"Ilmu pengetahuan itu bagi kalangan kaum cendekiawan mempunyai fungsi sebagai penghubung kasih sayang."
(Imam Syafi'i)
Ilmu hendaklah dicari. Ilmu tidak mungkin datang sendiri kepada anda.
Menuntut ilmu dalam Islam perlu mengikut adab yang tertentu. Antarnya adalah:
1. Jauhi sifat hati yang tidak baik
Sifat dengki, hasad, cemburu, bermegah-megah, suka memandang rendah terhadap keupayaan orang lain adalah antara sifat-sifat hati yang yang sepatutnya dijauhi oleh seseorang yang sedang menuntut ilmu pengetahuan. Sifat hati yang buruk sebegini akan merosakkan seseorang pelajar dan orang yang disekelilingnya serta tidak akan mendapat keberkatan daripada Tuhan. Islam tidak memerlukan umatnya yang berilmu tetapi mempunyai hati yang kotor.
2. Sentiasa merendah diri, menghormati dan menurut nasihat gurunya
Guru mesti dihormati oleh pelajar. Guru banyak berkorban masa, tenaga dan wang untuk membantu pelajar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan dan menjadi individu yang mempunyai jati diri yang utuh. Guru menyalurkan ilmu kepada pelajar yang akhirnya menjadikan pelajar semakin cerdik dan bertambah matang. Guru sentiasa mengambil berat terhadap pelajar sama ada ketika senang mahupun susah. oleh itu, seseorang pelajar mestilah sentiasa merendahkan diri, menghormati dan patuh kepada nasihat gurunya. Nasihat guru perlu didengar kerana mereka adalah lebih tua serta mempunyai pengalaman hidup yang lebih daripada pelajar. Sekiranya pelajar telah berjaya dalam peperiksaan atau dalam hidup, janganlah sesekali melupakan jasa dan pengorbanan guru.
Jasa dan pengorbanan guru tiada tandingannya, selayaknyalah mereka diberi penghormatan.
3. Wujud kesungguhan diri untuk mencapai kecemerlangan
Sebagai seorang penuntut ilmu, sifat kesungguhan dalam diri adalah suatu kemestian yang perlu dimiliki. Kesungguhan akan memebezakan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal. Dalam hal ini, tanpa kesungguhan pelajar akan mudah menyerah kalah apabila berhadap dengan sedikit masalah. Melalui sifat kesungguhan yang jitu, pelajar melihat sesuatu masalah yang besar sebagai suatu masalah kecil yang mampu ditangani dengan mudah.
Kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan apabila melakukan sesuatu perkara dengan cara yang terbaik merupakan tuntutan dalam agama. Pesan Nabi s.a.w.:
4 Niat beribadat semata-mata kerana Allah
Dalam agama Islam, niat adalah amat penting dalam melakukan sesuatu perkara. Sesuatu amalan itu diterima atau tidak oleh Allah adalah bergantung kepada niat seseorang itu belajar hanya kerana hendak memperolehi kekayaan pada suatu masa kelak, maka jadilah amalan belajar itu bukan suatu perkara ibadat. Pelajar perlu menuntut ilmu dengan niat kerana Allah serta menyedari ilmu suatu tuntutan dalam agama, ingin mengenali Allah dengan lebih dekat, mengagumi kehebatan ilmu-Nya serta agar dapat beramal dengan sesuatu ilmu setelah ilmu dituntut. Biarlah sebagai sampingan, bukannya tujuan sebenar atau matlamat dalam hidup seseorang pelajar.
5 Beradab sopan terhadap guru, sama ada di hadapan atau di belakangnya
Bila bertemu guru, pelajar hendaklah bersopan terhadap guru dengan mengucapkan salam (atau selamat sejahtera terhadap guru yang bukan beragama Islam) serta bercakap secara lemah lembut dengan menggunakan nada yang rendah. Jika pelajar berselisih pendapat mengenai sesuatu isu, nyatakan pendapat dengan penuh hikmah dan bijaksana. Jangan seskali menengking serta meninggikan suara terhadap guru.
Dalam pelajar, terdapat segelintir pelajar yang suka mengumpat, mengutuk atau memperli guru bila bercakap sesama mereka ketika ketiadaan guru. Mereka mengumpat mengenai keburukan fizikal guru, cara guru berpakaian, cara bercakap, perangai guru, keterampilan guru dan sebagainya. Perkara sesumpama ini sememangnya terlarang dalam apa jua agama. Pelajar seharusnya menghormati guru yang banyak berjasa kepada mereka walaupun di belakang mereka. Ingatlah Allah mungkin akan menarik keberkatan ilmu yang ada pada pelajar jika amalan buruk ini sentiasa diteruskan.
Hormat dan beradab kepada guru adalah anak kunci keberkatan ilmu.
Bersambung akan datang.....
No comments:
Post a Comment