Anda telah menyertai
program motivasi yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Pelbagai aktiviti
telah diadakan.
Jelaskan aktiviti program yang telah menimbulkan kesedaran dalam diri
anda untuk terus berjaya.
Pendahuluan : Banyak orang berpendapat, usia remaja ialah tempoh emas
untuk menentukan hala tuju seseorang itu. Sama ada masa depan seseorang itu
berjaya atau gagal bergantunglah kepada kebijaksanaan merancang dan mengisi
ruang masa dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Banyak kegiatan yang boleh
dimanfaatkan seperti mengunjungi pusat sumber, lawatan sambil belajar, dan
menghadiri kelas tuisyen. Belakangan ini banyak pihak yang mengambil peluang
menganjurkan pelbagai kem dan kursus pendek dalam masa cuti. Kem-kem seperti
itu amat relevan untuk membentuk sahsiah remaja sama ada dalam aspek pengayaan
minda mahupun keseimbangan emosi. Peluang tersebut turut saya ambil untuk
memanfaatkan cuti hujung tahun yang agak panjang. Sesungguhnyadi luar pengetahuan, saya telah memperoleh pelbagai input baru
dalam usaha membangunkan jati diri yang dapat pula saya kongsikan dengan
rakan-rakan sebaya.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Memberi peluang
memperluas jalinan rakan-rakan dan kenalan baru – berkenalan dengan rakan-rakan sebaya daripada pelbagai lapisan
(remaja dari desa, bandar, kaya dan miskin) – berkongsi pengalaman tentang
corak hidup, budaya, dan cara berfikir (sesuai dengan peribahasa, jauh berjalan
luas pandangan, lama hidup banyak pengalaman, dan ramai kawan luas pengetahuan)
Isi 2 : Memanfaatkan masa
dengan sebaik-baiknya – menggantikan rutin
harian yang biasa seperti tidur, berehat dan menonton TV dengan aktiviti yang
berfaedah – setiap saat yang berjalan cukup bermanfaat – faham tentang
perancangan masa yang berkesan
Isi 3 : Dapat mengikuti
modul latihan yang padat – modul latihan dirancang
secara teliti ( meliputi aspek ketahanan minda, latihan jasmani, semangat
berpasukan, dan pengetahuan am ( berkaitan sejarah negara, hubungan Malaysia di
peringkat antarabangsa) – modul kerohanian (latihan tadarus al Quran, solat
berjemaah, solat malam, dan kuliah agama)
Isi 4 : Sangat mencabar
ketahanan fizikal dan mental – modul latihan fizikal
yang lasak (senaman pagi, kawad kaki, treking, dan merentas halangan) – modul
latihan mental (penyelesaian masalah, membaca arah, dan bermuhasabah)
Isi 5 : Berjaya membina
keyakinan diri – berasa seolah-olah
dilahirkan semula dalam sebuah dunia yang baharu – berjaya memupuk kekuatan
minda, lebih bersemangat, dan yakin untuk mencapai matlamat - memperoleh emosi yang tenang dan selalu
bertawakal kepada Tuhan
Kesimpulan : Selepas seminggu berada dalam kem yang dianggap oleh
sesetengah peserta sebagai penjara terhormat, saya bermuhasabah semula tentang
hakikat diri. Sesungguhnya, setiap insan yang diciptakan telah disertakan
dengan potensi yang tertentu. Namun demikian, kegagalan kita memanfaatkan
potensi yang ada boleh menyebabkan ramai orang yang gagal di pertengahan jalan.
Oleh itu, setiap potensi hendaklah digilap melalui kursus dan kem seperti yang
saya hadiri. Yakinlah, “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,
melainkan kaum itulah yang mengubahnya” (maksud al Quran).