Saturday, December 5, 2009

Kertas Bahasa Melayu SPM dah berlalu....

Buat para pelajar Maktab Sabah Yang telah dan masih menduduki peperiksaan SPM 2009 semoga para pelajar cemerlang dengan usaha anda selama ini. Sekarang para pelajar perlu berdoa dan solat hajat agar para pemeriksa kertas yang akan memeriksa kertas peperiksaan para pelajar itu tenang memberi markah terhadap jawapan para pelajar dalam Exam SPM ni.

Apa yang pasti yang kita ramal semua keluar dan kita berharap sangat agar jawapan para pelajar tidak mengecewakan justeru dapat mendambat hati pemeriksa kertas untuk memberi markah yang sewajarnya dengan hasil jawapan para pelajar. Doa saya semoga anda cemerlang dalam exam SPM 2009 ini dengan usaha anda sendiri. Take care para pelajar saya dalam meneruskan kehidupan yang mencabar ini, Selepas 16 Disember 2009, bermulalah hidup baru para pelajar sebagai sebahagian masyarakat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap negaranya iaitu Malaysia.

Salam kemaafan saya pohon kepada para pelajar saya.

No comments:

Post a Comment