Friday, April 30, 2010

Salam semua

Saya dikejutkan oleh peminat setia saya untuk mengemaskinikan blog saya.. saya tak sangka sama sekali ada juga para pelajar saya yang cukup setia dengan blog saya yang entah apa-apa aje yang saya kongsi bersama para pelajar saya. Apa yang pasti mantan para pelajar saya mungkin mereka telah mengaplikasikan nota-nota BM dan analisis soalan yang terdapat dalam blog ini. Sehinggakan sebanyak 88 orang calon mendapat A dalam subjek Bahasa Melayu (hehe, tak kiralah A-,A,At janji sebutan A tu tetap ada)Namun demikian mereka telah berusaha untuk diri mereka sendiri kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..Betul,betul,betul! hehe..Walaupun demikin 10 orang gagal BM dan selebihnya pula mendapat kepujian Bt hingga C serta lulus sahaja iaitu D dan E.

Tahniah para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2009 yang lalu, maafkan saya agak terlambat mengucapkan tahniah kepada anda semua yang telah lulus dalam SPM tersebut. Anda adalah hebat justeru buktikanlah kehebatan anda di pusat pengajian tinggi kelak apabila anda melanjutkan pelajaran kelak.

Syabas! para pelajar yang layak mendapat tempat di IPTA dan Matrikulasi dalam negara Malaysia. Corak pembelajaran dan pengajaran di U amat berbeza sekali daripada sekolah menengah atas. Sungguhpun demikian anda boleh menyesuaikan diri dengan pembelajaran di IPTA apabila anda bersedia dan yakin kepada diri anda sendiri serta dapat mengawal diri ada semasa berada di perantauan orang.

Walau bagaimanapun anda yakin boleh melakukan dengan sebaik mungkin untuk mengapai impian anda selama ini seiring dengan slogan Maktab Sabah sentiasa nombor satu. Akan tetapi bagi para pelajar yang tidak berjaya, peluang anda masih terbuka luas seandainya anda tidak berputus asa untuk terus berjaya apabila ditawarakn meneruskan pengajian anda di Pra U Maktab Sabah.Saya doakan anda semua berjaya dalam hidup anda.

Bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM 2010 berusahalah dari sekarang.
Wow, satu cabaran kepada para pelajar SPM 2010 bagi mengatasi kakak-kakak dan abang-abang mereka.
wassalam.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Salam tahun baru, bermula dengan situasi baru,tugas baru, pelajar baru,dan segala-galanya baru. Namun yang pasti misi kita untuk mencapai kejayaan tetap utuh di minda kita bagi melahirkan para pelajar yang cemerlang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Satu tanggungjawab yang berat kita laksanakan bersama. Semoga kita dapat melaksanakan dengan semangat berpasukan dalam mencanang misi tersebut. Selamat mengajar kepada rakan-rakan setugas saya dan selamat belajar kepada para pelajar. 'Sentiasa Nombor Satu'

Saturday, December 12, 2009

Bestnye cuti.....

Para pelajar yg bercuti pasti rasa seronok tu tapi para pelajar harus ingat gak yea... Para pelajar yg bakal calon SPM 2010 seharusnya manfaatkan masa cuti dengan mengulang kaji pelajaran tingkatan 4 dan belajar mata pelajaran tingkatan 5 sebagai persediaan awal para pelajar.. Belajar saat-saat terakhir agak berat nak kawal taw...huhuhu tak berlagula jawabnye bila para pelajar lihat soalan kuar tak boleh jawab dan akhirnya kita kuar awal...hehehehe..
Nasihat saya, pandai-pandailah nak hidup sebagai seorang pelajar... apa yang pasti sijil yang kita peroleh itu halal dari segi hukum hakam agama masing-masing taw. Sijil yang kita dapat itu juga akan kita guna pakai untuk mencari pekerjaan pada masa akan datang.

Saturday, December 5, 2009

Kertas Bahasa Melayu SPM dah berlalu....

Buat para pelajar Maktab Sabah Yang telah dan masih menduduki peperiksaan SPM 2009 semoga para pelajar cemerlang dengan usaha anda selama ini. Sekarang para pelajar perlu berdoa dan solat hajat agar para pemeriksa kertas yang akan memeriksa kertas peperiksaan para pelajar itu tenang memberi markah terhadap jawapan para pelajar dalam Exam SPM ni.

Apa yang pasti yang kita ramal semua keluar dan kita berharap sangat agar jawapan para pelajar tidak mengecewakan justeru dapat mendambat hati pemeriksa kertas untuk memberi markah yang sewajarnya dengan hasil jawapan para pelajar. Doa saya semoga anda cemerlang dalam exam SPM 2009 ini dengan usaha anda sendiri. Take care para pelajar saya dalam meneruskan kehidupan yang mencabar ini, Selepas 16 Disember 2009, bermulalah hidup baru para pelajar sebagai sebahagian masyarakat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap negaranya iaitu Malaysia.

Salam kemaafan saya pohon kepada para pelajar saya.

Sunday, October 11, 2009

ANALISIS TEKS KOMSAS YANG DIPILIH UNTUK SOALAN 2: PEMAHAMAN KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM (NOV 2001-JUN 2009)

SPM Cerpen/ Drama Prosa Tradisional Puisi Tradisional/Sajak
NOV 2001 Tragedi Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya Aku Menjadi Lebih Berani
JUN 2002 Sebutir Pasir Di Kaki Pertarungan Tuah Dengan Jebat Syair Jong Pecah
NOV 2002 Seri Nara (D) Kezaliman Membawa Padah Gurindam Baris Hadapan
JUN 2003 Titik-Titik Perjuangan (D) Sikap Terburu-Buru Akan Membawa Padah Keindahan Yang Hilang
NOV 2003 Menatap Wajahnya Asal-Usul Raja Kecil Tukang Gunting
JUN 2004 Aku, Kris Dan Kristal Kisah Kepahlawanan Tun Beraim Bapa Pantun Mengenang Nasib
NOV 2004 Budi Yang Tak Terbeli Sikap Terburu-Buru Akan Membawa Padah Seloka Pandai Pak Pandir
JUN 2005 Seri Nara (D) Kezaliman Membawa Padah Syair Dandan Setia Dan Intan Terpilih
NOV 2005 Puteri Li Po (D) Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya Sejarah
JUN 2006 Jangan Bunuh Rama-Rama (D) Sikap Terburu-Buru Akan Membawa Padah Pembeli Masa Sudah
NOV 2006 Kerana Manisnya Epal Kisah Kepahlawanan Tun Beraim Bapa Syair Pembunuhan Angereni
JUN 2007 Mariah Pertarungan Tuah Dengan Jebat Di Kota Kecilku
NOV 2007 Titik-Titik Perjuangan (D) Asal-Usul Raja Kecil Gurindam Memelihara Anggota ...
JUN 2008 Pusaran Kezaliman Membawa Padah Manusia Dan Kesejahteraan
NOV 2008 Di Sisi Rinda Peminangan Puteri Gunung Ledang Pantun Lapan Kerat
JUN 2009 Kerusi (D) Sikap Terburu-Buru Akan Membawa Padah Pantun Kiasan

ANALISIS SOALAN 2b : Petkan Komsas

SPM Soalan 2b Aspek Komsas
NOV 2001 Cerpen -TRAGEDI
(Kerusi) 2 nilai kemanusiaan (petikan)
2 nilai kemanusiaan (cerpen)
JUN 2002 Cerpen - SEBUTIR PASIR DI KAKI
(Kerusi) 2 sifat watak (petikan)
2 sifat watak (cerpen)
NOV 2002 Drama - SERI NARA
(Anak Laut) 2 nilai murni (petikan)
2 nilai murni (drama)
JUN 2003 Drama - TITIK-TITIK PERJUANGAN
(Anak Laut) 1 sikap watak (petikan)
3 sikap watak (drama)
NOV 2003 Cerpen - MENATAP WAJAHNYA
(Anak Laut) 1 pengajaran (petikan)
3 pengajaran (cerpen)
JUN 2004 Cerpen - AKU,KRIS DAN KRISTAL
(Kerusi) 1 nilai kemanusiaan (petikan)
2 nilai kemanusiaan (cerpen)
NOV 2004 Cerpen - BUDI YANG TAK TERBELI
(Anak Laut) 1 perwatakan (petikan)
2 perwatakan (cerpen)
JUN 2005 Drama - SERI NARA
(Anak Laut) 1 perwatakan (petikan)
2 perwatakan (drama)
NOV 2005 Drama - PUTERI LI PO
(Kerusi) 2 pengajaran (petikan)
2 pengajaran (drama)
JUN 2006 Drama - JANGAN BUNUH RAMA-RAMA (Kerusi) 1 nilai kemanusiaan (petikan)
1 nilai kemanusiaan (drama)
NOV 2006 Cerpen - KERANA MANISNYA EPAL
(Anak Laut) 1 pengajaran (petikan)
2 pengajaran (cerpen)
JUN 2007 Cerpen - MARIAH
(Kerusi) 2 pengajaran (petikan)
2 pengajaran (cerpen)
NOV 2007 Drama - TITIK-TITIK PERJUANGAN
(Anak Laut) 1 pengajaran (petikan)
1 pengajaran (drama)
JUN 2008 Cerpen - PUSARAN
(Anak Laut) 1 latar masyarakat (petikan)
1 latar masyarakat (cerpen)
NOV 2008 Cerpen - DI SISI RINDA
(Kerusi) 1 persoalan (petikan)
2 persoalan (cerpen)
JUN 2009 Drama - KERUSI
(Kerusi) 1 persoalan (petikan)
1 persoalan (drama)

ANALISIS SOALAN 1 : MERUMUSKAN KARANGAN

ANALISIS SOALAN 1 : MERUMUSKAN KARANGAN
KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM (NOV 2001-JUN 2009)

SPM SKOP SOALAN KATA YANG SESUAI UNTUK PENDAHULUAN
NOV 2001 Tanggungjawab penulis peranan/ sumbangan/ tugas
JUN 2002 Peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam pembangunan ekonomi negara sumbangan/ kepentingan/ fungsi/ tugas
NOV 2002 Langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan kakitangan kerajaan usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ pendekatan/
teknik-teknik/ strategi/tindakan
JUN 2003 Langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran moral masyarakat. usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ pendekatan/ strategi/tindakan
NOV 2003 Kepentingan pelabelan makanan faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
JUN 2004 Masalah yang dihadapi oleh sektor perubatan awam di Malaysia. kekangan/ kesulitan/ kerumitan/ hambatan
NOV 2004 Faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya. manfaat/ kebaikan/ kelebihan/ kepentingan
JUN 2005 Cara-cara mengurus tekanan dan kepentingan pengurusan tekanan kepada individu langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ usaha-usaha/ pendekatan/ strategi
NOV 2005 Faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan manfaat/kepentingan/ kelebihan/kebaikan
JUN 2006 Kelebihan kerja berpasukan dan cara-cara pemimpin membentuk kerja berpasukan. faedah/ manfaat/kepentingan/ kebaikan/ keberkesanan
NOV 2006 Cara-cara melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan kesan terhakisnya amalan berbudi bahasa dalam masyarakat langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ usaha-usaha/ pendekatan/ strategi
JUN 2007 Kepentingan terumbu karang di Malaysia dan kaedah pemuliharaannya faedah-faedah/manfaat/kelebihan/kebaikan
NOV 2007 Tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/langkah-langkah/ pendekatan/ teknik-teknik/ strategi
JUN 2008 Faedah membaca dan cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. manfaat/ kepentingan/ kebaikan/ kelebihan
NOV 2008 Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas manfaat/ kepentingan/ kebaikan/ kelebihan
JUN 2009 Punca-punca keracunan makanan dan kesan-kesan keracunan makanan.. faktor-faktor /sebab-sebab