Monday, August 24, 2009

Membetulkan Kesalahan Kata atau Istilah dan Kesalahan Bahasa

Soalan 3(d) Bahasa Melayu Kertas 2

Sampel Soalan

Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat surat daripada pihak polis.

(ii) Semua peserta-peserta yang menjadi johan Kuiz Alam Sekitar telah dirayakan oleh Persatuan Alam Sekitar.

(iii) Perbalahan di antara kedua-dua orang kuat pertubuhan itu telah disuraikan dalam satu rundingan yang telah diadakan.

Jawapan & Ulasan

(i) Konsert itu dibatalkan oleh sebab tidak mendapat permit daripada pihak polis.

(ii) Semua peserta/ Peserta-peserta yang menjadi johan Kuiz Alam Sekitar telah diraikan oleh Persatuan Alam Sekitar.

(iii) Perbalahan antara kedua-dua orang kuat pertubuhan itu telah diselesaikan dalam satu rundingan yang telah diadakan.

Analisis Jawapan

(i) Perkataan oleh ialah kata sendi nama dan perlu diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama. Perkataan kerana ialah kata hubung dan tidak boleh menjadi objek kepada kata sendi nama oleh. Frasa yang betul ialah oleh sebab. Perkataan surat pula tidak tepat dalam konteks ini, yang tepat ialah permit, iaitu dokumen rasmi daripada pihak berkuasa yang memberikan hal untuk melakukan sesuatu.

(ii) Kata ganda peserta-peserta telah pun menunjukkan maksud jamak dan tidak perlu diikuti oleh kata bilangan semua. Frasa ini sepatutnya ditulis semua peserta atau peserta-peserta. Perkataan dirayakan yang bermaksud memuliakan hari besar atau peristiwa penting tidak sesuai mengikut konteks ayat ini. Perkataan yang lebih tepat ialah diraikan, iaitu bermaksud menjamu untuk menghormati.

(iii) Kata tugas antara dapat berfungsi sebagai kata arah atau kata sendi nama bergantung pada penggunaannya dalam ayat. Dalam konteks ayat yang diberikan, antara berfungsi sebagai kata sendi nama yang diikuti oleh kata bilangan kedua-dua sebagai objek. Perkataan disuraikan yang bermaksud dibubarkan pula tidak sesuai mengikut konteks ayat ini. Perkataan yang lebih sesuai ialah diselesaikan yang bermaksud diatasi.

No comments:

Post a Comment