Hati merupakan satu pemberian Maha Esa kepada manusia yang hidup di muka bumi ini. Dalam hal ini, kita hendaklah pandai menjaga hati kita daripada disakiti atau menyakiti supaya kita tidak menderita dengan kata-kata yang lahir daripada hati kecil kita apabila bertutur dengan sesiapa sahaja. Persoalannya, mengapakah kita harus menjaga hati kita? Adakah kita membiarkan hati kita terus disakiti atau sebaliknya? Tepuk dada tanya selera.
Kata hati selalu tepat apabila kita melihat sesuatu perkara itu dengan mata hati kita yang tidak pernah berbohong justeru janganlah kita memperkecilkan kata hati kita yang jujur menilai yang mana intan dan yang mana kaca dalam sesuatu isu yang ada. Selanjutnya, kita hendaklah berlaku jujur dengan hati kita. Seharusnya kita hendaklah berlaku adil dalam menjaga hati kita. Namun demikian bukanlah mudah untuk kita menjaga hati ini.
Apa-apapun berlaku kepada kita itu adalah satu ujian yang harus kita hadapi dengan hati yang tabah tanpa menyakiti hati kita. Zikir dengan kalimah Allah sebagai baja menyuburkan hati kita yang tercalar balar dengan kata-kata yang tidak kita sedari terhasil tanpa berfikir tentang hati kita. Janganlah butakan hati kita dengan kesalahan yang lalu. Sesal dahulu tiada gunanya. Impaknya, jagalah hati kita dengan sebaik mungkin dengan keikhlasan hati kita.
cikgu...untuk entri cikgu kali ni...saya ada lagu yg sesuai..
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=9kxKHPfpWgU
best....hehe...video dya lucu..tp lagu dya mantap...hehe
hahahaha.. hati oh hati.. hahahha
ReplyDeletehahahhaahahaha.. LUCUnya bad video tuu..hahahaha..adehhhhh.. tersenyum lebar aku..
ReplyDeleteThanks bad, nanti cgu tgok atau masukkan dalam blog cgu.
ReplyDeleteXD
ReplyDelete