Sunday, June 28, 2009

Proses Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

"Tidak wajar bagi orang yang bodoh, berdiam diri atas kebodohannya. Dan tidak wajarlah bagi orang yang berilmu berdiam diri atas ilmunya."
(Hadis Riwayat al-Thabrani dan Abu Na'im)

Kecemerlangan bermula di dalam kelas. Guru membantu anda mencapainya. Dalam proses seseorang pelajar itu boleh berjaya dalam peperiksaan berdasarkan tiga komponen terpenting iaitu Tuhan, Guru, dan Pelajar. Dalam hal ini adalah perlu diketahui para pelajar mampu menghadapi proses pembelajaran dengan lebih baik.

Konsep pengajaran dan pembelajaran sememangnya perlu berteraskan Tuhan sebagai sumber pemberi ilmu. Ilmu diterima oleh pelajar datipada Tuhan melalui guru yang mengajar. Oleh yang demikian, sepatutnya para pelajar dan guru memohon kepada Tuhan untuk memudahkan perpindahan maklumat berlaku ketika pengajaran berjalan. Ketika hendak memulakan kelas, para pelajar dinasihatkan memohon kepada Tuhan dengan membaca surah al-Fatihah dan doa menambah kecerdikan:

"Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku petunjuk dan kecerdikan,lindungilah aku daripada bahaya kejahatan diriku, Tuhanku, tambahkanlah ilmu untukku dan anugerahkanlah kepadaku kefahaman."

Selepas membaca surah al-Fatihah bersama pelajar, guru pula dinasihatkan membaca doa berikut agar pelajar mudah menerima dan memahami ilmu yang diajar:

"Ya Tuhan, permudahkanlah sebutanku supaya pelajar mudah menerima dan memahami apa yang bakal diucapkan nanti,"

Setelah doa dibaca, insya-Allah Tuhan akan memudahkan proses penyampaian dan penerimaan ilmu. Selanjutnya, Interaksi dalam kelas antara pelajar dan guru juga diharap berjalan lebih lancar. Kesannya, proses dua hala pengajaran dan pembelajaran akan meningkat.

Melalui pendekatan sebegini, insa-Allah kejayaan pelajar yang akan diperolehi nanti akan mendekatkan mereka dengan Tuhan dan memudahkan mereka menjadi orang yang bersyukur kepada-Nya dan berterima kasih kepada manusia; guru, ibu bapa dan juga kawan-kawan. Ingatlah pesanan Nabi:


" Barang siapa yang bersyukur kepada Allah adalah orang yang berterima kasih kepada manusia."

No comments:

Post a Comment