Tuesday, August 25, 2009

Ayat Gramatis

Ayat Gramatis

Ayat yang dibina berasaskan atau mengikut pronsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Dalam pembentukan ayat yang gramatis, beberapa kesalahan pembentukan ayat perlu dibetulkan.

Binaan Ayat Pasif

Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua:

Kata ganti diri diletakkan di hadapan kata dasar:

Buku itu telah saya baca

bukan:

Buku itu saya telah baca.


Kata Kerja Pasif Diri Ketiga “mereka”.

Tidak boleh hadir di hadapan kata kerja dasar. Sebaliknya menerima kata kerja pasif “di” dan diikuti oleh kata sendi “oleh” sebelum kata ganti nama diri “mereka”.

Pembentangan yang mereka hasilkan menarik dan jelas.

Sepatutnya:

Pembentangan yang dihasilkan oleh mereka cukup menarik dan jelas.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment