Thursday, April 23, 2009

SMK Tenom

Assalammualaikum, saya rasa seronok berkongsi ilmu dengan para pelajar di SMK Tenom. Satu pengalaman yang baharu saya dapat di sekolah tersebut. Saya begitu teruja dengan sikap para pelajar yang beradap dan menghargai ilmu yang mereka dapat daripada saya walau lebih kurang tiga jam bersama mereka. Hal ini demikian kerana buat pertama kalinya saya berada di sekolah itu seolah-olah sudah lama bertugas di situ dengan layanan para pelajar yang cukup mesra dan menghormati guru sebagai pendidik mereka.
Dalam hal ini, ternyata para pelajarnya amat menghargai ilmu yang mereka peroleh daipada saya. Betapa tersentuhnya hati saya apabila tamat sesi saya bersama para pelajar, mereka mendekati saya untuk meminta restu agar ilmu yang mereka peroleh itu mendapat manfaat untuk mereka adaptasi dalam menjawab peperiksaan akan datang. Doa saya kepada mereka agar mereka lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan yang mereka hadapi kelak. Berusahalah dengan bijaksana dalam mencari ilmu pengetahuan demi masa depan gemilang. bertemu kembali jika kita berpelung pada masa akan datang. Kenangan terindah di SMK Tenom 2009.

No comments:

Post a Comment