Alhamdulillah..akhirnya sya dpt buka semula blog saya.
Assalamualaikum semua.. salam Ramadan 2017.
Moga kita dpt bertemu Ramadan 2017 dengan melaksanakan amal ibadat yg terbaik kerana Allah SWT.
Bersedia untuk belajar, diajar dan mengajar justeru hargailah ilmu
Wednesday, May 24, 2017
Thursday, July 25, 2013
Salam Ramadan dan selamat belajar kepada calon-calon PMR 2013.
Hrmm, agak lama saya tidak 'up load' di blog saya ni...maklumlah terlupa kata laluan dan akhirnya berjaya jua...Oh iya, apa-apa yang saya nak kongsi kepada calon-calon PMR 2013 ni...
A)Suatu tempat yg menarik anda pernah lawat dalam negara, jelaskan keistimewaan tempat tersebut.
B)Cara ibu bapa mengatasi gejala sosial.
C)Semangat kejiranan - langkah- langkah memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat
D) Peranan ibu bapa mengamalkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Bincangkan
E)Sifat sabar dan tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan akan mendapat pulangan atau ganjaran. Tulis sebuah ceria berdasarkan maksud tersebut.
F) Isu keracunan makanan. Cara mengatasinya.
Novel pula apa-apa yang boleh dikongsi bersama calon ni.....
1)Berdasarkan 3 contoh peristiwa daripada novel yang anda kaji, nyatakan latar masyarakat yang bertanggungjawab dalam novel tersebut.
2)Persoalan tanggungjawab, nyatakan 3 contoh peristiwa yang berkaitan dengan persoalan tanggungjawab dalam novel yang anda kaji.
3) Perbandingan watak utama dengan satu watak sampingan dalam novel yang anda kaji.
Dalam hal ini, para calon PMR bertenang dan bertanyalah kepada guru yang mendidik anda di sekolah. Pastikan anda jaga kesihatan, rehat yang cukup, tidur yang cukup, dan segala-galanya cukup...tiada yang kurang iya. Sila bawa kad pengenalan diri dan slip peperiksaan semasa peperiksaan berlangsung. Saya doakan anda mendapat keputusan yang cemerlang.
A)Suatu tempat yg menarik anda pernah lawat dalam negara, jelaskan keistimewaan tempat tersebut.
B)Cara ibu bapa mengatasi gejala sosial.
C)Semangat kejiranan - langkah- langkah memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat
D) Peranan ibu bapa mengamalkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Bincangkan
E)Sifat sabar dan tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan akan mendapat pulangan atau ganjaran. Tulis sebuah ceria berdasarkan maksud tersebut.
F) Isu keracunan makanan. Cara mengatasinya.
Novel pula apa-apa yang boleh dikongsi bersama calon ni.....
1)Berdasarkan 3 contoh peristiwa daripada novel yang anda kaji, nyatakan latar masyarakat yang bertanggungjawab dalam novel tersebut.
2)Persoalan tanggungjawab, nyatakan 3 contoh peristiwa yang berkaitan dengan persoalan tanggungjawab dalam novel yang anda kaji.
3) Perbandingan watak utama dengan satu watak sampingan dalam novel yang anda kaji.
Dalam hal ini, para calon PMR bertenang dan bertanyalah kepada guru yang mendidik anda di sekolah. Pastikan anda jaga kesihatan, rehat yang cukup, tidur yang cukup, dan segala-galanya cukup...tiada yang kurang iya. Sila bawa kad pengenalan diri dan slip peperiksaan semasa peperiksaan berlangsung. Saya doakan anda mendapat keputusan yang cemerlang.
Sunday, October 21, 2012
Karangan Dimensi Diri
Anda telah menyertai
program motivasi yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Pelbagai aktiviti
telah diadakan.
Jelaskan aktiviti program yang telah menimbulkan kesedaran dalam diri
anda untuk terus berjaya.
Pendahuluan : Banyak orang berpendapat, usia remaja ialah tempoh emas
untuk menentukan hala tuju seseorang itu. Sama ada masa depan seseorang itu
berjaya atau gagal bergantunglah kepada kebijaksanaan merancang dan mengisi
ruang masa dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Banyak kegiatan yang boleh
dimanfaatkan seperti mengunjungi pusat sumber, lawatan sambil belajar, dan
menghadiri kelas tuisyen. Belakangan ini banyak pihak yang mengambil peluang
menganjurkan pelbagai kem dan kursus pendek dalam masa cuti. Kem-kem seperti
itu amat relevan untuk membentuk sahsiah remaja sama ada dalam aspek pengayaan
minda mahupun keseimbangan emosi. Peluang tersebut turut saya ambil untuk
memanfaatkan cuti hujung tahun yang agak panjang. Sesungguhnyadi luar pengetahuan, saya telah memperoleh pelbagai input baru
dalam usaha membangunkan jati diri yang dapat pula saya kongsikan dengan
rakan-rakan sebaya.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Memberi peluang
memperluas jalinan rakan-rakan dan kenalan baru – berkenalan dengan rakan-rakan sebaya daripada pelbagai lapisan
(remaja dari desa, bandar, kaya dan miskin) – berkongsi pengalaman tentang
corak hidup, budaya, dan cara berfikir (sesuai dengan peribahasa, jauh berjalan
luas pandangan, lama hidup banyak pengalaman, dan ramai kawan luas pengetahuan)
Isi 2 : Memanfaatkan masa
dengan sebaik-baiknya – menggantikan rutin
harian yang biasa seperti tidur, berehat dan menonton TV dengan aktiviti yang
berfaedah – setiap saat yang berjalan cukup bermanfaat – faham tentang
perancangan masa yang berkesan
Isi 3 : Dapat mengikuti
modul latihan yang padat – modul latihan dirancang
secara teliti ( meliputi aspek ketahanan minda, latihan jasmani, semangat
berpasukan, dan pengetahuan am ( berkaitan sejarah negara, hubungan Malaysia di
peringkat antarabangsa) – modul kerohanian (latihan tadarus al Quran, solat
berjemaah, solat malam, dan kuliah agama)
Isi 4 : Sangat mencabar
ketahanan fizikal dan mental – modul latihan fizikal
yang lasak (senaman pagi, kawad kaki, treking, dan merentas halangan) – modul
latihan mental (penyelesaian masalah, membaca arah, dan bermuhasabah)
Isi 5 : Berjaya membina
keyakinan diri – berasa seolah-olah
dilahirkan semula dalam sebuah dunia yang baharu – berjaya memupuk kekuatan
minda, lebih bersemangat, dan yakin untuk mencapai matlamat - memperoleh emosi yang tenang dan selalu
bertawakal kepada Tuhan
Kesimpulan : Selepas seminggu berada dalam kem yang dianggap oleh
sesetengah peserta sebagai penjara terhormat, saya bermuhasabah semula tentang
hakikat diri. Sesungguhnya, setiap insan yang diciptakan telah disertakan
dengan potensi yang tertentu. Namun demikian, kegagalan kita memanfaatkan
potensi yang ada boleh menyebabkan ramai orang yang gagal di pertengahan jalan.
Oleh itu, setiap potensi hendaklah digilap melalui kursus dan kem seperti yang
saya hadiri. Yakinlah, “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,
melainkan kaum itulah yang mengubahnya” (maksud al Quran).
Karangan Dimensi Keluarga
Slogan ‘Rumahku Syurgaku’
amat berkesan dalam mewujudkan keharmonian sesebuah keluarga seterusnya
mengatasi masalah rumah tangga.
Jelaskan peranan keluarga agar slogan tersebut menjadi kenyataan.
Pendahuluan : ‘Keluarga’ ungkapan
keramat yang wujud sejak berabad silam merupakan paksi yang melahirkan tamadun
manusia hingga kini. Kesempurnaan keluarga menjadi penentu kepada masayarakat
yang progresif dan dinamik. Dengan yang
demikian, saya berpendapat, sebuah keluarga yang harmoni dalam lingkungan
‘Rumahku Syurgaku’ pasti menjadi penyumbang utama untuk mengatasi masalah rumah
tangga.
Isi 1 : Membina
sebuah keluarga yang beriman dan bertakwa
– hidup yang berpaksikan iman dan takwa akan mendapat taufik dan hidayah Allah
– terlindung daripada perkara-perkara keji yang boleh memporak-perandakan
keluarga
Isi 2 : Dapat
melahirkan zuriat yang sempurna dan seimbang dalam aspek fizikal, mental,
rohani dan emosi - asuhan dan belaian yang
sempurna menjadi ‘baja’ kepada pertumbuhan sahsiah anak-anak - interaksi keluarga yang lemah lembut dapat
membentuk sikap penyayang (mawadah)
Isi 3 : Dapat
membina sebuah keluarga yang mementingkan akhlak, agama, dan ilmu pengetahuan - anak-anak yang berakhlak dan beragama bakal menjadi modal insan yang
berkualiti - anak-anak akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk cemerlang
dalam pelajaran dan memperoleh kerjaya yang cemerlang
Isi 5 : Menghindari
segala tindakan negatif daripada anak-anak – mengawal emosi yang tenteram dalam
kalangan anak-anak – memebentuk minda yang
cerdas - ibu bapa dapat mengawal anak-anak daripada anasir buruk dan memberi
motivasi untuk memburu cita-cita dan ingin menjadi cemerlang
Kesimpulan : Keluarga pasti
menjadi nukleus utama untuk anak-anak. Keluarga merupakan institusi tertua
menentukan arah dan hala tuju seseorang. Oleh itu, keluarga yang harmoni pasti
menjanakan kejayaan yang cemerlang terhadap anak-anak.
Karangan Dimensi Keluarga
Ibu bapa merupakan
pendorong utama dalam membudayakan
amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
Jelaskan usaha-usaha yang
dilakukan ibu bapa bagi memastikan
amalan membaca menjadi budaya dalam
kalangan keluarga mereka.
Pendahuluan : Apabila kita
menoleh semula kepada sejarah kemajuan
manusia, perihal membaca merupakan suatu wahana yang menjadi enjin utama untuk
sesuatu bangsa itu maju. Dalam sejarah Islam juga, permulaan madani bermula
dengan membaca apabila Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira
dengan asas membaca. Seterusnya membaca terus menjadi nadi kejayaan Zaman
Renaisance apabila banyak sumber bacaan dalam tamadun Islam berpindah tangan
kepada masyarakat Barat selepas berakhirnya Perang Salib. Revolusi ciptaan
mesin cetak yang bermula di Jerman telah membuka dimensi pembacaan sebagai
sangat penting yang menganjak manusia menemukan pelbagai ciptaan moden hasil
pembacaan. Oleh itu, tradisi warisan turun-temurun ini hendaklah diteruskan
khususnya dalam kalangan keluarga untuk membudayakan amalan membaca dalam
kalangan anak-anak.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Ibu bapa perlu menjadikan aktiviti membaca
sebagai agenda wajib dalam rumah tangga – membaca hendaklah menjadi amalan penting setaraf dengan keperluan
asasi yang lain seperti makan, minum, riadah dan semua aktiviti keluarga
Isi 2 : Ibu bapa hendaklah menunjukkan karisme
sebagai golongan terpelajar dan berfikir – mencetuskan idea-idea baru, bernas
dan matang melalui pengalaman membaca – melahirkan rasa bangga kepada anak-anak atas kebolehan ibu bapa
Isi 3 : Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk
membentuk tabiat membaca – melengkapkan semua sudut
di dalam rumah dengan prasarana membaca dan bahan-bahan bacaan yang pelbagai
bidang
Isi 4 : Cuba memahami watak dan kecenderungan
anak-anak – menyediakan bahan bacaan
yang sesuai dengan minat mereka
Isi 5 : Mencuri peluang untuk menanamkan sikap suka
berfikir secara intelektual – pemikiran kelas pertama
melalui kegiatan membaca – sesi sumbang saran dan pendapat dalam kalangan ahli
keluarga
Kesimpulan : Dalam semua
kecenderungan dan kejayaan anak-anak, ibu bapa adalah sebagai penjana utama.
Walaupun tidak dinafikan aspek minat, kecerdasan dan bakat menjadi penentu
jalan hidup anak-anak, namun ibu bapa berperanan penting untuk mewarnakan
mereka dengan betul. Oleh itu, budaya membaca dalam keluarga akan menjadi
mangkin kepada kejayaan anak-anak dalam apa-apa bidang yang mereka minati.
KARANGAN DIMENSI ANTARABANGSA
Ekonomi Malaysia yang
sedang berkembang pesat telah menyebabakan Malaysia menjadi tumpuan pekerja
asing. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam
akhbat tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah, “Kesan-kesan Kemasukan Buruh
Asing Kepada Negara Kita”.
Tulis rencana itu selengkapnya.
Pendahuluan : ‘Malaysia’ suatu sebutan
yang cukup berharga dalam kalangan pendatang asing di seluruh dunia. Bermula
dari hujung dunia antara masyrik ke maghrib dan dari paksina ke daksina,
rata-rata kaum pendatang amat terliur untuk memasuki Malaysia. Semua impian
tersebut berpunca daripada kata-kata segolongan warga Indonesia di negara ini
yang menyebut, “Di Malaysia Emas Boleh Dikutip Di kaki Lima” menunjukkan
peluang mencari rezeki dan hidup senang lenang terbuka dengan seluar-luasnya di
sini. Oleh itu, tidak hairanlah Malaysia menjadi destinasi pilihan warga asing.
Memang benar kedatangan buruh asing telah membantu mempercepat pembangunan
negara, namun turut menyumbang kepada kesan-kesan negatif juga.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Sebagai pilihan majikan
akibat kekurangan tenaga kerja tempatan – Jumlah penduduk Malaysia hanya 28
juta tidak mampu menampung permintaan buruh yang tinggi – taraf kemahiran dan
kepakaran rakyat Malaysia masih lagi rendah
Isi 2 : Mengurangkan secara relatif upah buruh yang
boleh mengurangkan kadar kos hidup – upah buruh asing masih rendah – kesungguhan mereka bekerja amat berbaloi
Isi 3 : Membantu memindahkan kepakaran teknologi dan
kemahiran – masyarakat tempatan
semakin sedar tentang pelbagai ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh orang
asing – wujud kemahuan ingin bersaing – kemajuan negara akan diterajui oleh
anak watan sendiri pada masa depan
Isi 4 : Timbul isu keselamatan dan jenayah – tidak semua warga asing yang datang dengan niat bekerja (terdiri
daripada penjenayah yang sangat dikehendaki di negara mereka) – kes-kes samun
dan rompak bersenjata banyak melibatkan warga asing – meningkatnya kes
pembunuhan
Isi 5 : Timbul perebutan peluang ekonomi – warga asing yang mencuri peluang berniaga (rakyat Indonesia dan
Nigeria) – tapak gerai peniaga kecil di sekitar Kuala Lumpur telah dimonopoli
oleh warga asing
Isi 6 : Merampas peluang kerja rakyat tempatan – rakyat terpaksa bersaing untuk mendapat kerja – keutamaan majikan
memilih pekerja asing dengan relatif gaji yang lebih rendah – hampir 100
peratus pasaran buruh kasar dimonopoli
oleh warga asing
Isi 7 : Timbul konflik budaya dan moral – membawa masuk pengaruh asing yang tidak sesuai dengan budaya dan
agama rakyat Malaysia – gejala pelacuran, bersekedudukan – membawa kesan yang
amat buruk kepada generasi muda – berlaku masalah setinggan
Kesimpulan : Tuntasnya, peluang untuk hidup
di muka bumi ini telah dibuka oleh Allah kepada semua manusia. Tinggal lagi
apabila rakyat di sesebuah negara itu tidak merebut peluang yang Allah
kurniakan, nescaya datanglah orang lain yang mencuri kesempatan. Mungkin
analogi ini tepat dengan situasi di Malaysia sekarang. Seyogia rakyat Malaysia
harus bangkit untuk menyelamatkan nusa ini daripada ancaman berterusan daripada
warga asing. Ingatlah, “Di sini bumi yang kita pijak, justeru di sinilah langit
yang kita junjung”.
KARANGAN DIMENSI DIRI/INDIVIDU
Isu kebersihan terutamanya di kawasan sekolah
perlu diberi perhatian serius.
Sebagai pelajar yang
prihatin, kemukakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan
persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.
Pendahuluan : Sekolah boleh
diibaratkan sebagai taman-taman intelektual yang turut berperanan sebagai
kilang yang mengeluarkan tenaga manusia yang berkaliber. Sekolah turut menjadi
penyumbang pembinaan sebuah bangsa yang berperadaban dan lestari. Setiap insan
yang keluar dari sesebuah institusi sekolah dengan jayanya pasti menjadi aset
yang bernilai kepada masyarakatnya.
Sebagai sebuah organisasi yang banyak menabur budi kepada manusia, sekolah
seharusnya memiliki ciri-ciri yang boleh dibanggakan seperti cemerlang, kualiti
disiplin, dan landskap yang cantik dan bersih. Dalam merealisasikan hajat
tersebut, pihak pengurusan dan guru sahaja tidak mampu untuk melaksanakannya,
melainkan usaha tersebut harus menerima sentuhan ajaib daripada para pelajar
sendiri. Oleh itu, saya sentiasa terpanggil dan beriltizam untuk turut sama
menyumbang tenaga dan idea agar sekolah saya sentiasa bersih dan ceria.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Sedar dan insaf bahawa disiplin adalah antara
penyumbang paling penting – kekebalan disiplin mampu
menghalang pelajar berbuat sesuatu yang tidak sesuai semasa di sekolah –
menyebabkan nama sekolah jatuh - menyeru, mengajak dan menunjuk teladan yang
baik kepada raka-rakan agar sama-sama menyayangi sekolah
Isi 2 : Membudayakan amalan 3K (Kebersihan,
Keceriaan, dan Keselamatan) – program yang meletakkan
sasaran supaya sekolah menjadi tempat yang selamat dan menyeronokkan pelajar –
berganding bahu dengan semua warga sekolah
Isi 3 : Mencadangkan kepada pihak sekolah untuk
mewujudkan kawasan angkat untuk pelajar – pelajar melalui persatuan dan kelab menjaga dan menghiaskan kawasan
kebanggaan yang menjadi milik mereka
Isi 4 : Mencadangkan pihak sekolah menganjurkan
pertandingan bersih dan indah –
pertandingan termasuk bilik kelas dan kawasan angkat – melahirkan komitmen yang
tinggi kepada pelajar untuk berbangga dengan kawasan angkat mereka
Isi 5 : Menganjurkan pertandingan yang berbentuk
koakademik – pertandingan melukis
mural, poster, kata-kata hikmat dan pertandingan mengarang – mencungkil bakat
dan apresiasi pelajar terhadap sekolah yang dicintai
Kesimpulan : Pesanan daripada
peribahasa, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat belajar haruslah
diterapkan ke dalam jiwa pelajar agar terus mencintai dan berbangga akan alma
mater yang pernah mendidik mereka. Sebagai tanda sayang, saya akan terus
komited untuk mengangkat imej sekolah saya dalam semua perkara termasuk
menjadikan sekolah saya yang terbaik dan terindah landskap dan budayanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)