Saturday, January 15, 2011

Teknik Memahami Puisi Tradisional

Puisi tradisional yang terdapat dalam antologi Dirgahayu Bahasaku terdiri daripada pantun enam kerat, pantun lapan kerat, syair, gurindam dan seloka. Puisi tradisional ini akan disoal dalam Kertas Bahasa Melayu kertas 2 iaitu soalan 2d yang memperuntuk 9 markah. Oleh itu, pelajar wajib memahami setiap puisi tradisional yang dipaparkan dalam teks ini. Mengikut penelitian dan data yang dibuat melalui analisis item dan headcout, saya dapati pelajar seringkali culas dan kehilangan markah ketika menjawab soalan tersebut. Sebagai panduan kepada calon SPM, ada baiknya, calon membaca terlebih dahulu bahagian pengenalan teks dalam muka surat 3 supaya memudahkan calon mendapat gambaran awal sebelum mempelajari setiap tajuk dengan lebih mendalam.

Dalam bahagian pengenalan teks, dipaparkan bahawa:
a. Pantun Enam Kerat membawa nilai-nilai kekuatan, ketahanan, dan ketabahan hati ketika berdepan dengan kekecewaan dalam percintaan.
b. Pantun Lapan Kerat menekankan sifat kesabaran dalam usaha/upaya untuk berjaya dalam kehidupan dan berusaha menyeru pembaca/khalayak memartabatkan bahasa, warisan dan budaya ketimuran supaya tidak dicemari oleh pengaruh barat.
c. Syair Makna Riak menggariskan sikap negatif yang harus dijauhi oleh setiap orang, iaitu perasaan riak(sombong/merag diri).
d. Syair Pemberontakan Patani pula membawa tema semangat patriotik seorang tokoh sejarah, iaitu Laksamana yang tetap mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.
e. Gurindam Tonggak Dua Belas mengajak khalayak untuk membina jati diri sebagai orang yang baik dan berguna untuk bangsa dan negara. Nilai-nilai seperti menghargai masa, tekun, berusaha, bijak bertindak, dan bersifat sederhana merupakan nilai yang harus dibentuk dalam diri pelajar.
f. Dalam seloka si Luncai pula, kita dikehendaki supaya menggunakan akal yang waras dalam mengambil apa-apa jua tindakan. Sekiranya kita tidak menggunakan akal dalam membuat keputusan, akhirnya akan menjadi seperti Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya. Tindakan seperti ini tidak bermakna dan hanya merugikan diri sendiri dan juga negara.


Mendapat gambaran awal bagi setiap tajuk yang dipelajari dalam antologi Dirgahayu Bahasaku akan memberikan kelebihan dan manfaat yang amat besar kepada pelajar. Buatlah persiapan yang lebih awal dan rapi kerana para pelajar SPM merupakan generasi yang pertama menjawab soalan KOMSAS terbaharu ini. Selamat belajar,belajarlah dengan bijaksana.

ANTOLOGI TEKS KOMSAS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 UNTUK SPM MULAI 2011 (NOVEMBER)

ANTOLOGI TEKS KOMSAS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

PUISI TRADISIONAL
1. Pantun Empat Kerat (Budi)
2. Pantun Empat Kerat (Jenaka & Sindiran)
3. Syair Definisi Orang Berakal
4. Syair Siti Sianah
5. Gurindam 12 Fasal Yang Keenam
6. Seloka Emak Si Randang

SAJAK
1. Harga Remaja Rahman Shaari
2. Di Perpustakaan Shafie Abu Bakar
3. Mengintai Ruang Insaf Shukri Abdullah
4. Mahsuri Zurinah Hassan
5 Adat Sezaman Wan Nazihah Wan Abdullah
6. Tiba Waktunya Ghazali Lateh

PROSA TRADISIONAL
1. Pelayaran Yang Penuh Peristiwa
2. Merah Silu
3. Hikayat Indera Nata
4. Hikayat Khoja Maimun.

CERPEN
1. Ibu Dan Ceper Shahnon Ahmad
2. Memori Seorang Tua Zahari Affandi
3. Israk Erda Roslan Khairi
4. Pemain Catur Zaharah Nawawi
5. Mellisa Abdullah Hussain
6. Biarkan Samudera Raihanah Salleh
Cerpen Ibu dan Ceper bertemakan kegigihan. Kisah berkisar kepada kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan. Ibu gigih mencari rezeki dan kehidupannya banyak dikaitkan dengan Sungai Ceper. Memori Seorang Tua pula mengetengahkan kisah seorang tua yang ingin berkongsi memori hidup dan perjuangannya terhadap bangsa dan negara dengan cucu cicitnya dan penduduk kampung pada majlis hari lahirnya. Persoalan tentang kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya terdapat dalam cerpen Israk. Wah menyelamatkan cucunya, Israk yang hampir lemas walaupun cucunya itu melukakan hatinya. Cerpen Pemain Catur membawa mesej bahawa kita perlu memiliki semangat berani dalam menempuh sebarang cabaran. Cerpen Mellisa mengutarakan nilai-nilai kasih sayang, kegigihan dan keberanian. Mellisa gigih mencari maklumat tentang peristiwa 13 Mei 1969. Cerpen Biarkan Samudera memaparkan kisah Amirah yang menyendiri akibat konflik dalaman apabila rumah ayahnya akan dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan.

DRAMA
1. Gelanggang Tuk Wali Ismail Kassan
2. Forum Remaja 2020 Sharif Shaary
3. Cempaka Berdarah A.Rahim Abdullah
Tema atau pemikiran drama Gelanggang Tuk Wali ialah perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa. Tuk Wali mengajarkan ilmu persilatan kepada pemuda-pemudi kampung sejak 50 tahun lalu. Forum Remaja 2020 mengetengahkan peranan dan tanggungjawab tiga orang remaja iaitu Salmah, Chandran dan Chong menjelang tahun 2020. Mereka berbincang tentang kepimpinan dan generasi yang berdisiplin selepas tersedar daripada mimpi bertemu dengan dua makhluk Utopia.

Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan
membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

1. kita ingat 10 % apayang dibaca
2. kita ingat 20% apa yang didengar
3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.



1. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)

2. Belajar dalam persekitaran kondusif.
1. pastikan cahaya adalah terang
2. kurangkan gangguan bunyi
3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
5. kerusi dan meja menghadap kiblat
6. jangan lupa untuk senyum

3. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

4. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk
melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan
membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan
jawab soalan.

5. Tahu teknik merangsang memori:
1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3. mengingat kembali (recall)
4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain
(application)

6. Sentiasa awal dan mendahului:
1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi
tanggapan yang positif pada guru.
2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan
kejayaannya.
3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali
sebelum guru mengajar.

7. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

8. Mempunyai teknik membaca yang betul:
1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
2. memberikan tumpuan sepanuhnya
3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh
& malas.

10. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum
mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

11. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

12. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

13. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri(study according to your
biological clock.Bagaimanapun,perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk
belajar iaitu sebelum tidur,selepas bangun tidur,selepas mandi air panas,
selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

14. Mengulang kaji secepat mungkin.Ulang kaji ringkas selepas belajar(kita akan
lupa 80% selepas belajar).

15. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

16. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum
peperiksaan.

17. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

18. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

19. Tahu petua mengulang kaji
1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
3. duduk tegak dikerusi yang selesa
4. baca doa penerang hati
5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6. fikir dan ingat kembali isi utama
7. catat/lakar
8. semak semula ketepatan maklumat
9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10. buat rumusan
11. jawab soalan
12. tampal maklumat yang rumit di dinding
13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

20. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat
khabar, melawat rakan dan sebagainya.

21. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
1. jangan makan kepala ikan
2. jangan makan organ dalaman
3. jangan minum semasa makan
4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
5. jangan melihat kemaluan
6. jangan melihat buih
7. jangan membaca nama pada batu nisan
8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan
lain-lain
9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
10. banyakkan makan kekacang
11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
13. jangan kencing berdiri

22. Tahu kemahiran mengingat:
1. tampal nota-nota penting di dinding
2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
3. gunakan kaedah akronim
4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

23. Cekap mengatur jadual belajar:
1. mempunyai jadual belajar
2. patuh kepada jadual
3. buat jadual yang boleh diikuti

24. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan
sebagai dorongan untuk belajar.

25. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara
yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

26. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari
dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

27. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

28. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

29. Pelbagaikan tempat belajar.

30. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak
faham

31. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting
dan sebagainya.

32. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1. taat kepada Allah
2. mendirikan sembahyang
3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4. hormati & sayangi guru
5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
7. membantu rakan yang memerlukan
8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
9. sentiasa bertawakal
10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

Saturday, January 1, 2011

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Tahun baru tugasan baru...hrmmm, saya ditugaskan mengajar subjek Bahasa Melayu bagi kelas 5S, 5B, 3B dan 3A.Nampaknya kelas peperiksaan lagi.Kali ini cukup unik bagi diriku untuk memikul tanggungjawab yang berat dengan misi tersendiri membantu para pelajar baharu saya iaitu para pelajar tingkatan lima pula dengan sukatan baharu KOMSAS,saya cukup tertarikh membaca novel tingkatan 4 dan tingkatan 5.Sepanjang saya bercuti di Makassar (10/12/10-24/12/10)dalam tempoh 4 hari saya boleh habis membaca dua buah novel tersebut.Cuti-cuti juga namun buku tetap ada...haha,lucu juga kan seolah-olah saya yang menduduki peperiksaan SPM 2011.

Sekarang Cikgu Juliah Haji Matnoor bersedia dengan cabaran baharu dengan tugasan yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir. Minda perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku tanpa keluh kesah. Maka lakukanlah tugasan itu sebagai tanggungjawab kita sebagi seorang guru yang menghargai setiap kebolehan pelajar yang pelbagai dengan latar belakangan yang berbeda. Banyak lagi yang perlu saya pelajari daripada rakan sejawat saya dan pihak pentadbir kerana saya baharu belajar,andai saya teralpa tegurlah saya dan bantulah saya. Seseungguhnya kita saling perlu-memerlukan antara satu sama lain dalam membentuk perwatakan anak didik kita di Maktab Sabah untuk mereka mencapai kejayaan.

3 Januari 2011 bermulalah langkah pertama memburu kejayaan bagi para pelajar Maktab Sabah. Oleh itu, lakukanlah dari awal supaya para pelajar tidak menyesal dikemudian hari. Apa-apa yang pasti keyakinan dalam diri perlu ada tanpa berbangga dengan kebolehan yang anda perolehi justeru anda perlu berkongsi ilmu dengan rakan sebaya anda untuk mencipta kejayaan kelak.

Selamat kembali ke sekolah kepada para pelajar Maktab Sabah dan selamat bertugas kepada rakan sejawat saya.

Monday, December 27, 2010

Tahniah kepada calon PMR 2010

Tahniah kepada para pelajar Maktab Sabah yang berjaya mencatat keputusan seratus peratus dalam subjek Bahasa Melayu PMR 2010...Selamat kembali ke sekolah... Perjuangan anda belum selesai...

Saturday, October 2, 2010

PMR 2010..

Salam kepada para pelajar,

saya mendoakan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR beroleh kejayaan cemerlang.. Yakinlah pada diri pelajar pasti boleh menjawab dalam keadaan tenang.

Selamat menjawab peperiksaan anda....