Monday, June 1, 2009

Kosa kata dalam karangan anda

Contoh penggunaan kosa kata dalam karangan.

Perhatian:
• Kosa kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat di bawah ini tidak berdasarkan urutan sesuatu tajuk yang khusus, sebaliknya dibuat secara umum.
• Ayat-ayat ini hanya sekadar panduan tentang cara penggunaan sesuatu kosa kata itu
1. Sejajar dengan perkembangan negara dalam era teknologi moden, fenomena kesesakan lalu lintas menjadi topik perbincangan yang hangat dewasa ini.
2. Namun demikian, bagaimankah kita dapat merealisasikan impian tersebut, jika masalah ini terus-menerus menghantui hidup kita?
3. Sikap sesetengah warga kota yang hidup secara individualistik dan materialistik akan menyukarkan usaha memupuk masyarakat yang harmoni dan penyayang.
4. Gejala seperti ini tidak harus dibiarkan berlarutan, sebaliknya kita perlu prihatin untuk membendungnya sebelum menular menjadi lebih parah.
5. Peribahasa ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’ perlu dijadikan pedoman dan iktibar oleh seluruh rakyat agar dapat melahirkan masyarakat yang bersatu dan mempunyai semangat kekitaan yang tinggi.
6. Sebenarnya, usaha untuk membanteras gejala ini boleh direalisasikan seandainya ada penggemblengan tenaga dalam kalangan ahli masyarakat. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.’
7. Berdasarkan pandangan-pandangan yang dibincangkan, jelaslah bahawa fenomena ini harus ditangani segera sebelum ditimpa musibah yang boleh menghitamkan masa depan negara.

Jangan fobia menggunakan perkataan besar dalam karangan anda. Contohnya:
• Sofistikated
• Canggih
• Releven
• Domestik
• Marabahaya
• Enteng
• Bersekongkol
• Berkarisma

No comments:

Post a Comment