Alhamdulillah kita diberi kesempatan menikmati ramadan tahun ini. Hari ini 9 Ramadan 1430H. Mampukah kita melaksanakan puasa ramadan tahun ini? Laksanakanlah kewajiban kita dengan penuh kesabaran dan menginsafi akan diri kita yang banyak melakukan kesilapan atas keegoan kita sendiri. Pada bulan mulia ini, marilah kita merebut peluang yang ada untuk beramal ibadat dan sujud kepada-Nya tanpa mengira pangkat atau darjat kita. Hal ini demikian kerana kita merupakan makhluk Allah S.W.T yang kerdil mencari kedamaian hati dengan berlandaskan kitab kalam Nur-Nya melalui ibadat yang kita lakukan penuh keikhlasan dalam diri kita.
Selanjutnya, pelung keemasan kita bertemu Ramadan kali ini adalah satu peluang yang tidak ternilai dalam diri kita malahan hargailah pelung ini dengan sebaik mungkin. Manalah tahu kita tidak akan berkesempatan untuk melaksanakan tanggungjawab kita berpuasa pada Ramadan akan datang. Cuma Allah saja Yang Maha Mengetahui apa-apa yang berlaku pada masa akan datang untuk diri kita.Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukannya.
Selamat berpuasa!
Salam kemaafan saya pohon daripada anda semua yang mengenali saya dan bagi mereka yang mengikuti serta membaca blog saya. Maaf zahir dan batin.
Senyum selalu. Senyuman kita adalah satu ibadat yang mudah untuk kita beri kepada sesiapa sahaja. Melalui senyuman yang kita berikan itu dapat mendamaikan hati seseorang yang melihat senyuman kita.
No comments:
Post a Comment