PERSIAPAN KEMAHIRAN MENDENGAR SECARA BERKESAN.
Teknik mendengar yang berkesan ialah :
•Membiasakan diri dengan memberi tumpuan terha-dap penerangan guru dan perbincangan yang diada-kan dalam kelas. Ini dapat membantu anda meng-garap fakta penting serta membayangkan bentuk soalan yang bakal dikemukakan dalam peperiksaan.
•Mendengar dengan teliti. Melalui cara ini, kita akan dapat mendisiplinkan diri dan dapat mencatat segala maklumat penting serta dapat menilai penerangan guru.
•Membuat nota ringkas sewaktu mendengar. Ia akan memudahkan anda sewaktu mengulang kaji pela-jaran. Malahan memudahkan anda memahami dan mengingati fakta.
BELAJAR MERANCANG MASA.
•Latih diri membuat perancangan waktu yang berkesan.
•Bahagikan masa dengan sebaik-baiknya.
•Gunakan kebijaksanaan dalam membuat perancangan. Ubah jadual sekiranya tidak menepati kehendak.
•Jadual yang anda buat seharusnya :
•Disesuaikan dengan mata pelajaran yang lemah.
•Melebihkan masa untuk membuat tugasan di rumah.
•Rancangkan keseimbangan antara aktiviti sosial dan waktu belajar.
•Jumlah purata waktu belajar perlu melebihi 10 jam seminggu.
•Masa belajar tidak terhad kepada waktu perseko-lahan sahaja.
MEMBUAT JADUAL WAKTU BELAJAR.
• Pastikan mata pelajaran yang anda kurang kuasai.
• Pastikan mata pelajaran yang anda kuasai dengan
baik.
• Pastikan mata pelajaran yang anda gemari, dan
• Pastikan masa untuk tugasan setiap mata
pelajaran.
•Pastikan meluangkan masa yang lebih pada mata pelajaran yang disukai.
•Berilah tumpuan kepada mata pelajaran yang sukar terlebih dahulu.
•Senaraikan masa mengulang kaji bagi kesemua mata pelajaran.
•Anggarkan masa untuk membuat tugasan yang boleh diubah-ubah bergantung pada banyak tugasan yang perlu disiapkan.
•Pastikan anda mengulang kaji semua mata pelajaran dalam seminggu.
•Tunaikan sembahyang apabila masuk waktunya.
•Mulakan mengulang kaji jauh lebih awal sebelum menjelang sesuatu peperiksaan.
•Selepas mengulang kaji sesuatu mata pelajaran, berhenti atau berehat sebentar.
STRATEGI MENGULANG KAJI.
•Mulakan mengulang kaji awal-awal lagi.
•Tanamkan dalam diri, belajar mestilah dengan memahami apa yang dipelajari.
•Selain berbincang dengan guru, luangkan masa untuk berbincang dengan rakan-rakan.
•Kumpulkan maklumat yang dibincangkan, buat rumusan, kemudian persembahkan kepada guru untuk melihat pandangannya.
•Fahami apa yang dipelajari dengan membaca nota atau buku teks berulang kali.
•Buat dan latih diri menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun yang lalu.
•Pilih buku-buku rujukan yang dianggap baik dan memenuhi sukatan pelajaran anda.
•Berusahalah menyusun kegiatan yang dapat menggerakkan minda.
•Jangan samakan membaca buku pelajaran seperti membaca buku cerita.
•Menghafal formula atau kata kunci pada pemahaman sesuatu topik amat digalakkan.
•Untuk menguji daya ingatan, catat kembali apa yang telah difahami tentang sesuatu topik.
TEKNIK MEMBACA.
•Pastikan topik yang ingin diutamakan.
•Baca rujukan yang berkenaan, sambil berfikir.
•Jangan tergopoh-gapah hendak menghabiskan sesuatu bacaan.
•Berlatih membaca dengan cepat kerana dapat menjimatkan masa.
•Membaca sambil berfikir menjadikan ada pelajar yang kritis.
•Mengetahui teknik membaca cukup penting dalam pembelajaran.
•Luangkan masa ke pesta-pesta buku.
•Gunakan kemudahan perpustakaan untuk kepentingan pembelajaran.
MENYALIN NOTA.
•Baca sesuatu topik dengan teliti.
•Fahami dahulu apa yang disampaikan.
•Baca sekali lagi untuk memastikan fakta yang penting yang perlu diberi perhatian.
•Gariskan fakta-fakta tersebut.
•Catat fakta di ruang kosong sebelah kanan teks.
•Catat fakta yang penting ke dalam nota atau kertas kecil yang sesuai dijadikan kertas catatan.
•Gunakan perkataan anda sendiri sewaktu membuat nota.
•Semasa di kelas, beri perhatian kepada apa-apa yang dijelaskan oleh guru. Sambil mendengar catat apa-apa yang dirasakan penting.
•Catat dengan bijaksana, pilih yang penting sahaja.
•Gunakan singkatan atau lambang untuk mempercepatkan membuat nota. Cipta lambang atau singkatan sendiri.
Ciri-ciri nota yang baik :
•Faktanya tersusun.
•Mempunyai tajuk yang berkaitan.
•Catatan jelas dan tidak menyimpang daripada maksud asal.
•Tidak terlalu terperinci.
•Gunakan rajah untuk memudahkan ingatan.
MEMPERKAYAKAN PERBENDAHARAAN KATA.
•Anda harus banyak membaca. Jangan tumpukan hanya satu jenis bahan bacaan sahaja.
•Gunakan peluang mendengar rencana atau berita yang disiarkan di radio dan di televisyen untuk memperkayakan perbendaharaan kata.
•Penggunaan perkataan terbaharu tentu akan menarik minat pembaca dan pemeriksa.
•Kuasai tatabahasa Bahasa Melayu.
•Penggunaan perkataan mestilah tepat dan ringkas.
•Bahasa basahan tidak boleh sekali-sekali digunakan semasa menjawab soalan peperiksaan.
•Tulisan memainkan peranan dalam peperiksaan.
•Persembahan jawapan yang menarik dengan tulisan yang boleh dibaca.
No comments:
Post a Comment