Sunday, July 5, 2009

Sempurna Selamanya

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Ungkapan lirik tersebut begitu penuh bermakna dalam diri seseorang yang mengenali diri kita..

Sunday, June 28, 2009

28 jun 2009




Adab Menuntut Ilmu dalam Islam

"Ilmu pengetahuan itu bagi kalangan kaum cendekiawan mempunyai fungsi sebagai penghubung kasih sayang."
(Imam Syafi'i)

Ilmu hendaklah dicari. Ilmu tidak mungkin datang sendiri kepada anda.

Menuntut ilmu dalam Islam perlu mengikut adab yang tertentu. Antarnya adalah:

1. Jauhi sifat hati yang tidak baik

Sifat dengki, hasad, cemburu, bermegah-megah, suka memandang rendah terhadap keupayaan orang lain adalah antara sifat-sifat hati yang yang sepatutnya dijauhi oleh seseorang yang sedang menuntut ilmu pengetahuan. Sifat hati yang buruk sebegini akan merosakkan seseorang pelajar dan orang yang disekelilingnya serta tidak akan mendapat keberkatan daripada Tuhan. Islam tidak memerlukan umatnya yang berilmu tetapi mempunyai hati yang kotor.

2. Sentiasa merendah diri, menghormati dan menurut nasihat gurunya

Guru mesti dihormati oleh pelajar. Guru banyak berkorban masa, tenaga dan wang untuk membantu pelajar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan dan menjadi individu yang mempunyai jati diri yang utuh. Guru menyalurkan ilmu kepada pelajar yang akhirnya menjadikan pelajar semakin cerdik dan bertambah matang. Guru sentiasa mengambil berat terhadap pelajar sama ada ketika senang mahupun susah. oleh itu, seseorang pelajar mestilah sentiasa merendahkan diri, menghormati dan patuh kepada nasihat gurunya. Nasihat guru perlu didengar kerana mereka adalah lebih tua serta mempunyai pengalaman hidup yang lebih daripada pelajar. Sekiranya pelajar telah berjaya dalam peperiksaan atau dalam hidup, janganlah sesekali melupakan jasa dan pengorbanan guru.

Jasa dan pengorbanan guru tiada tandingannya, selayaknyalah mereka diberi penghormatan.

3. Wujud kesungguhan diri untuk mencapai kecemerlangan

Sebagai seorang penuntut ilmu, sifat kesungguhan dalam diri adalah suatu kemestian yang perlu dimiliki. Kesungguhan akan memebezakan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal. Dalam hal ini, tanpa kesungguhan pelajar akan mudah menyerah kalah apabila berhadap dengan sedikit masalah. Melalui sifat kesungguhan yang jitu, pelajar melihat sesuatu masalah yang besar sebagai suatu masalah kecil yang mampu ditangani dengan mudah.

Kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan apabila melakukan sesuatu perkara dengan cara yang terbaik merupakan tuntutan dalam agama. Pesan Nabi s.a.w.:



4 Niat beribadat semata-mata kerana Allah

Dalam agama Islam, niat adalah amat penting dalam melakukan sesuatu perkara. Sesuatu amalan itu diterima atau tidak oleh Allah adalah bergantung kepada niat seseorang itu belajar hanya kerana hendak memperolehi kekayaan pada suatu masa kelak, maka jadilah amalan belajar itu bukan suatu perkara ibadat. Pelajar perlu menuntut ilmu dengan niat kerana Allah serta menyedari ilmu suatu tuntutan dalam agama, ingin mengenali Allah dengan lebih dekat, mengagumi kehebatan ilmu-Nya serta agar dapat beramal dengan sesuatu ilmu setelah ilmu dituntut. Biarlah sebagai sampingan, bukannya tujuan sebenar atau matlamat dalam hidup seseorang pelajar.



5 Beradab sopan terhadap guru, sama ada di hadapan atau di belakangnya

Bila bertemu guru, pelajar hendaklah bersopan terhadap guru dengan mengucapkan salam (atau selamat sejahtera terhadap guru yang bukan beragama Islam) serta bercakap secara lemah lembut dengan menggunakan nada yang rendah. Jika pelajar berselisih pendapat mengenai sesuatu isu, nyatakan pendapat dengan penuh hikmah dan bijaksana. Jangan seskali menengking serta meninggikan suara terhadap guru.
Dalam pelajar, terdapat segelintir pelajar yang suka mengumpat, mengutuk atau memperli guru bila bercakap sesama mereka ketika ketiadaan guru. Mereka mengumpat mengenai keburukan fizikal guru, cara guru berpakaian, cara bercakap, perangai guru, keterampilan guru dan sebagainya. Perkara sesumpama ini sememangnya terlarang dalam apa jua agama. Pelajar seharusnya menghormati guru yang banyak berjasa kepada mereka walaupun di belakang mereka. Ingatlah Allah mungkin akan menarik keberkatan ilmu yang ada pada pelajar jika amalan buruk ini sentiasa diteruskan.

Hormat dan beradab kepada guru adalah anak kunci keberkatan ilmu.

Bersambung akan datang.....

Proses Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

"Tidak wajar bagi orang yang bodoh, berdiam diri atas kebodohannya. Dan tidak wajarlah bagi orang yang berilmu berdiam diri atas ilmunya."
(Hadis Riwayat al-Thabrani dan Abu Na'im)

Kecemerlangan bermula di dalam kelas. Guru membantu anda mencapainya. Dalam proses seseorang pelajar itu boleh berjaya dalam peperiksaan berdasarkan tiga komponen terpenting iaitu Tuhan, Guru, dan Pelajar. Dalam hal ini adalah perlu diketahui para pelajar mampu menghadapi proses pembelajaran dengan lebih baik.

Konsep pengajaran dan pembelajaran sememangnya perlu berteraskan Tuhan sebagai sumber pemberi ilmu. Ilmu diterima oleh pelajar datipada Tuhan melalui guru yang mengajar. Oleh yang demikian, sepatutnya para pelajar dan guru memohon kepada Tuhan untuk memudahkan perpindahan maklumat berlaku ketika pengajaran berjalan. Ketika hendak memulakan kelas, para pelajar dinasihatkan memohon kepada Tuhan dengan membaca surah al-Fatihah dan doa menambah kecerdikan:

"Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku petunjuk dan kecerdikan,lindungilah aku daripada bahaya kejahatan diriku, Tuhanku, tambahkanlah ilmu untukku dan anugerahkanlah kepadaku kefahaman."

Selepas membaca surah al-Fatihah bersama pelajar, guru pula dinasihatkan membaca doa berikut agar pelajar mudah menerima dan memahami ilmu yang diajar:

"Ya Tuhan, permudahkanlah sebutanku supaya pelajar mudah menerima dan memahami apa yang bakal diucapkan nanti,"

Setelah doa dibaca, insya-Allah Tuhan akan memudahkan proses penyampaian dan penerimaan ilmu. Selanjutnya, Interaksi dalam kelas antara pelajar dan guru juga diharap berjalan lebih lancar. Kesannya, proses dua hala pengajaran dan pembelajaran akan meningkat.

Melalui pendekatan sebegini, insa-Allah kejayaan pelajar yang akan diperolehi nanti akan mendekatkan mereka dengan Tuhan dan memudahkan mereka menjadi orang yang bersyukur kepada-Nya dan berterima kasih kepada manusia; guru, ibu bapa dan juga kawan-kawan. Ingatlah pesanan Nabi:


" Barang siapa yang bersyukur kepada Allah adalah orang yang berterima kasih kepada manusia."

Sunday, June 21, 2009

21 Jun

Semalaman saya berfikir dan terus berfikir hingga hari ini...Namun tak ada jawapan yang saya peroleh.. Sabar aje adalah jalan terbaik untuk mengurangkan bahana minda yang bercelaru ini. Allahuakhbar! berita sedih saya terima pagi tadi rakan sejawat saya telah kembali kerahmatullah...Semoga rohnya mendapat tempat dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Allahuakbar! cepat betul masa berlalu... banyak perkara yang belum selesai lagi. Tambahan pula bebanan tugas semakin bertambah..Saya mencari-cari diri saya yang sebenar...Adakah saya mengalah atau saya beralah? Wow, sukar juga dalam delima ini! Saya perlu mencari diri saya yang sebenarnya yang suatu ketika dahulu seorang yang menghargai apa-apa sahaja walau sekecil zarahpun berada di depan mata saya.Syukur alhamdulillah,ada insan yang menghargai dan menyayangi saya. Terima kasih menerima saya seadanya sebahagian dirimu dalam hidupmu. Walaupun badai melanda kita,kita sempoi hadapi bersama dengan perasaan yang bercampur baur sehinggakan jangan fikir apa-apa yang telah berlaku menjadi fikiran saya. Apa-apapun perjalanan hidup ini harus diteruskan hingga noktah terakhir yang belum pasti kapan tiba ajal saya... Salam kemaafan saya pinta. Ampuni saya seandainya saya tersalah,bersalah dan apa-apa ajelah yang telah menyebabkan anda terasa, merasa, terabai dan diabai saya lakukan pada anda. Assalamualaikum.

Saturday, June 20, 2009

Perkongsian ilmu di SMKTTF KK

Salam, pada 19 Jun 2009 saya bersama-sama para pelajar SMK Taman Tun Fuad telah berlangsung perkongsian ilmu bahasa Melayu lebih kurang dua jam. Alhamdulillah sesi tersebut berjalan lancar dan para pelajarnya bersemangat untuk mendapatkan apa-apa yang mereka kehendaki dalam bidang pelajaran mereka kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Seseuatu kejayaan yang ingin diperoleh perlu pengorbanan yang berterusan daripada para pelajar itu sendiri. Doa saya semoga para pelajar berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi dalam tahun ini.

Tuesday, June 16, 2009

Juliana09

I love to see you Smile

Hugs to you

You make me happy

You're special to me...........

................. and always will be