Mulakan hari kita dengan senyuman yang paling menawan. Syukur alhamdulillah kita diberi kesempatan menghirup udara nyaman pada pagi Isnin ini. Hari Isnin merupakan hari permulaan dalam seminggu kita memulakan segala perancangan hidup kita untuk meneruskan kelangsungan hidup. Apa yang pasti hari Isnin ini tidak akan sama dengan hari Isnin yang lalu, segala-galanya berbeza cuma nama hari Isnin tetap sama. Dalam pada itu yang berbeza adalah peristiwa-peristiwa yang akan berlangsung oleh kita sepanjang hari Isnin ini.
Sehubungan dengan itu, para pelajar akan memulakan hari persekolahan mereka pada hari Isnin dengan semangat waja untuk mencapai cita-cita yang mereka iginkan dalam hidup mereka. Selanjutnya, guru-guru akan memulakan hari mereka dengan penuh harapan mencurahkan bakti dan kesungguhan untuk mendidik anak bangsa dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah yang mereka miliki itu akan melahirkan para pelajar yang berketrampilan positif berdasarkan falsafah pendidikan kebangsaan negara. Walau bagaimanapun guru dan pelajar saling perlu-memerlukan antara satu sama lain untuk meneruskan misi pendidikan kebangsaan seperti yang termaktub dalam falsafah pendidikan.
Namun demikian, guru dan pelajar tidak boleh jalan sering untuk meneruskan misi negara justeru para ibu bapa hendaklah bekerjasama menjayakan misi negara tanpa ada perasaan jemu demi kepentingan anak-anak mereka berjaya dalam pendidikan.Seharusnya ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pendidikan anak-anak mereka ibarat kata peribahasa melentur buluh biaralah daripada rebung. Dalam pada itu, ibu bapa hendaklah memberi didikkan agama kepada anak-anak mereka sebagai keutuhan iman terhadap diri anak-anak mereka untuk membezakan mana intan dan yang mana kaca dalam menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran hidup. Oleh yang demikian,kita akan berbangga memiliki para pelajar yang tahu menghargai diri mereka untuk mencari ilmu pengetahun tanpa ada perasaan jemu dan putus asa dalam diri mereka. Jadilah pelajar yang menghargai pengorban ibu bapa dan guru untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam menuntut ilmu pengetahun sebagai pelajar yang berilmu dan berguna kepada bangsa dan negara.
Jadikanlah hari Isnin kita sebagai hari Isnin yang berkualiti dalam kita meneruskan hari-hari kita dalam tempoh seminggu ini penuh bermakna dan membanggakan diri kita sendiri dan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kita.
No comments:
Post a Comment