadapan mata.
Malam ini kami ada malam kebudayaan. Pasti seronok kot melihat persembahan yang akan mereka persembahkan nanti. Esok pagi kami akan bertolak ke Kuala Lumpur. Jalan-jalan kat Kuala Lumpur bersama dua pasukan iaitu Pasukan Bola Jaring dan Pasukan Hoki Maktab Sabah.
Tuesday, August 11, 2009
Monday, August 10, 2009
Hari keempat diperantauan
Mulakan hari kita dengan senyuman yang paling menawan. Syukur alhamdulillah kita diberi kesempatan menghirup udara nyaman pada pagi Isnin ini. Hari Isnin merupakan hari permulaan dalam seminggu kita memulakan segala perancangan hidup kita untuk meneruskan kelangsungan hidup. Apa yang pasti hari Isnin ini tidak akan sama dengan hari Isnin yang lalu, segala-galanya berbeza cuma nama hari Isnin tetap sama. Dalam pada itu yang berbeza adalah peristiwa-peristiwa yang akan berlangsung oleh kita sepanjang hari Isnin ini.
Sehubungan dengan itu, para pelajar akan memulakan hari persekolahan mereka pada hari Isnin dengan semangat waja untuk mencapai cita-cita yang mereka iginkan dalam hidup mereka. Selanjutnya, guru-guru akan memulakan hari mereka dengan penuh harapan mencurahkan bakti dan kesungguhan untuk mendidik anak bangsa dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah yang mereka miliki itu akan melahirkan para pelajar yang berketrampilan positif berdasarkan falsafah pendidikan kebangsaan negara. Walau bagaimanapun guru dan pelajar saling perlu-memerlukan antara satu sama lain untuk meneruskan misi pendidikan kebangsaan seperti yang termaktub dalam falsafah pendidikan.
Namun demikian, guru dan pelajar tidak boleh jalan sering untuk meneruskan misi negara justeru para ibu bapa hendaklah bekerjasama menjayakan misi negara tanpa ada perasaan jemu demi kepentingan anak-anak mereka berjaya dalam pendidikan.Seharusnya ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pendidikan anak-anak mereka ibarat kata peribahasa melentur buluh biaralah daripada rebung. Dalam pada itu, ibu bapa hendaklah memberi didikkan agama kepada anak-anak mereka sebagai keutuhan iman terhadap diri anak-anak mereka untuk membezakan mana intan dan yang mana kaca dalam menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran hidup. Oleh yang demikian,kita akan berbangga memiliki para pelajar yang tahu menghargai diri mereka untuk mencari ilmu pengetahun tanpa ada perasaan jemu dan putus asa dalam diri mereka. Jadilah pelajar yang menghargai pengorban ibu bapa dan guru untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam menuntut ilmu pengetahun sebagai pelajar yang berilmu dan berguna kepada bangsa dan negara.
Jadikanlah hari Isnin kita sebagai hari Isnin yang berkualiti dalam kita meneruskan hari-hari kita dalam tempoh seminggu ini penuh bermakna dan membanggakan diri kita sendiri dan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kita.

Sunday, August 9, 2009
Sinaran Mentari yang menyinari alam semesta

Hidup ini begitu indah apabila kita berada disamping orang tersayang. Kenikmatan hidup kita dapat rasa bersama. Namun kita akan rasa kehilangan apabila kita berjauhan dengan orang yang kita sayang. Bibit-bibit rindu menjelma tanpa diundang hadir dalam jiwa raga kita. Betapa seksanya kita menanggung kerinduan yang mendalam terhadap orang yang kita sayangi. Ternyata kita tidak boleh menipu diri kita untuk menyatakan yang kita tidak merinduinya malah talian telefon sebagai pengubat rindu kita untuk mendengar suara orang yang kita sayangi.
Dalam pada itu, kita teruji sama ada kita amat menyayanginya atau tidak. Sesungguhnya, kita amat menyayanginya malah tidak sabar-sabar ingin bertemu dan berbicara lebih dekat dan mesra bagai melepaskan rindu yang mendalam terhadap orang tersayang. Kesabaran adalah penting dalam masa kita berjauhan dengan orang yang kita sayang. Keikhlasan dan kejujuran adalah dua asas yang penting dalam kita menjalani kehidupan kita dalam perhubungan kita terhadap orang yang kita sayangi. Sesungguhnya kita teruja untuk saling sayang-menyayangi orang yang kita sayangi. Di samping itu, kita tidak mahu melihat orang yang kita sayangi itu menjadi tumpuhan orang lain sehinggakan wujud perasaan ketidakpuasan hati dalam diri kita yang boleh menjejaskan hubungan kita yang telah lama terjalin dengan penuh kasih sayang kita yang ikhlas.
Hargailah orang yang kita sayang dengan sebaik mungkin dan janganlah kita membelakanginya walaupun kita terpisah jauh buat seketika. Hakikatnya kasih sayang yang wujud dalam diri kita itu sebagai pengikat kasih sayang kita berdua. Sinaran mentari itulah sebagai lambang kasih sayang kita yang tulus ikhlas dalam hubungan kita selama-lamanya. Insya-Allah, hanya Allah jua yang menentukan segala-galanya.
Saturday, August 8, 2009
Aku ingin kau selalu
8 Jun 2009, hari kedua aku kat Pahang. Kampung aku yang kedua... a'aah kampung aku, tak lama lagi aku akan berhijrah di Pahang dan akan meninggalkan Sabah Tanah Tumpah Darahku. Wow, mampukah aku meneruskan kelangsungan hidup aku kat Pahang ini! Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku kekuatan untuk aku hadapi segala kemungkinan yang akan berlaku selepas ini. Aku igin engkau selalu hadir dan temani aku di setiap langkah menyakini aku sepanjang hidupku. Aku tak sanggup kehilangan dirimu.. Bagiku engkau adalah penyeri hidupku ketika ini. Engkau hadir dalam diriku sebagai satu mutiara yang memberi sinar kebahagiaan dalam lubuk hatiku yang telah lama terluka oleh seseorang. Hati ini telah lama mati akibat sikap seseorang yang tidak tahu menghargai diri ini justeru hati sepi dalam mengharungi hidup yang penuh dengan cabaran tetap gagah meneruskan perjuangan yang belum selesai.
Syukur alhamdulillah,aku dapat sinar kebahagian apabila aku mengenali seseorang yang dapat merubah segala-galanya dalam diary kehidupan aku selama ini. Meski waktu akan mampu mengatur segala-galanya apa-apa yang kita inginkan dalam kehidupan kita? Mampukah kita hadapi segala kemungkinan yang akan berlaku tanpa kita duga? Sesungguhnya kita ingin selalu bersama dalam segala hal yang kita lakukan seharian, setiap saat, setiap masa, setiap minggu, setiap bulan,setiap tahun. Mudah sangat kita mengharapkan sesuatu apa-apa yang kita inginkan dalam hidup kita. Baik sungguh kalau apa-apa yang kita inginkan kita peroleh dengan mudah. Hati kita akan melonjak kegembiraan tanpa terkata malah senyuman panjang terukir di bibir kita. Namun demikian jika sebaliknya yang berlaku, kita akan berduka cita malah kita rasakan diri kita tidak bermakna langsung pula. Apa yang sebenarnya yang kita ingin lakukan dalam hidup kita? Mengapa kita tidak mahu mengakui akan kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri kita? Mengapa kita hendak menuding jari kepada orang lain dalam segala hal? Mengapa kita tidak melihat siapa kita yang sebenarnya dalam kehidupan kita selama ini? Seharusnya, kita bersyukur kerana Allah masih menyayangi kita dan memberi peluang untuk kita menghargai diri kita dan menyayangi diri kita. Sehubungan dengan itu, kita perlu menghargai sesiapa sahaja yang sudi berteman dalam segala hal yang kita lakukan.
Setiap langkahku engkau menemani aku. Aku amat menghargai dirimu dan amat menyayangimu setiap hala nafas kuhembus.

Friday, August 7, 2009
Pahang
Jam 11.45 am penerbanganku ke KLIA.Dalam perut kapal terbang satu penyeksaan selama 2jam 25 minit aku berada sambil menanda kertas para pelajarku. Wah,perasaan rinduku menyelubungi diriku di kala aku sibuk melakukan kerjaku! tanpa kusedari mata kuterpejam seketika keletihan. Agak-agaklah dah 45 minit aku tertidur rupanya. Apalah yang dilakukan olehnya tika ini. Aku berharap sangat agar dia dapat melalui hari-harinya tanpa aku disisinya. Syukur sebelum berlepas dapat gak 'hug' dia buat sektika. Sayu hati ini mneniggalkannya. Perjalanan harus diteruskan demi tugas.
Wednesday, August 5, 2009
Perjalananku
Aku adalah aku dan engkau adalah engkau, aku adalah engkau dan engkau adalah aku.... Nampaknya kita saling perlu memerlukan dalam segala hal yang kita lakukan bersama. Kehidupan yang kita lalui ini banyak onak dan duri yang kita tempuhi bersama tanpa mengenal erti putus asa dengan matlamat kita inginkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)