Monday, August 24, 2009

Sintaksis - JENIS AYAT MAJMUK

JENIS AYAT MAJMUK

I. Ayat majmuk gabungan
II. Ayat majmuk pancangan
III. Ayat majmuk campuran

I Ayat Majmuk Gabungan

Dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya.

Contoh:

Kakitangan syarikat kami rajin dan berdisipiln.

Encik hendak ke mesyuarat atau menghadiri seminar?

Jenis Gabungan

Gabungan yang susunan faktanya berurutan, yakni satu demi satu.

Contoh:

Beliau memandang saya sambil tersenyum.

Pendapat beliau amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang tidak menarik.


Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta.

Contoh:

Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat langsung.

Televisyen yang dibelinya mahal, padahal ada yang lebih murah.


II Ayat Majmuk Pancangan

Ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk.
Tiga jenis seperti yang berikut:
Ayat relatif
Ayat komplemen
Ayat keterangan

Ayat Relatif

Ayat yang menggunakan kata yang.
Contoh:
Lelaki yang memakai kemeja biru itu ketua baru saya.


Jenis-jenis Ayat Komplemen

Ayat Komplemen frasa nama
Ayat Komplemen frasa kerja
Ayat Komplemen frasa adjektif

Ayat Komplemen
Untuk dia lulus ujian itu amatlah senang.
(a) Perkara itu amat senang.
(b) Dia lulus ujian.
Kata komplemen:untuk.

Ayat Komplemen Frasa Nama

Frasa nama boleh menduduki empat tempat, iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat, dan objek sipi.Dalam konteks ini frasa nama objek tepat dan frasa nama subjek.

Ayat Komplemen Frasa Nama Subjek

Bahawa setiap peserta akan menerima hadiah adalah muktamad.
Tentulah tidak wajar untuk mereka mendirikan rumah di kawasan tanah haram.

Ayat Komplemen Frasa Nama Objek Tepat

Pemuda itu mengakui bahawa dialah yang telah mengemukakan projek baru itu.
Orang-orang kampung mengharapkan bahawa rancangan itu akan membawa faedah.

Ayat Komplemen Frasa Kerja.

Kerajaan bersetuju bahawa projek itu wajar diteruskan.
Dia berasa bahawa nasihat pengurusnya itu benar.

Ayat Komplemen Frasa Adjektif

Mereka sangat insaf bahawa mereka itu daif.
Saya yakin bahawa dia akan berjaya.


Ayat Keterangan

Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.

Contoh:

Wang itu bukan dengan dia sewaktu polis membuat pemeriksaan.
Anak itu menangis kerana dia lapar.

III. Ayat Majmuk Campuran

Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.

Contoh:

Richard sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.

Ayat Majmuk Pasif

Ayat Majmuk Gabungan
Saya menaip surat dan Amira menulis laporan. (Aktif)
Surat saya taip dan laporan ditulis oleh Amira. (Pasif)

Ayat Majmuk Pasif

Ayat majmuk relatif
Mereka menonton wayang yang seram.(Aktif)
Wayang yang seram itu ditonton oleh mereka. (Pasif)

2 comments: