Thursday, April 28, 2011

Assamulaikum... Kursus Sains Sukan Tahap 1

Ketika ini saya masih berada di Tenom Sabah. Bermula 25 April 2011 hingga 29 April 2011 saya menghadiri kursus Sains Sukan Tahap 1 Anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia Cawangan Kejurulatihan Unit SPKK. Satu pengalaman baharu dalam diri saya untuk menguasai ilmu sains sukan sebagai persediaan mantap yang perlu ada dalam diri seorang jurulatih. Syukur alhamdulillah saya dapat mengikuti kursus ini. Dalam hal ini,saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Pengetua dan Puan Penolong Kanan Pentadbiran MS yang mengizinkan saya turut serta dalam kursus ini. Semoga Allah saja yang membalas budi baik puan. Dengan adanya ilmu ini dapatlah saya guna pakai semasa sesi latihan sukan hoki di sekolah. Sukan hoki merupakan sukan yang saya gemari sejak saya di alam persekolahan suatu ketika dahulu. Esok pula saya akan berperang minda.. 'mood' peperiksaan...besarlah harapan saya agar saya lulus dalam peperiksaan tersebut untuk saya meneruskan langkah ke tahap 2 pula. Doakan saya iya wahai tetamu blog saya selama ini.

wassalam...

No comments:

Post a Comment