Saturday, August 22, 2009

Kenangan Terindah di Simpang Mengayau 23 Mei 2009





















Cantik tak?

Antara gambar-gambar yang dapat diambil untuk kenangan terindah di Simpang Mengayau.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadan Daripada Saya

Assalamualaikum kepada saudara seagama dengan saya,

Salam Ramadan daripada saya. Semoga Ramadan tahun ini kita dapat melaksanakan puasa kita penuh dengan rasa tanggunjawab kita sebagai hamba-Nya.

Pada bulan mulia ini, saya mohon kemaafan dan keampunan kepada guru-guru saya yang telah mendidik saya, penysarah-penysarah saya yang telah memberi ilmu kepada saya,teman-teman sepersekolahan saya di Sekolah Rendah Berhala Darat Sandakan dan Sekolah Menengah Sung Siew Sandakan,teman-teman sekuliah saya di Maktab Perguruan Sandakan, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia, rakan setugas saya di Sekolah Rendah Pulau Nunuyan Laut Sandakan, Sekolah Rendah Sri Tanjung Papat Satu Sandakan, Sekolah Tinggi Kota Kinabalu dan Maktab Sabah Kota kinabalu dan para pelajar saya; halalkan segala ilmu yang telah anda curahkan kepada saya sewaktu saya bergelar pelajar dan saya halalkan segala ilmu yang telah saya curahkan kepada para pelajar saya yang pernah saya didik satu ketika dahulu dan para pelajar saya di Maktab Sabah tempat saya bertugas sekarang. Seandainya saya selama ini telah melukai hati anda sama ada melalui tutur kata saya dan tingkah laku saya dengan rendah diri saya pohon keampunan daripada anda semua. Semoga Allah sahaja yang membalas segalanya kepada anda semua. Saya hanya mampu berdoa agar anda semua mendapat rahmat, murah rezeki, panjang umur, sihat tubuh badan daripada Allah S.W.T dan segala amal ibadat anda dapat diterima oleh Allah S.W.T.

Lakukanlah segala pekerjaan kita seikhlas-ikhlasnya tanpa mengharapkan sesuatu. Dalam pada itu, kita hendaklah saling ingat-mengingati antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Sama-samalah kita menjayakan misi FPN dengan memberi pendidikan yang sewajarnya kepada anak didik kita bak kata orang, janganlah kita beri ikan kepadanya untuk dia makan tetapi berilah dia kail untuk dia memancing ikan. Sekali lagi, salam ramadan daripada saya untuk anda semua.

Salam Kemaafan daripada saya,

Juliana_09

Saturday, August 15, 2009

Lebih kurang tiga jam di SMK Tamparuli.

14 Ogos 2009 - Pertama kali saya berkunjung ke SMK Tamparuli, sebuah sekolah yang terletak di kawasan pinggir bandar. Saya telah ditemui oleh seorang pelajar yang berada di kawasan sekolah tersebut. Pelajar itu bertanya sesuatu dengan saya " Cikgu, mana tong sampah kat sekolah ni" kata pelajar itu kepada saya. Lalu saya menjawab kepadanya, "Maafkan saya, saya tidak tahu kerana saya baharu sahaja sampai ke sekolah ini". Kami hanya berbalas senyuman, ternyata kami berdua pun baharu saja sampai ke sekolah itu.

Tujuan saya ke sekolah tersebut semata-mata berkongsi ilmu dengan para pelajar di SMK Tamparuli. Seronok juga berada di sekolah tersebut. Lebih kurang tiga jam saya berada di sana. Semoga para pelajar di SMK Tamparuli berjaya dalam peperiksaan yang bekal mereka hadapi kelak setelah mengikuti sesi ceramah bersama saya. Saya berharap perkongsian ilmu tersebut dapat dimanfaatkan oleh para pelajar sewaktu mereka menjawab peperiksaan umum kelak.

Wednesday, August 12, 2009

Hari keenam di perantauan orang

Jam 9.00 pagi bertolak meninggalkan negeri Pahang menuju ke Kuala Lumpur. Alangkah seronoknya hati ini kerana aku akan balik ke Sabah Tanah Tumpahnya Darahku pada 13 Ogos 2009..hehe.Dalam perjalanan pergi KL, aku menanda kertas pelajar aku. Letih juga tanda kertas dalam keadaan yang tidak selesa namun aku tetap kuatkan semangat aku untuk menyiapkan kerja-kerja aku yang belum selesai lagi. Bila terasa penat sangat aku berehat dan tidur ajelah jawabnya..hahaha.... Perhentian pertama aku kat Temerloh, rombongan aku berhenti rehat seketika untuk buang apa-apa yang patut hendak dibuang.Hehehe... Kemudian perjalanan diteruskan lagi.. aku menyambung kerja aku semula. Dalam masa yang sama perut aku berlagu lapar.Jam dalam bas baharu jam 10.30 pagi. Sabar ajelah ceritanya.. Akhirnya, aku sampai R&R jam 12.00 tengah hari. Aku mencari-cari gerai yang sesuai dengan selera aku untuk makan tengah hari. Lebih kuarang 30 minit aku berada di situ kemudian perjalanan diteruskan ke Kuala Lumpur.

Jam 1.30 petang aku samapai di Putrajaya tempat tinggal rombongan aku, berhenti seketika untuk menyimpan barang-barang. Selepas itu aku dan para pelajar aku bergerak ke pusat beli belah.....