Hari ini hari selasa. Jam 8.00 pagi kami berkumpul di depan tempat tinggal kami. Tempat pertama kami TC (Teluk Cempedak) merupakan tempat orang ramai berkunjung bersama keluarga,teman dan kekasih. TC sebuah pantai yang terbersih di Malaysia. Maha Besar Allah yang menjadikan alam semesta ini. Damai juga minda kita bila berkunjung ke TC. Hampir sejam kami berada di TC.
Kemudian kami bergerak ke Pusat Beli Belah di Kuantan. Hampir sejam lima belas minit kami berada di sana. Macam-macam ada kat sana, kuatkan hati untuk tidak berbelanja lebih kat situ. Beli buat orang yang kita sayang aje sebagai tanda ingatan kita pada orang yang kita sayangi.
Selepas itu, kami bergerak balik ke tempat tinggal kami untuk makan tegah hari. Perut pun dah mula berlagu 'keroncong untuk Ana'. Al maklumlah kat sini makanannya semua pedas-pedas, sabar ajelah saya kerana lapar makan aje yang ada di hadapan mata.
Malam ini kami ada malam kebudayaan. Pasti seronok kot melihat persembahan yang akan mereka persembahkan nanti. Esok pagi kami akan bertolak ke Kuala Lumpur. Jalan-jalan kat Kuala Lumpur bersama dua pasukan iaitu Pasukan Bola Jaring dan Pasukan Hoki Maktab Sabah.
No comments:
Post a Comment