Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Dalam kita menempuhi kehidupan ini, empat aspek yang perlu ada dalam diri kita iaitu kesabaran, kejujuran, keimanan dan amanah.Hal ini amat penting bagi kita meneruskan kelangsungan hidup kita dalam masyarakat yang berbilang bangsa,budaya dan status kehidupan. Mengapa kita harus membezakan status kehidupan antara satu sama lain? Sedangkan kita adalah sama sahaja diawal kejadian kita yang diciptakan oleh-Nya. Cuma yang membezakan adalah amalan kita terhadap-Nya.
Siapakah kita yang berhak menegur dan mengatakan seseorang itu derhaka? Siapakah kita yang berhak menegur dan mengatakan seseorang itu alim? Bukan kita! Bukan awak! Bukan engkau! Bukan kamu! Bukan mereka! Bukan saya! Hanya Dia yang Maha Mengetahui dalam hal ini. Tepuk dada tanya selera.
Tuntasnya, kita perlu memperbaiki diri kita terlebih dahulu sebelum menilai seseorang itu dari segi luaran sahaja justeru hanya seseorang itu yang tahu siapa dirinya yang sebenar dalam kelangsungan hidup di dunia fana ini, hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam.
No comments:
Post a Comment