Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani tekanan.
Pendahuluan : ‘Lulus cemerlang dengan 10A+’, ‘Pergi Tuisyen’, ‘Masuk Kelas
Qiraati atau belajar berenang’, dan ‘Masuk Summer Camp’ adalah antara ungkapan
yang sudah basah di mulut para ibu bapa. Sebaliknya, ungkapan yang sama pula
sudah menjadi mangli dan alergi kepada anak-anak. Antara anak-anak dan ibu
bapa, malah guru juga kadang-kadang sudah tidak sealiran sekalipun berada dalam
laras matlamat yang sama. Keinginan yang melampau dan impian tinggi menggunung
oleh ibu bapa telah meninggalkan kesan fobia dan trauma dalam kalangan
anak-anak. Mujurlah bagi yang berupaya, mereka dapat memenuhi hasrat ibu bapa,
sebaliknya kepada yang kurang timbullah pelbagai kesan stres dan kemurungan.
Bagi diri saya, isu ini ibarat ditelan mati bapa diluah mati emak kerana
hakikatnya semua adalah penting. Oleh itu, saya memerlukan beberapa strategi
yang berhemat untuk mengimbangi kedua-duanya.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Bersedia lebih awal – menjadikan agenda belajar mengatasi segala yang lain – cuba menuruti
ikon-ikon cemerlang sebagai sumber rujukan
Isi 2 : Bawa berbincang
dengan ibu bapa dan guru – jelaskan keupayaan
sebenar kepada mereka – dapatkan bimbingan dan motivasi
Isi 3 : Mesti jelas
matlamat dan hala tuju – cita-cita hendaklah
diukur kepada minat dan kemampuan diri
Isi 4 : Bertemu guru-guru
kaunseling – mereka mempunyai
kelayakan untuk membuat konsultasi – kemukakan segala masalah yang terbuku di
hati
Isi 5 : Banyak berdoa dan
bermuhasabah diri – tidak melupai Tuhan yang
sentiasa memberikan taufiq dan hidayah-Nya.
Kesimpulan : Memetik kata-kata dalam pepatah Arab, bahawa setiap
penyakit ada ubatnya, jelas menunjukkan kita tidak boleh tenggelam punca dalam
menangani sebarang masalah. Kita wajar berlapang dada dan dingin kepala untuk
mencari langkah penyelesaian. Kebijaksanaan bukan terletak kepada jumlah A yang
dikutip tetapi bijaksana dalam menguruskan diri umpama, sesat di hujung jalan
baliklah ke pangkal jalan.
not many answer
ReplyDeleteHuraikan isi la
ReplyDelete