Isu kebersihan terutamanya di kawasan sekolah
perlu diberi perhatian serius.
Sebagai pelajar yang
prihatin, kemukakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan
persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.
Pendahuluan : Sekolah boleh
diibaratkan sebagai taman-taman intelektual yang turut berperanan sebagai
kilang yang mengeluarkan tenaga manusia yang berkaliber. Sekolah turut menjadi
penyumbang pembinaan sebuah bangsa yang berperadaban dan lestari. Setiap insan
yang keluar dari sesebuah institusi sekolah dengan jayanya pasti menjadi aset
yang bernilai kepada masyarakatnya.
Sebagai sebuah organisasi yang banyak menabur budi kepada manusia, sekolah
seharusnya memiliki ciri-ciri yang boleh dibanggakan seperti cemerlang, kualiti
disiplin, dan landskap yang cantik dan bersih. Dalam merealisasikan hajat
tersebut, pihak pengurusan dan guru sahaja tidak mampu untuk melaksanakannya,
melainkan usaha tersebut harus menerima sentuhan ajaib daripada para pelajar
sendiri. Oleh itu, saya sentiasa terpanggil dan beriltizam untuk turut sama
menyumbang tenaga dan idea agar sekolah saya sentiasa bersih dan ceria.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Sedar dan insaf bahawa disiplin adalah antara
penyumbang paling penting – kekebalan disiplin mampu
menghalang pelajar berbuat sesuatu yang tidak sesuai semasa di sekolah –
menyebabkan nama sekolah jatuh - menyeru, mengajak dan menunjuk teladan yang
baik kepada raka-rakan agar sama-sama menyayangi sekolah
Isi 2 : Membudayakan amalan 3K (Kebersihan,
Keceriaan, dan Keselamatan) – program yang meletakkan
sasaran supaya sekolah menjadi tempat yang selamat dan menyeronokkan pelajar –
berganding bahu dengan semua warga sekolah
Isi 3 : Mencadangkan kepada pihak sekolah untuk
mewujudkan kawasan angkat untuk pelajar – pelajar melalui persatuan dan kelab menjaga dan menghiaskan kawasan
kebanggaan yang menjadi milik mereka
Isi 4 : Mencadangkan pihak sekolah menganjurkan
pertandingan bersih dan indah –
pertandingan termasuk bilik kelas dan kawasan angkat – melahirkan komitmen yang
tinggi kepada pelajar untuk berbangga dengan kawasan angkat mereka
Isi 5 : Menganjurkan pertandingan yang berbentuk
koakademik – pertandingan melukis
mural, poster, kata-kata hikmat dan pertandingan mengarang – mencungkil bakat
dan apresiasi pelajar terhadap sekolah yang dicintai
Kesimpulan : Pesanan daripada
peribahasa, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat belajar haruslah
diterapkan ke dalam jiwa pelajar agar terus mencintai dan berbangga akan alma
mater yang pernah mendidik mereka. Sebagai tanda sayang, saya akan terus
komited untuk mengangkat imej sekolah saya dalam semua perkara termasuk
menjadikan sekolah saya yang terbaik dan terindah landskap dan budayanya.
No comments:
Post a Comment