Bulan Februari yang lalu saya bertandang ke SMK Pekan Telipok Tuaran. Satu sesi perkongsian ilmu bersama murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan awam kelak. Saya rasa teruja pabila bersama mereka, ternyata mereka seronok mengikuti ceramah tersebut. Saya berharap sangat mereka akan dapat mengaplikasikan cara jawab yang betul berdasarkan soalan yang diuji kelak. Kunjungan saya buat kali kedua di SMK Pekan Telipok Tuaran.
Selanjutnya, bulan Mac yang lalu pula satu perkongsian ilmu bersama para pelajar perdana Maktab Sabah telah diadakan iaitu tempat saya bertugas. Respon yang baik saya peroleh daripada mereka. Semoga mereka berjaya dalam peperiksaan awam kelak.
Seterusnya, bulan April yang lalu saya dipelawa ke SMK Takis Papar. Menurut salah seorang guru yang mengajar di sana,yakni hasil perkongsian ilmu bersama para pelajar di sekolah tersebut tahun lalu telah membuahkan hasil iaitu peratusan keputusan peperiksaan Bahasa Melayu meningkat.Syukur kehadrat Allah. Saya seronok bersama mereka semasa ceramah berlangsung kerana tindak balas yang baik para pelajar telah berikan kepada saya. Besarlah harapan saya agar mereka dapat menjawab peperiksaan Bahasa Melayu kelak dengan cara jawab yang betul dan cemerlang keputusan peperiksaan mereka kelak.
Pada 7 Mei 2010 bersamaan hari Jumaat jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi satu perkongsian ilmu bersama para pelajar SMK Sanzac akan berlangsung. Perkongsian ilmu buat kali pertama bersama para pelajar SMK Sanzac. Harapan saya, para pelajar SMK Sanzac dapat menerima saya seadanya. Selamat bertemu dalam perkongsian ilmu kelak.
Tuesday, May 4, 2010
Sunday, May 2, 2010
Bulan Mei
Pejam celik, pejam celik bulan Mei dengan gah hadir dalam kehidupan kita..Huh, banyak perkara yang belum kita sedia untuk menghadapi medan peperangan iaitu peperiksaan umum PMR,SPM,dan STPM. Para pelajar sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang akan berlangsung dalam bulan Mei ini? Saya berharap para pelajar sudah lama bersedia.
Doa saya semoga para pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan kelak.
Doa saya semoga para pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan kelak.
Friday, April 30, 2010
coret-coret
Hargailah seseorang itu taklah seseorang itu masih bernafas.Kini telah kusedari mimpi tak akan bererti justeru hargailah keikhlasan dan kasih sayang seseorang serta memori bersamanya seuatu ketika dulu bukannya dilenyapkan tanpa rasa simpati...Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.. Namun demikin kita hendaklah menghargai cipataan-Nya dengan sebaik mungkin kerana kita ialah makhluk Tuhan yang cukup sempurna berbanding yang lain.
sekadar coretan semata-mata...hehehe
sekadar coretan semata-mata...hehehe
Salam semua
Saya dikejutkan oleh peminat setia saya untuk mengemaskinikan blog saya.. saya tak sangka sama sekali ada juga para pelajar saya yang cukup setia dengan blog saya yang entah apa-apa aje yang saya kongsi bersama para pelajar saya. Apa yang pasti mantan para pelajar saya mungkin mereka telah mengaplikasikan nota-nota BM dan analisis soalan yang terdapat dalam blog ini. Sehinggakan sebanyak 88 orang calon mendapat A dalam subjek Bahasa Melayu (hehe, tak kiralah A-,A,At janji sebutan A tu tetap ada)Namun demikian mereka telah berusaha untuk diri mereka sendiri kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..Betul,betul,betul! hehe..Walaupun demikin 10 orang gagal BM dan selebihnya pula mendapat kepujian Bt hingga C serta lulus sahaja iaitu D dan E.
Tahniah para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2009 yang lalu, maafkan saya agak terlambat mengucapkan tahniah kepada anda semua yang telah lulus dalam SPM tersebut. Anda adalah hebat justeru buktikanlah kehebatan anda di pusat pengajian tinggi kelak apabila anda melanjutkan pelajaran kelak.
Syabas! para pelajar yang layak mendapat tempat di IPTA dan Matrikulasi dalam negara Malaysia. Corak pembelajaran dan pengajaran di U amat berbeza sekali daripada sekolah menengah atas. Sungguhpun demikian anda boleh menyesuaikan diri dengan pembelajaran di IPTA apabila anda bersedia dan yakin kepada diri anda sendiri serta dapat mengawal diri ada semasa berada di perantauan orang.
Walau bagaimanapun anda yakin boleh melakukan dengan sebaik mungkin untuk mengapai impian anda selama ini seiring dengan slogan Maktab Sabah sentiasa nombor satu. Akan tetapi bagi para pelajar yang tidak berjaya, peluang anda masih terbuka luas seandainya anda tidak berputus asa untuk terus berjaya apabila ditawarakn meneruskan pengajian anda di Pra U Maktab Sabah.Saya doakan anda semua berjaya dalam hidup anda.
Bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM 2010 berusahalah dari sekarang.
Wow, satu cabaran kepada para pelajar SPM 2010 bagi mengatasi kakak-kakak dan abang-abang mereka.
wassalam.

Friday, January 1, 2010
Selamat Tahun Baru 2010
Salam tahun baru, bermula dengan situasi baru,tugas baru, pelajar baru,dan segala-galanya baru. Namun yang pasti misi kita untuk mencapai kejayaan tetap utuh di minda kita bagi melahirkan para pelajar yang cemerlang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Satu tanggungjawab yang berat kita laksanakan bersama. Semoga kita dapat melaksanakan dengan semangat berpasukan dalam mencanang misi tersebut. Selamat mengajar kepada rakan-rakan setugas saya dan selamat belajar kepada para pelajar. 'Sentiasa Nombor Satu'
Saturday, December 12, 2009
Bestnye cuti.....
Para pelajar yg bercuti pasti rasa seronok tu tapi para pelajar harus ingat gak yea... Para pelajar yg bakal calon SPM 2010 seharusnya manfaatkan masa cuti dengan mengulang kaji pelajaran tingkatan 4 dan belajar mata pelajaran tingkatan 5 sebagai persediaan awal para pelajar.. Belajar saat-saat terakhir agak berat nak kawal taw...huhuhu tak berlagula jawabnye bila para pelajar lihat soalan kuar tak boleh jawab dan akhirnya kita kuar awal...hehehehe..
Nasihat saya, pandai-pandailah nak hidup sebagai seorang pelajar... apa yang pasti sijil yang kita peroleh itu halal dari segi hukum hakam agama masing-masing taw. Sijil yang kita dapat itu juga akan kita guna pakai untuk mencari pekerjaan pada masa akan datang.

Saturday, December 5, 2009
Kertas Bahasa Melayu SPM dah berlalu....
Buat para pelajar Maktab Sabah Yang telah dan masih menduduki peperiksaan SPM 2009 semoga para pelajar cemerlang dengan usaha anda selama ini. Sekarang para pelajar perlu berdoa dan solat hajat agar para pemeriksa kertas yang akan memeriksa kertas peperiksaan para pelajar itu tenang memberi markah terhadap jawapan para pelajar dalam Exam SPM ni.
Apa yang pasti yang kita ramal semua keluar dan kita berharap sangat agar jawapan para pelajar tidak mengecewakan justeru dapat mendambat hati pemeriksa kertas untuk memberi markah yang sewajarnya dengan hasil jawapan para pelajar. Doa saya semoga anda cemerlang dalam exam SPM 2009 ini dengan usaha anda sendiri. Take care para pelajar saya dalam meneruskan kehidupan yang mencabar ini, Selepas 16 Disember 2009, bermulalah hidup baru para pelajar sebagai sebahagian masyarakat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap negaranya iaitu Malaysia.
Salam kemaafan saya pohon kepada para pelajar saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)