Tuesday, July 14, 2009

Berita

Cemburu punca lima pelajar perempuan bergaduh

KUALA TERENGGANU 13 Julai - Siasatan polis terhadap kes pergaduhan melibatkan lima pelajar perempuan sekolah menengah di sebuah surau di Ketengah Jaya pada 18 Jun lalu, mendapati kes ini berpunca daripada cemburu.

Kedua-dua mangsa dikatakan cerdik, cantik dan disukai guru sekolah.

Dalam hal ini, tiga pelajar senior merancang pergaduhan antara kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri memberitahu pihaknya akan mengambil keterangan daripada pelajar terlibat selain guru disiplin sekolah bagi membantu siasatan.

Beliau ditemui di sini hari ini untuk diminta mengulas kes pergaduhan lima pelajar perempuan sekolah menengah di sebuah surau di Ketengah Jaya pada 18 Jun lalu.

Aksi kejadian melibatkan empat daripada lima pelajar itu yang berpakaian seragam sekolah turut tersebar di laman perkongsian video, YouTube.

Penyebaran rakaman kejadian itu menyebabkan salah seorang mangsa, membuat laporan polis.

Menurut Mohd. Fauzi, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana bergaduh dan Seksyen 506 akta sama kerana terdapat unsur ugutan dalam kejadian itu.

No comments:

Post a Comment