Thursday, July 30, 2009

Terkejut!!!!!!!!!

Buat pertama kalinya saya melihat dia marah... Marah sangat dia apabila saya menyatakan sesuatu kepadanya. Ampuni saya atas cerita itu. Apa-apapun semuanya kembali normal. Terima kasih menerima saya seadanya. Saya amat menghargainya dalam diary kehidupan saya. Hanya Allah sahaja yang membalas segal-galanya kepada awak. Saya sayang awak. Huhuhuhuhu

30 Julai 2009

Salam semua, selamat berjuang kepada para pelajar Maktab Sabah pada 3 Ogos 20009 hingga 7 Ogos 2009 adalah tarikh keramat para pelajar kerana para pelajar Maktab Sabah akan menduduki Ujian Setara 2 dan Peperoksaan Excel PMR 2009. Semoga para pelajar Maktab Sabah cemerlang dalam segala bidang yang mereka ambil dan melibatkan diri dengan jayanya.

Monday, July 27, 2009

Tercipta Untukku

menatap indahnya senyuman di wajahmu
membuatku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku, oohh

banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan
kepada dirimu

reff:
aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untukku

meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tahu
ku selalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku

sungguh hanya lah dirimu
yang aku cintai
dan sungguh ku kan di sisimu
hingga ku mati


P/S
Lirik lagu ini amat bermakna kepada seseorang yang mengetahui akan kewujudan seseorang dalam diri seseorang itu. Dalam hal ini, hargailah seseorang yang kita kenali itu dengan sebaik mungkin tanpa ada rasa hasad dengki dalam sanubari kita.

Saturday, July 25, 2009

Maktab Sabah Menang Perlawanan Akhir

Pasukan Bola Jaring Maktab Sabah telah menjuarai Kejohanan Bola Jaring yang berlangsung di Kompleks Sukan Labuan. Dalam perlawanan tersebut, Maktab Sabah telah menewaskan pasukan SMK mutiara dengan jaringan 49 gol berbalas 12 gol. Dengan kemenangan ini telah membolehkan pasukan Maktab Sabah beraksi di Pahang pada bulan Ogos kelak.

Tahniah para pemain bola Jaring Maktab Sabah.

Maktab Sabah Menang Separuh Akhir

26 Julai 2009 - Sabtu, Maktab Sabah telah menewaskan SM Stella Maris dalam Kejohanan Bola Jaring yang berlangsung di Kompleks Sukan Labuan dengan jaringan 51 gol berbalas 3 gol. Pada pukul 4.30pm Maktab Sabah akan bertemu antara SMK Mutiara atau SM St Anthony Labuan.

Tahniah para pemain Maktab Sabah. Perjuangan belum selesai.

Keputusan Perlawanan Bola Jaring Maktab Sabah dan Bola Sepak Maktab Sabah

Pada 24 Julai 2009, Pasukan Bola jaring Maktab Sabah telah memenangi dua perlawanan dalam kumpulan A: Perlawanan pertama antara Maktab Sabah dengan SM St Anne, Maktaba Sabah mengungguli perlawanan tersebut dengan jaringan 35 gol berbalas 10 jaringan gol. Dalam perlawanan kedua pula antara Maktab Sabah dengan SMK Mutiara telah menang dengan jaringan 38 gol berbalas 16 jaringan gol. Tahniah kepada para pemain Bola Jaring Maktab Sabah telah menjuarai johan kumpulan A. Hari ini para pemain akan bermain dalam pusingan separuh akhir antara Maktab Sabah dengan SM Stella Maris pada jam 2.00 petang.

Dalam masa yang sama, pasukan Bola Sepak Maktab Sabah telah memenangi dua perlawanan dalam Kumpulan B. Perlawanan pertama pasukan Maktab Sabah bertemu dengan naib johan tahun lalu iaitu pasukan SM La Salle,para pemain bola sepak Maktab Sabah bermain dengan penuh semangat dan telah menewaskan SM La Salle dengan jaringan 3 gol manakala pasukan Sm La Salle gagal menjaringkan sebarang gol. Seterusnya, perlawanan kedua anatara pasukan Maktab Sabah dengan SM ST. Anthony; pasukan Maktab Sabah telah menewaskan SM St. Anthony dengan satu gol tanpa jaringan daripada pasukan SM St. Anthony. Tahniah kepada para pemain bola sepak Maktab Sabah atas kemenangan yang diperoleh dan seterusnya membolehkan mereka baraksi pada perlawanan akhir pada 26 Julai 2009.

Selanjutnya, pasukan Hoki Maktab Sabah telah menjuarai kejohanan Hoki Premier Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah berlangsung pada 20 Julai hingga 21 Julai 2009 di Kompleks Sukan Likas yang lalu.

Semoga para pemain Maktab Sabah bermain dengan penuh semangat juang untuk mengharumkan nama Maktab Sabah dalam sukan Premier 2009 dan masa akan datang.

Thursday, July 23, 2009

Perhentian Pertama- Menumbok

Hai, para pemain net ball berhenti rehat kat menumbok di kedai makan entah tak bernama pulak. Agak-agaklah pemain semua lapar tak ada sarapan pagi tadi. Fuuyoo! awalnya kami gerak ba nak pi Labuan konon. hehe, ba jemput makan dulu yea.

Wednesday, July 15, 2009

Kenangan terinda.

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati
Wooo
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang [...]

Andaiku Tahu

Andai kutahu kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai kutahu kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan jgn kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa2ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Andaiku tahu malaikat Mu kan menjemput ku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu
Aku takut akan semua dosa2 ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari [...]

Dealova

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati tlah letih
Aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwaku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu
merantai hati
bayangmu seakan-akan…
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada
Hanya dirimu yang [...]

Tiga Malam Tanpa Bintang

Kasihhh.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu

Kasihhh.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya

Tiga malam tanpa bintang
Dan diriku dihimpit penyesalan
Arah tuju kian fana
Kerna hilangnya manira
Bagaikan siang diselubung gerhana

Kembalikan senda tawa
Pulangkanlah manis disenyum manja
Ku pahatkan keinsafan
Dan patrikan kesetiaan
Sehingga nadi menafikan nyawa

Kasihhh.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu

Kasihhh.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya

Kasihhh

Tuesday, July 14, 2009

Berita PPSMI

Pemimpin jangan egoistik

UTUSAN MALAYSIA: Ada pihak melihat pemansuhan PPSMI seolah-olah menjadikan murid bahan uji kaji?

DR. PUAD: Kalau hendak kata pelajar jadi bahan eksperimen, itu tidak betul. Ini kerana pendidikan adalah satu proses berterusan di mana kita perlu tingkatkan tambahan nilai pada sistem pendidikan kita. Maka, ia perlu dilakukan pembaharuan demi pembaharuan, transformasi demi transformasi, pembaikan demi pembaikan berasaskan kepada tuntutan semasa.

Kita mesti responsif kepada tuntutan semasa dalam membangunkan kualiti pendidikan negara, kita tidak boleh statik. Jika didapati tidak berkesan, maka perlu lakukan pembetulan.

Saya yakin PPSMI bertujuan meningkatkan penguasaan ilmu dan bahasa Inggeris (BI) di kalangan pelajar supaya pendidikan kita semakin berkualiti. Namun kita kena terima hakikat jika tidak berjaya, kita kena perbaiki.

Pendidikan maksudnya kita tidak boleh mengorbankan pelajar itu sendiri jika satu dasar itu tidak berjaya dan kita tidak boleh korbankan masa depan pelajar, jika kita tidak mencuba suatu yang baru.

Berdasarkan kajian terakhir PPSMI, kita dapati pencapaian akademik murid minimum bahkan tidak dilaksanakan pun PPSMI. Memang betul saya melawat sekolah-sekolah luar bandar atau di bandar pun saya dengar mereka ajar dwi bahasa, tidak ajar sepenuhnya dalam BI.

Mengapa kita tidak menerima hakikat ini bahawa mesti dilakukan pembetulan, kalau tidak pelajar jadi mangsa iaitu sudahlah hanya lapan peratus guru mengajar sepenuhnya PPSMI dan kebanyakan dwi bahasa, sekarang ini ada sesetengah sekolah bahkan di luar bandar guna bahasa Melayu.

Saya pergi pedalaman Sabah dan Sarawak. Di kementerian, diperkenalkan Pedalaman 1 (P1), Pedalaman (P2) dan Pedalaman (P3). Guru yang mengajar di P1 akan terima elaun RM500, P2 (RM1,000) dan P3 (RM1,500). Namum, realitinya saya tidak jumpa di sekolah tersebut yang ajar PPSMI malah dalam BI campur pun tidak jumpa.

Benarkah dalam PPSMI, murid hendak memahami soalan Matematik pun payah, inikan pula mahu menjawab dengan betul?

Berdasarkan kajian, pencapaian ternyata merosot di sekolah rendah daripada 85.1 peratus untuk subjek Sains jatuh kepada 82 peratus. Demikian juga Matematik di sekolah rendah atau menengah, semuanya jatuh.

Didapati pelajar tidak jawab pun dalam BI. Dan kita bimbang kegagalan itu berpunca apabila dia tidak faham guru mengajar bercampuraduk bahasa.

Sebab itu saya risau melihat mereka yang menyokong PPSMI. Apa motif sebenar mereka? Adakah kerana ilmu? Kalau kerana ilmu, lebih baik kita belajar dalam bahasa ibunda yang lebih mudah kita faham. Macam kita belajar al-Quran, adakah kita belajar al-Quran, kita kena faham bahasa Arab sebab al-Quran itu bahasa Arab.

Hakikatnya, lebih mudah kita ajar dalam bahasa kita, maka baru kita boleh belajar al-Quran dengan betul apatah lagi untuk memahami tafsirnya.

Kadang kala kita salah dari segi berhujah. Kita dapati keputusan sekolah kebangsaan jatuh menjunam sedangkan SJKC naik mendadak, sebab sekolah mereka guna Mandarin, langsung tidak guna BI.

Jadi, saya ingin mencabar andaian bahawa penguasaan BI pelajar meningkat kerana PPSMI. Adakah mereka fasih BI kerana belajar Sains dan Matematik dalam BI. Majoriti anak bangsa kita tidak dapat kuasai BI dengan baik. Banyak kekurangan guru BI di luar bandar, guru tidak mencukupi dan latihan guru tidak ditingkatkan.

Jadi, bila sebut bilingualism kalau tengok contoh negara yang menjadikan bilingualism sebagai bahasa rasmi mereka seperti di Cameroon yang menjadikan BI dan Perancis sebagai bahasa rasmi, namun negara mereka tidak maju pun. Sama seperti di Surinam yang menjadikan BI dan bahasa Belanda sebagai bahasa rasmi. Adakah kedua-duanya negara maju.

Adakah PPSMI dipraktikkan di negara lain?

Saya tidak pasti, namun UNESCO menetapkan seseorang itu mesti diajar dalam bahasa ibunda mereka. Di Jepun, diajar dalam bahasa Jepun sebab ia lebih mudah. Dan siapa kata Jepun tertinggal dalam pelajaran. Di universiti negara ini yang bermula 1983, kita gunakan sepenuhnya dalam BM dan ini melahirkan ribuan doktor dan jurutera. Apakah mereka ini gagal menjadi pakar yang berjaya?

Kita berbelanja RM5 bilion untuk tingkatkan penguasaan BI dan kerana ilmunya? Lebih baik kita tingkatkan BI dengan mengambil guru berkualiti. Sebab itu kita nak ambil 1,000 guru dari luar negara dan bersara untuk mengajar subjek ini.

Apakah masalah makro yang sangat ketara dalam PPSMI?

Guru yang mengajar pun tidak dapat menguasai BI dengan baik, jadi macam mana nak ajar Sains dan Matematik kalau dia sendiri tidak fasih. Penguasaan BI di kalangan guru amat rendah walaupun kita berikan elaun khas kepada guru PPSMI.

Dan kita dapati mereka tidak menggunakan wang tersebut untuk tingkatkan penguasaan BI (peruntukan 10 peratus diberi untuk guru sekolah menengah serta 5 peratus sekolah rendah). Daripada jumlah gaji mereka sebulan, kita belanjakan hampir RM4 juta setahun untuk membayar elaun tersebut.

Saya tidak mahu berhujah telah berlaku pembaziran - kerana pembaziran akan berlaku jika kita meneruskan (PPSMI) setelah kita dapati ia tidak berjaya. Untuk pendidikan, adalah lebih baik kita berbelanja. Ia bukan suatu bentuk pembaziran tetapi pelaburan untuk pendidikan anak-anak.

Pemansuhan PPSMI ibarat membuka lembaran baru, bermaksud orang dalam kerajaan kini sudah berani berkata tidak, jika mereka nampak sesuatu dasar itu tidak boleh diteruskan?

Ya, sebenarnya ini dikatakan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Bila kita buat keputusan mansuhkan PPSMI, kita tidak sebut pun pemansuhan tetapi soal memartabatkan BM serta memperkukuhkan BI.

Kita buat keputusan penuh bertanggungjawab kerana contohnya kita akan mansuhkan pada 2012. Bukannya kita buat keputusan hari ini, esok kita tutup terus. Kita akan benarkan kohort sedia ada hingga 2012.

Apa pun, saya hairan dengan kenyataan yang dibuat oleh Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said (yang menolak pemansuhan PPSMI sebaliknya menyifatkan sebagai penangguhan sementara). Adakah dia hanya dinilai kerana dia menulis cerpen atau novel dengan baik.

Dia mestilah seseorang yang mempunyai minda dan jiwa terbuka, berfikiran matang dan strategis dalam memahami tuntutan semasa dan memahami hikmah. Saya baca kenyataan dia semalam itu. Apa maksud dia? Dia juga berkata orang yang mengamalkan PPSMI sebagai peludah bahasa.

Adakah itu ciri-ciri Sasterawan Negara sedangkan pendirian kita jelas. Kita penuh hikmah dan strategi. DBP juga akan diperkasakan untuk menterjemahkan buku-buku ilmu. Jangan kerana ada dua kertas dalam nano teknologi, kita tidak boleh guna bahasa Melayu. Akhirnya nanti, kita tidak boleh puaskan hati semua.

Bagaimana pula dengan kedudukan elaun guru PPSMI?

Ia sedang dikaji oleh pihak kementerian. Mungkin sementara proses ini sedang berjalan, maka elaun guru masih berjalan kerana dasar PPSMI ini tamat berkuat kuasa 2012.

Selepas ini kerajaan kenalah buang sikap ego kalau sesuatu dasar itu memang terbukti tidak berjaya?

Ya, kerana sesuatu yang berkaitan dengan pendidikan kita memang tidak boleh bersikap egoistik bahawa apa yang kita buat itu selama-lamanya betul atau benar. Sebab itu kalau dulu kita belajar BI dengan tata bahasa, kemudian BI berbentuk komunikasi dan nampak ia berjaya.

Namun, kita tidak boleh ego bahawa selamanya hendakkan BI komunikasi. Sebab itu kita nak wujudkan makmal bahasa di sekolah seperti di universiti mengajar BI dengan pendekatan modul keseronokan bahasa seni supaya mereka belajar dengan seronok, di samping kita tingkatkan keupayaan institut perguruan kita untuk melahirkan guru BI.

Dalam tempoh enam tahun pelaksanaan PPSMI ini, apakah mesej daripada golongan guru?

Ya, kajian mendapati guru-guru sendiri tidak menyokong kerana mereka sukar mengajar dalam BI. Bulan lalu, saya pergi ke perjumpaan guru dan apabila saya sebut PPSMI akan dimansuhkan, mereka semua bertepuk tangan. Saya tidak tahu mereka tidak sokong pun sebab mereka berada di medan sebenarnya iaitu hanya dilatih mengajar Sains dan Matematik dalam BM bukannya BI.

Mungkin peranan guru akan lebih mencabar dan besar selepas ini?

Sebenarnya telah banyak kerajaan usahakan untuk memartabatkan golongan guru seperti menyediakan elaun guru pedalaman atau elaun kesusahan untuk dia pergi ke tempat mengajar. Maksudnya dia nak keluar mengajar ke pedalaman contohnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Abai, Sabah. Bila sudah masuk ke situ, nak keluar payah.

Dia kena sewa bot orang kampung kalau nak pergi ke pekan dan kena bayar tambang bot pergi-balik sebanyak RM500. Ini mencabar tugas seorang guru.

Pernah saya berjumpa dengan lapan guru dari Semenanjung yang rumah mereka agak daif. Terus saya minta pihak berkuasa bina semula rumah mereka. Juga ada rumah guru yang berbantalkan beg pakaian saja sebab dia nak beli bantal pun satu masalah.

Di Mulu, Sarawak pula, saya temui bot yang digunakan untuk ke kedai yang datang sekali sekala. Dan sebaliknya apa yang berlaku ialah guru-guru di situ terpaksa pula berkongsi melalui guru besar yang pergi ke Miri untuk membayar denda kerana membawa barang lebih lima kilogram.

Sebenarnya tugas guru amat mencabar, justeru masyarakat kena tahu peranan guru. Masyarakat terlupa akan peranan guru sehingga timbul soal disiplin di kalangan anak masing-masing, disaman pula guru itu. Kita tahu tekanan dan emosi guru. Malaysia pada keseluruhan ada 385,000 guru. Sebab itu kita mahu memartabatkan peranan guru supaya kerjaya guru dilihat sebagai kerjaya yang bermartabat tinggi.

Agaknya jika Datuk tidak turun padang, bagaimanakah permasalahan guru diketengahkan ke pengetahuan kementerian?

Sebenarnya mungkin pegawai-pegawai tahu tetapi ada kalanya dalam soal pendidikan ini memerlukan political wheel seperti PPSMI. Saya yakin Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan berdasarkan political wheel leadership dan bukan kerana keputusan politik. Dan kerana kesungguhan politiklah sebagai contoh beliau melihat pelajar kita terlalu obses dengan pengambilan 20 subjek dalam SPM, maka dibuat keputusan cukup 10 subjek sahaja diambil selain wajib lulus BI.

Ramai mengakui bahawa pentadbiran sekarang ini lebih melihat kepada permasalahan rakyat yang mahu ia diketengahkan untuk penyelesaian awal?

Sebab itu pada saya, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai tanggapan politik yang tepat terutama apabila beliau buat keputusan. Seorang pemimpin mesti ada banyak idea kerana hasil idea itu sebenarnya dia akan cari jalan bagaimana nak pimpin negara, nak selesai masalah serta bagaimana nak fokus kepada apa yang nak dilakukan.

Kehebatan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana beliau memiliki banyak idea dan begitu juga dengan Najib yang mempunyai banyak idea. Idea beliau bukan bertujuan populis tetapi idea yang berisi serta boleh diaplikasikan untuk kepentingan rakyat.

Adakah ini bermakna rakyat sekarang tidak lagi suka pemimpin yang retorik dan sloganis?

Saya sebenarnya kecewa ada yang tidak menyambut baik apabila Perdana Menteri menyatakan beliau ikhlas membuat itu dan ini. Saya yakin rakyat di peringkat bawah dan pertengahan suka benda ini (pembaharuan yang dilaksanakan).

Cuma saya tidak faham apabila ada yang bercakap kononnya orang UMNO ini nasionalisme. Apa yang saya faham tentang nasionalisme ini adalah juga yang memahami tentang Islam.

Saya tidak mahu menerima politik emosi tetapi politik hati nurani. Ia tidak menguntungkan sesiapa pun dalam soal meningkatkan martabat pendidikan, lebih-lebih lagi dalam memperkasakan orang Islam khususnya orang Melayu.

Berita

Cemburu punca lima pelajar perempuan bergaduh

KUALA TERENGGANU 13 Julai - Siasatan polis terhadap kes pergaduhan melibatkan lima pelajar perempuan sekolah menengah di sebuah surau di Ketengah Jaya pada 18 Jun lalu, mendapati kes ini berpunca daripada cemburu.

Kedua-dua mangsa dikatakan cerdik, cantik dan disukai guru sekolah.

Dalam hal ini, tiga pelajar senior merancang pergaduhan antara kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri memberitahu pihaknya akan mengambil keterangan daripada pelajar terlibat selain guru disiplin sekolah bagi membantu siasatan.

Beliau ditemui di sini hari ini untuk diminta mengulas kes pergaduhan lima pelajar perempuan sekolah menengah di sebuah surau di Ketengah Jaya pada 18 Jun lalu.

Aksi kejadian melibatkan empat daripada lima pelajar itu yang berpakaian seragam sekolah turut tersebar di laman perkongsian video, YouTube.

Penyebaran rakaman kejadian itu menyebabkan salah seorang mangsa, membuat laporan polis.

Menurut Mohd. Fauzi, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana bergaduh dan Seksyen 506 akta sama kerana terdapat unsur ugutan dalam kejadian itu.

Teknik menjawab Bahagian C Karangan PMR

Bahagian C- Karangan (40 markah)
1. Ada 5 tajuk karangan diberikan
2. Calon perlu menulis satu tajuk sahaja
3. Panjang karangan hendak lebih 180 patah perkataan

Panduan Membina Karangan
A. Pendahuluan
1. Rangkakan satu pendahuluan yang menarik untuk merangsang pemeriksa agar
membaca karangan dengan penuh minat.(Isu Semasa tajuk, keseriusan isu,
persoalan yang berkaitan dengan tajuk karangan yang dibincangkan)
2. Bunga-bunga bahasa yang indah hendaklah dimasukkan pada bahagian pendahuluan untuk tajuk-tajuk karangan yang tertentu seperti surat, syarahan dan seumpamanya.

B. Isi.
1. Calon perlu menyatakan sekurang-kurangnya 3 isi penting ( 1 pernggan= 1 isi)
2. Setiap isi perlu dikembangkan dengan jelas dan disertai dengan huraian idea,
contoh/bukti serta komen atau rumusan
3. Isi yang dianggap penting perlu ditulis dahulu daripada isi-isi yang lain.

C. Penutup
1. Calon perlu menulis bahagian penutup, iaitu merupakan kesimpulan daripada apa
yang telah dibincangkan.
2. Tanpa penutup, calon sukar memperoleh markah yang tinggi, walaupun bahagian pendahuluan dan isi serta aspek-aspek yang lain dihuraikan dengan baik.

D. Perenggan
1. Karangan hendaklah dibuat dalam bentuk perenggan bagi memisahkan isi-isi
tertentu- biasanya 6 hingga 8 baris dalam satu perenggan.
2. Sebaik-baiknya 1 perenggan untuk 1 isi.
3. Bagi bahagian pendahuluan dan penutup, perenggannya tidaklah sepanjang perenggan isi.

E. Bahasa
1. Gunakan bahasa yang lancar dan elakkan kesalahan, skturktur ayat, imbuhan dan
sebagainya.
2. Penggunaan kosa kata yang menarik adalah baik untuk menujukkan kematangan karangan yang dihasilkan. Contohnya, penggunaan istilah tertentu, pantun, cogan kata, peribahasa dan lain-lain.
3. Ayat jangan terlalu panjang kerana lebih mudah mendatangkan kesilapan bahasa.
4. Gunakan penanda wacana untuk menunjukkan perantara ayat untuk menjelaskan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan.

Contoh pendahuluan dan kesimpulan karangan

Beberapa contoh pendahuluan dan penutup karangan

1. Pendahuluan surat biasa
a. Kategori yang lemah/kurang baik- contoh

Menemui sahabatku Muhammad Saiful bin Abd Razali yang berada di Kota Kinabalu, semoga sihat sejahtera hendaknya.

Saudara, tujuan saya menulis surat ini ialah…..

b. Kategori baik- contoh

Kembali ke pangkuan teman yang diingati selalu, saudara Muhammad Saiful bin Abd Razali yang berada di Kota Kinabalu, didoakan semoga dirimu diberkati Tuhan dalam keceriaan di samping keluarga tersayang.

Saudara,
Lembaran saudara telah selamat saya terima kira-kira seminggu yang lalu. Maafkan saya kerana agak lewat mengutus balasannya. Sibuk katakan. Baru semalam saya selesai menduduki peperiksaan percubaan PMR dan hari ini barulah ada sedikit kelapangan untuk mencoretkan sesuatu di lapangan putih ini untuk tatapan saudara.


2. Penutup surat biasa

a. Kategori lemah/kurang baik- contoh
Sekianlah sahaja surat saya untuk (saudara/ayahanda/bonda dan sebagainya). Terima kasih.



b. Kategori baik- contoh

Saudara, nampaknya agak panjang coretan saya kali ini, mungkin jemu pula saudara membacanya. Lantaran itu, izinkan saya berundur untuk seketika. Sama-samalah kita panjatkan doa kepada Tuhan agar menemukan kita pada warkah yang lain. Maafkan saya zahir dan batin seandainya ada kesilapan dan kekasaran yang telah saya lakukan sepanjang persahabatan kita. Sambutlah salam ingatan saya untuk saudara sekeluarga.
Wassalam.
Sahabatmu yang jauh,
………………………….


3. Penutup ucapan/syarahan/ceramah

a. Kategori lemah/kurang baik-comtoh

Sekianlah sahaja ucapan/syarahan/ceramah saya. Terima kasih.


b. Kategori baik- contoh

Sebelum saya mengundurkan diri dari atas pentas yang indah ini, izinkan saya mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kekasaran yang telah saya lakukan. Seperti kata peribahasa, ‘bumi yang mana tidak ditimpa hujan’, begitulah dengan saya lemah dan tidak sunyi daripada salah dan silap. Akhir kata terimalah seuntai pantun daripada saya.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Sekian ucapan/syarahan/ceramah saya. Terima kasih.





Beberapa teknik penulisan pendahuluan

Tajuk: Punca kemalangan jalan raya

Contoh pendahuluan umum

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Kemalangan boleh terjadi di pusat beli-belah, sekolah, tempat awam dan juga rumah. Namun, kemalangan yang semakin membimbangkan adalah kemalangan jalan raya. Sesuatu kemalangan yang berlaku itu mestilah ada puncanya.

Contoh pendahuluan definisi

Kemalangan berasal daripada kata dasar ‘malang’. Malang bermaksud nasib tidak baik. Oleh itu perkataan ‘kemalangan’ boleh didefinisikan sebagai keadaan yang tidak baik menimpa seseorang. Keadaan ini berlaku tanpa dijangka tetapi pasti ada puncanya. Begitulah juga jika berlakunya kemalangan di jalan raya.

Contoh pendahuluan peribahasa

Peribahasa yang menepati isu kemalangan ialah ‘Malang Tidak Berbau’ yang bermaksud kecelakaan atau nasib tidak baik yang berlaku tanpa diketahui akan berlaku. Namun jika diteliti dan dikaji, setiap kemalangan itu berlaku atas sebab-sebab tertentu.

Contoh pendahuluan pendapat

Perdana Menteri Malaysia menyatakan rasa kesal terhadap pengguna jalan raya yang mengabaikan adab dan etika semasa berada di jalan raya. Menurut beliau, sebagai sebuah negara yang pesat membangun prasarana pengangkutan jalan raya, keadaan sedemikian tidak sepatutnya berlaku. Sebelum langkah-langkah membendungnya dilakukan, beliau ingin semua pihak mengenal pasti faktor penyebabnya.

Saturday, July 11, 2009

Ampunilah Hamba-Mu Ya Allah

Ya Allah ya tuhan ku, aku tak layak ke Syurga-MU, namun tak pula aku sanggup ke Neraka-MU. Kami lah hamba yang mengharap belas dari-MU. Ya Allah jadikan lah kami hamba-hamba MU yang bertaqwa, ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, orang-orang disayangi dan dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Cukup lah Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya kepada-NYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki arasy yang agung"

Sunday, July 5, 2009

Sempurna Selamanya

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Ungkapan lirik tersebut begitu penuh bermakna dalam diri seseorang yang mengenali diri kita..