Thursday, December 1, 2011

Salam.. selamat bercuti...

Selamat bercuti kepada para pelajar Maktab Sabah. Hrmmm.cuti-cuti juga iya namun buku pelajaran jangan dilupakan pula. Calon SPM 2011 pula, selamat bercuti kepada mereka yang telah habis peperiksaan. Walaupun tarikh tamat peperiksaan SPM 2011 akan tamat pada 14 Disember 2011. Saya mendokan anda semua cemerlang mengikut cara anda berusaha menghadapi peperiksaan SPM 2011 yang sebenarnya anda lakukan dengan kejujuran dan keupayaan minda anda menjawab kertas soalan SPM 2011. Bagi mereka yang belum selesai peperiksaan, teruskan perjuangan anda yang belum tamat.

Kini masa untuk saya bercuti. Opps, para calon SPM 2011...jangan lupa buat solat hajat iya. Hal ini demikian kerana anda berdoa supaya hati pemeriksa kertas anda itu tenang dan mudah menanda kertas jawapan anda.Anda sudah berusaha menjawab soalan peperiksaan SPM tersebut dan anda perlu berdoa kepada Tuhan.

Salam kemaafan saya mohon dari jauh,

Zuliana....

Wednesday, November 16, 2011

Syukur Alhamdulillah

Salam,
14 November 2011, kertas peperiksaan Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malayisa (SPM) telah berlalu. Para pelajar saya yakin dengan jawapan yang mereka hasilkan. Hal ini demikian kerana semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung sepanjang tahun bersama mereka iaitu banyak topik yang dibincangkan dalam kelas keluar. Namun demikian perjuangan para pelajar saya belum selesai. Para pelajar berjuang dalam peperangan minda selama sebulan, teruskan usaha anda. Yakin dengan kebolehan anda.

Cikgu doakan para pelajar(SPM)saya lulus dengan cemerlang. Di sini saya ambil kesempatan mohon maaf andai ada kata-kata cikgu menyentuh emosi para pelajar semasa saya mengajar di dalam kelas.


Salam kemaafan daripada saya

Juliah Haji Matnoor.

Sunday, November 13, 2011

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof)

Sinopsis
Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabriah dan Salmah, manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabriah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapaknya (Jumaat) yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabriah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabriah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Sikap mereka ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabriah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami.
Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabriah, Salmah, Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.

Tema
Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap ketua keluarga (suami/bapa) serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak.

Persoalan
1. Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi.
2. Persoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.
3. Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang.
4. Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.
5. Persoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.
6. Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Plot
Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.
Pembinaan Plot

Secara keseluruhan drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu;

(i) Permulaan

• Dialog Pak Man dengan Sani yang bertanya khabar dan menyatakan simpati atas nasib keluarga Jimah yang kehilangan Pak Jumaat semasa kejadian tsunami.

(ii) Perkembangan

• Nasihat Pak Man terhadap nasib Sani walaupun sebagai anak angkat dalam keluarga Mak Jimah tetapi telah dibesarkan dengan mendapat pendidikan yang sempurna.
• Berlaku pertengkaran antara Shahrul dan Sani mengenai sikap Shahrul yang mementingkan kerjayanya dan hendak pulang ke kuala Lumpur walaupun bapa mereka belum ditemui lagi.

(iii) Konflik

• Arahan Shahrul agar Sani menasihati Jimah (ibu mereka) agar menerima kenyataan bahawa bapa mereka telah meninggal di laut semasa kejadian tsunami.
• Sabriah yang tidak puas hati atas sikap bapanya yang terus turun ke laut walaupun dia telah mengirimkan wang kepada bapanya untuk menyara kehidupan mereka.
• Mak Jah menyatakan perasaannya yang mengambil berat terhadap anak-anak Jimah kepada Sani dan dia menganggap mereka sebagai anak-anaknya juga.
• Sabriah menyindir sikap Sani yang hanya sebagai anak angkat menumpang kehidupan mereka.
• Jimah memahami sikap anak-anaknya terutama Sabriah yang hanya mementingkan kerjaya dan diri sendiri sahaja.

(iv) Klimaks

• Jimah memulangkan wang anak-anaknya yang disimpan di dalam bank dan meminta mereka pulang ke tempat masing-masing walaupun Pak Jumaat belum ditemui.

(v) Peleraian

• Jumaat dijumpai terselamat dalam kejadian tsunami. Dengan penemui itu memberi banyak kesedaran kepada anak-anak Jimah bagi memohon maaf atas kesalahan masing-masing. Jimah meminta anak-anaknya juga memohon maaf daripada Sani yang banyak dihina oleh mereka. Pak Man bersyukur dengan situasi yang ceria itu dan dia juga bersyukur dikurniakan cucu angkat seperti Man Bengap.


Teknik Plot
1. Pemerian

• Dia budak lurus. Putih, putihla yang dia kata. Kalau hitam, hitamlah yang dia kata. Dia manusia yang tidak ada kepentingan langsung…(ms 439)

2. Suspens

• Man: Orang sudah jumpa tuk, sudah jumpa dah.

3. Kejutan

• … Kita ni sibuk dengan kerja, dengan laki, dengan bini, dengan perniagaan. Beginilah, kalau sudah semua tidak mahu, kita hantar ke rumah welfare. Mahu? (ms 434)

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
1. Jimah

• Isteri Jumaat, berusia 55 tahun
• Seorang yang setia, penyayang dan bertanggungjawab. Setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut.
• Sabar dengan dugaan dengan berdoa. Jimah sentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan sejak kejadian suaminya hilang di laut.


Watak Sampingan
2. Sani

• Anak angkat Jimah – seorang doktor dan telah beristeri
• Seorang yang bertanggungjawab dan sabar. Sangat mengambil berat akan emaknya terutama ketika bapanya hilang di laut.

3. Sabri

• Anak sulung Jimah
• Mengetuai ahli keluarga
• Penyabar. Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka tidak dijumpai.

4. Sabariah

• Graduan ekonomi bekerja di London
• Panas baran, anak kedua dalam keluarga. Dia menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim setiap bulan.
• Tidak sukakan Sani. Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-mandai dan berdolak dalik tentang soal kematian. Dia juga menginggatkan bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka.

5. Shahrul
• Anak ketiga dalam keluarga
• Seorang akauntan di Kuala Lumpur
• Mementingkan kerjayanya. Shahrul hendak balik ke Kuala Lumpur walaupun mayat bapanya belum dijumpai.
• Berselisih faham dengan Sani. Shahrul sindir menyindir dengan Sani ketika dia pulang ke rumah emaknya.

6. Salmah

• Seorang pereka fesyen
• Seorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang ke rumah dengan hanya memakai skirt.
• Lebih mementingkan kerjayanya. Salmah lewat pulang ke kampung atas urusan pekerjaan.

7. Wan Malin

• Isteri Sani
• Banyak membantu Sani menjaga Jimah. Wan Malin berjanji dengan Jimah akan bersama-sama mentuanya itu menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.

8. Man Bengap

• Pemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong sehingga menyebabkan Pak man ketawa.
• Cucu angkat Pak Man

9. Pak Man

• Jiran Jimah yang prihatin dengan kelurga Jimah. Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah memujuk Jimah yang begitu sedih dengan kehilangan suaminya. Beliau bimbang akan kesihatan Jimah yang setiap hari pulang lewat malam dari pantai.
• Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah. Pak Man menasihati anak-anak Jimah supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga.
10. Mak Jah

• Isteri Pak Man
• Seorang yang penyayang. Mak Jah sanggup bersama-sam keluarga Jimah menenangkan mereka ketika mereka bersedih kehilangan bapa mereka di laut.

11. Wahid dan Senin

• Penjahat yang mengambil kesempatan. Mereka berpura-pura ditugaskan membanci kerugian yang di hadapi mangsa Tsunami.
• Mencuri harta mangsa tsunami. Mereka hendak mencuri barang di rumah Jumaat semasa ketiadaan orang di rumah tersebut.


LATAR
Latar masa
• Siang, tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak
• Pagi, semasa Man mencuci kereta Abang Sabri
• Senja di rumah Jimah
Latar tempat
• Tepi pantai, Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut
• Rumah Jimah semasa Sabariah memarahi Salmah.
• Anak tangga rumah Jimah semasa Sabariah duduk termenung memikirkan nasib emaknya
Latar masyarakat
• Masyarakat penyayang iaitu menyayangi anak-anak contohnya sikap Jimah dan Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas.
• Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan, misalnya Pak Man yang datang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.
• Masyarakat yang berpendidikan, misalnya anak-anak Jimah yang berjaya dengan kerjaya masing-masing, Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, Shahrul sebagai akauntan.
• Masyarakat yang mementingkan kerjaya misalnya Shahrul yang ingin kembali ke Kuala Lumpur setelah tamat cutinya.
• Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua misalnya Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat.

GAYA BAHASA
1. Diksi
• Kata pinjaman bahasa Inggeris (survey, HQ)

2. Falsafah
• Daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga

3. Simile
• .. air matanya itu macam anak air mengalir

4. Metafora
• Ombak susu, gigi ombak

5. Repetisi
• Putih, putihlah yang dia kata kalau hitam, hitamlah


NILAI
1. Nilai kasih sayang kepada suami. Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan.

2. Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami. Misalnya Jimah tetap setia menanti suaminya yang hilang.

3. Nilai hormat-menghormati orang yang lebih tua. Misalnya Sani tetap menghormati Sabariah walaupun kerap dimarahinya.

4. Nilai nasihat-menasihati. Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani anak angkat emaknya.

5. Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa. Misalnya Sani dan Wan Malini terus menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik memberi pendidikan kepada anak-anaknya. Contohnya Pak Jumaat dan Mak Jah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti.

2. Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Misalnya menyayangi mereka sepenuh hati walaupun dibesarkan oleh keluarga angkat sahaja.

3. Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita. Contohnya Sabariah insaf atas kesilapannya yang tidak dapat meluangkan masa dengan ibu bapanya.

4. Kita perlu bertsyukur dengan apa-apa yang kita miliki, misalnya Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.
5. Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga.

6. Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. Misalnya Pak Jumaat menyimpan duit yang dikirim oleh anak-anaknya.


Latihan
1. Berapa lamakah Pak Jumaat hilang di Laut?

Jawapan: Empat hari.



2. Mengapakah Pak Man tidak ke laut pada hari kejadian tsunami?

Jawapan: Kerana Pak Man demam

Drama Gelanggang Tuk Wali (Ismail Kassan)

Sinopsis
Babak 1
Ripin telah pergi ke rumah Tuk Wali, untuk memaklum jemputan bersilat di majlis perkahwinan rumah Haji Kodri. Kedatangannya disambut oleh Mak Umi. Tuk Wali mahu memenuhi jemputan tersebut walaupun demam,. Tuk Wali juga berbual dengan Ripin tentang kerakusan manusia yang menyebabkan kepupusan spesies pokok-pokok herba di hutan sebagaimana yang dilakukan oleh Si Guan. Tuk Wali kesal oleh sebab harga akar-akar kayu semakin rendah Tuk Wali meminta Ripin memastikan murid-murid silat berkumpul kerana wartawan akan datang pada malam itu.
Babak 2
Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri dengan berpakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping dan bersongkok. Tidak lama kemudian, Imam dan Siak berkunjung ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka disambut oleh Mak Umi. Siak menyatakan perasaan tidak senang kerana, dia masih bersilat di gelanggang. Baginya Tok Wali sepatutnya menghabiskan masa di masjid. Mak Umi mempertahankan suaminya kerana selama ini suaminya tidak pernah tinggal solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap malam. Bagi Mak Umi, Tuk Wali hanya memenuhi hajat orang untuk memeriahkan majlis, tidak melanggar adat dan agama. Mak Umi meminta Imam dan Siak bercakap dengan Tuk Wali sendiri tentang hal itu. Dia juga akan memaklumkan nasihat Siak dan Imam kepada Tok Wali.
Babak 3
Tuk Wali meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Piee cucu tirinya, Piee yang telah memalukan dirinya di rumah Haji Kodri. Mak Umi mahu Tuk Wali mengubatkan Piee yang menagih dadah. Tuk Wali menyuruh Mak Umi menghalau Piee jika datang ke rumah itu lagi. Tuk Wali terlalu marah kepada Piee kerana dia telah mencuri wang tambang Tuk Wali ke Mekah yang berjumlah RM2000.00. Mak Umi memaklumkan nasihat Imam dan Siak kepada Tok Wali. Tuk Wali mengatakan bahawa dia boleh duduk berzikir di masjid tetapi dia juga perlu mengubatkan orang yang patah kaki, terseliuh, dan histeria. Tuk Wali mengimbas dirinya ketika


muda dahulu sering dipuji,dan dianggap hebat. Apabila dia sudah tua segala yang dilakukannya dipandang tidak elok. Mak Umi mencadangkan anak-anak muridnya seperti Ripin menggantikan tempatnya untuk bersilat di majlis kahwin. Tuk Wali mengatakan bahawa silat sudah sebati dengan dirinya. Tok Wali dikunjungi oleh Ripin dan Mariam. Tuk Wali menyarankan Ripin dan Mariam mengambil tempatnya untuk mengajar silat tetapi mereka berdua tidak bersedia Mereka merayu agar Tuk Wali terus mengajarkan silat. Tuk Wali mengambil sebilah keris dan menceritakan asal usul keris tersebut Tok Wali merasakan Ripinlah yang layak untuk menjadi pewaris keris itu. Dua orang wartawan dari majalah Pejuang, iaitu Halim dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk menemu ramahnya.. Piee cucu tiri Tuk Wali yang baru keluar dari pusat pemulihan muncul. Setelah kedua-dua wartawan itu pulang, Tuk Wali menampar dan memarahi Piee kerana masuk ke dalam biliknya. Empat orang pemuda telah datang ke rumah Tuk Wali. Menyangka Tuk Wali tiada di rumah mereka bermain gitar, menyanyi sambil menari-nari. Tuk Wali memarahi mereka. Salah seorang pemuda telah ditampar oleh Tuk Wali kerana bersikap biadap.
Babak 4
Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali agar bersilat dengannya. Siak berasa marah kerana Tuk Wali telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Mereka bertarung menggunakan sundang. Mak Umi mencari Ripin untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Ripin berjaya mengunci pergerakan Siak. Ripin mencadangkan Tuk Wali dan Siak menyelesaikan masalah dengan cara berunding.. Mak Umi menyuruh Ripin menghantarnya ke rumah Berahim kerana dia tidak mahu melihat pergaduhan antara Tuk Wali dengan Siak. Siak akhirnya meninggalkan rumah. Tuk Wali yang kepenatan dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah.
Babak 5
Piee masuk ke rumah Tuk Wali dan mengambil biola serta sebilah keris yang tersisip di dinding beranda itu. Tuk Wali menyedari perkara itu dan marahi Piee Kemudian berlaku pergaduhan dan pertikaman antara Tuk Wali dengan Piee. Semasa Tuk Wali ingin mengambil biola yang dijatuhkan oleh Piee, Tuk Wali ditikam oleh Piee. Tikaman itu terkena di perut Tuk Wali. Tuk Wali dapat mengambil keris daripada tangan Piee. Tuk Wali semakin lemah apabila


banyak darah keluar daripada lukanya. Ripin terkejut apabila melihat Tuk Wali yang terbaring berlumuran darah. Ripin mahu menghantar Tuk Wali ke hospital tetapi Tuk Wali enggan. Tuk Wali sempat menyerahkan keris tersebut kepada Ripin sebelum meninggal. Ripin ingin menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Dia menyangka Siak yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Imam muncul dan melihat Ripin memegang keris dalam keadaan Tuk Wali telah terbujur kaku. Imam menyangka bahawa Ripin telah membunuh Tuk Wali. Berlaku tuduh menuduh antara Siak dan Ripin Mariam dan Mak Umi sampai lalu menerpa ke arah mayat Tuk Wali. Mak Umi dan Mariam ingin tahu orang yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Ripin saling menuduh sekali lagi. Mak Umi menafikan Ripin membunuh Tuk Wali.


Pemikiran Drama:

Pemikiran drama Tok Wali ialah perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa.
Tok Wali mengajarkan ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi kampung. Dia juga mematuhi pantang larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara warisan hutan tersebut pada masa akan datang.

Persoalan:

1. Persoalan sikap hormat –menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang berilmu
Ripin amat menyanjung tinggi Tok Wali yang telah mengajarnya ilmu silat.
2. Persoalan budaya warisan bangsa yang diremehkan.
Ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tok Wali kerana bersilat dalam majlis perkahwinan.
3. Persoalan masalah penagihan dadah yang sukar dirawat.
Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih kerana tidak dipantau oleh ibu bapanya.


4. Persoalan perasaan dengki dan khianat.
Ada pihak yang dengki kepada Tok Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.
5. Persoalan dendam yang berpanjangan.
Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tok Wali kerana Tok Wali berkahwin dengan bekas tunangnya
6. Persoalan keprihatin dan dalam kalangan masyarakat.
Tok Wali merawat orang sakit, menguruskan jenazah dan perkara-perkara lain tanpa meminta sebarang upah.

Plot:
Jenis Plot :
Bersifat kronologi – peristiwa berkembang mengikut urutan waktu babak demi babak. Walau bagaimanapun terdapat unsur imbas kembali, contohnya sejarah keris yang diwarisi oleh Tok Wali.
Pembinaan Plot:
Terdapat empat peringkat binaan plot iaitu
(i) Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak utama iaitu Tok Wali dan watak-watak sampingan iaitu Mak Umi dan Ripin. Tok Wali diundang membuat pertunjukan silat di majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.
(ii) Perkembangan
Tok Siak berkunjung ke rumah Tok Wali dan berjumpa dengan Mak Umi. Mereka berhasrat menasihati Tok Wali agar berhenti bersilat kerana usia Tok Wali telah lanjut dan tidak manis dipandang jika masih lagi bersilat di gelanggang.Tok Wali kesal kerana peranannya tidak lagi dihargai oleh orang-orang kampung. Berlaku pertarungan antara Siak dan Tok Wali kerana Tok Wali telah menampar anak saudara Tok Wali.



(iii) Klimaks
Tok Wali telah ditikam oleh Piee semasa Piee mencuri keris dan biola milik Tok Wali. Tok Wali mati setelah sempat menyerahkan keris kepada Ripin.
(iv) Peleraian
Berlaku tuduh-menuduh antara Ripin dan Siak tentang pembunuh yang telah menikam Tok Wali.

Teknik Penceritaan:
1. Teknik pemerian
Pengarang menggambarkan ruang hadapan rumah Tok Wali yang dipamer dengan pelbagai jenis senjata lama.
2. Teknik dialog
Sebahagian besar drama disampaikan dalam bentuk dialog antara watak.
3. Teknik imbas kembali
Tok Wali menceritakan peristiwa dia menewaskan 4 orang perompak kedai emas .Secara kebetulan dia sedang duduk di bangku kedai emas tersebut.
4. Teknik suspens.
Pembaca tertanya-tanya pihak yang akan menang dalam pertarungan antara Siak dan Tok Wali.

Watak dan Perwatakan
1. Tok Wali
1. Watak utama
2. Nama sebenarnya ialah Wak Raja Waliudin bin Raja Agus.
3. Dia berumur dalam lingkungan 70-an.
4. Dia merupakan guru silat yang membuka gelanggangnya sendiri di halaman rumah.





5. Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit.
6. Dia seorang yang tegas dengan pendirian
Tok Wali tetap mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri walaupun dinasihati oleh isterinya, Siak dan Imam.
7. Dia seorang yang berani.
Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
8. Dia seorang yang pantas bertindak
Tok Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.
9. Dia seorang yang taat akan perintah agama.
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.
10. Dia seorang yang suka membantu orang lain
Tok Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah tanpa meminta upah.

2. Ripin
1. Anak murid Tok Wali
2. Berusia dalam lingkungan 30-an
3. Anak murid yang dipercayai oleh Tok Wali untuk mewarisi kerisnya.
4. Dia seorang yang menghormati orang tua
Ripin sangat menghormati Tok Wali dan bersopan ketika bercakap dengan Tok Wali.
5. Dia seorang yang taat suruhan gurunya.
Apabila disuruh oleh Tok Wali mengumpulkan anak-anakmuridnya kerana ada pemberita datang, Ripin patuh akan kehendak Tok Wali
6. Dia seorang pendendam
Ripin mahu menuntut bela atas kematian Tok Wali.




3. Mak Umi
1. Dia ialah isteri Tok Wali.
2. Berusia dalam lingkungan 50-an.
3. Dia mahir ilmu persilatan semasa muda.
4. Dia seorang yang bijak
Mak Umi bijak membalas percakapan Siak dan Imam yang mahu menasihati Tok Wali.
5. Dia seorang yang penyabar
Mak Umi sabar melayan kerenah Tok Wali yang membidas kata-katanya.
6. Seorang yang prihatin
Mak Umi mengambil berat tentang Piee yang menjadi penagih dadah.

Latar

Latar masa
1. Pada waktu pagi
Ketika Ripin datang ke rumah Tok Wali.
2. Pada waktu petang
Ketika Tok Wali bersiap sedia hendak pergi ke majlis kenduri di rumah Haji Kodri.
3. Pada waktu malam
Ketika Tok Wali bermain biola dan berbual-bual dengan Mak Umi.

Latar tempat
1. Di rumah Tok Wali
2 orang pemberita datang menemu ramah Tok Wali di rumahnya.
2. Di gelanggang silat
Tok Wali bertarung dengan Siak di gelanggang silat.




Latar masyarakat

1. Masyarakat yang mempertahankan warisan bangsa.
Tok Wali mengajarkan ilmu silat supaya dapat diwarisi oleh anak-anak muda kampungnya.
2. Masyarakat yang beradab.
Tok Wali memenuhi jemputan Haji Kodri supaya membuat pertunjukan silat di majlis kenduri di rumahnya.
3. Masyarakat yang saling menghormati
Ripin menghormati Tok Wali kerana memiliki ilmu persilatan dan melayan percakapan Tok Wali dengan sopan.
4. Masyarakat yang hipokrit
Siak menggunakan alasan agama untuk mengurangkan pengaruh Tok Wali di kampung itu.
5. Masyarakat yang tidak berakhlak.
Piee menjadi penagih dadah dan sukar dipulihkan lagi.
6. Masyarakat yang taat perintah agama.
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid.

Gaya bahasa

1. Penggunaan bahasa Arab
Assalamualaikum Insya-Allah , Astagfirullahal’azim
2. Bahasa Inggeris
Sorryl-ah..
3. Bahasa Indonesia
Bisa copot jantungku




4. Sinkope
Yang itu tak pulak disebut!.
Kerana dah tualah tak jadi manis tu!
5. Simile
Kawannya macam lalat
ibarat burung dalam sangkar yang terbuka pintunya.
macam rimau tak ada gigi
6. Simpulan bahasa
kambing hitam
7. kata ganda
bertalu-talu, gegak-gempita

Nilai
1. Nilai ketegasan
Tok Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatannya itu tidak salah.
2. Nilai keberanian
Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
3. Nilai taat akan perintah agama
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.
4. Nilai hormat-menghormati
Ripin menghormati Tok Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya.
5. Nilai bertanggungjawab
Tok Wali berasa dirinya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda kampung tersebut.
6. Nilai tolong-menolong
Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tok Wali dan Siak.

7. Nilai keprihatinan
Tok Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali kubur dan memandikan jenazah.

Pengajaran:
1. Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar generasi akan dating berpeluang mendapat manfaatnya.
2. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka banyak berjasa kepada kita.
3. Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan agar masyarakat hidup harmoni.
4. Janganlah kita bersikap hipokrit dalam hidup kerana sikap itu memberi kesan yang negatif.
5. Setiap masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan secara rundingan supaya tidak berlaku kecederaan atau pertumpahan darah.
6. Kita mestilah bersabar atas ujian yang menimpa kita supaya kehidupan lebih sejahtera.
7. Kita hendaklah bijak menangani masalah yang timbul agar tidak menimbulkan kesusahan kepada diri sendiri kelak.















Latihan
1. Jelaskan tiga persoalan yang terrdapat dalam drama Tok Wali.
2. Sebutkan empat peranan Tok Wali dalam kalangan masyarakat kampungnya.

Selamat berjuang kepada calon-calon SPM 2011

Salam sejahtera,

Agak lama sudah saya tidak meelihat blog saya ni....tugasan saya yg banyak membuatkan aku terlepas pandang dgn blog sendiri.

agak-agak apa yg keluar esok iya?
Isu semasa utk karangan:
1. amalan menabung
2. Orang kelainan Upaya
3. Pelancongan
4. Cara pelajar menghargai guru
5. cara anak-anak menghargai ibu bapa dan membahagiakan mereka
6. Langkah meningkatkan mutu bola sepak ASEAN meelalui kerjasama serantau.
7. bencana alam - peranan masyarakat dunia.
8.Semangat kejiranan
9.Pusatsumber
10. Amalan membaca
11.Kemalangan Jalan raya
12. Sekolah bebas Dadah
13.kepentingan mata pelajaran sejarah
14. Perpaduan.


Selamat menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Semoga lulus dengan cemerlang.

Tuesday, October 4, 2011

Alhamdulillah kertas Bahasa Melayu PMR sudah selesai.

Syabas dan tahniah kepada calon-calon PMR yang telah selesai menjawab kertas soalan Bahasa Melayu PMR 2011. Syukur alhamdulillah kepadaNya, para pelajar saya menjawab soalan berdasarkan kehendak soalan. Soalan analisis yang diberi sebelum peperiksaan ada yang keluar sedikit sebanyak dapat membantu mereka malah soalan percubaan sekolah kita pun seakan mirip soalan sebenar. Bertuah bagi para pelajar yang mengulang kaji berdasarkan analisis tersebut. Kertas Bahasa Melyu dan Pendidikan Islam sudah selesai. Teruskan perjuangan untuk subjek yang belum diuji lagi. Soalan yang lepas tidak perlu dibincangkan malah calon-colan PMR haruslah buat solat hajat supaya hati pemeriksa kertas soalan tenang dan mudah memberi markah terhadap skrip jawapan para calon PMR. Hal ini merupkan usaha calon-calon yang terakhir. Teruskan perjuangan yang belum selesai.

Tuesday, September 27, 2011

Selamat belajar kepada calon-calon PMR 2011

Hrmm, agak lama saya tidak 'up load' di blog saya nie...maklumlah masih sibuk dgn tanda paper percubaan kedua pula taw...Oh iya, apa-apa yang saya nak kongsi kepada calon-calon PMR 2011 nie... semalam saya bermimpi dengan isu-isu esei iaitu:
A)Suatu tempat yg menarik anda pernah lawat dalam negara, jelaskan keistimewaan tempat tersebut.
B)Cara ibu bapa mengatasi gejala sosial.
C)Semangat kejiranan - langkah2 memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat
D)Kepentingan aktiviti sambutan Hari Kemerdekaan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
E)Sifat sabar dan tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan akan mendapat pulangan atau ganjaran. Tulis sebuah ceria berdasarkan maksud tersebut.
F) Isu keracunan makanan. Cara mengatasinya.
Novel pula apa-apa yang boleh dikongsi bersama calon nie.....
1)Berdasarkan 3 contoh peristiwa daripada novel yang anda kaji, nyatakan masyarakat yang bertanggungjawab dalam novel tersebut.
2)Persoalan tanggungjawab, nyatakan 3 contoh peristiwa yang berkaitan dengan persoalan tanggungjawab dalam novel yang anda kaji.

Dalam hal ini, para calon PMR bertenang dan bertanyalah kepada guru yang mendidik anda di sekolah... pastikan anda jaga kesihatan, rehat yang cukup, tidur yang cukup, dan segala-galanya cukup...tiada yang kurang iya. Sila bawa kad pengenalan diri dan slip peperiksaan semasa peperiksaan berlangsung (4,5,6,10 dan 11 Oktober 2011). Saya doakan anda mendapat keputusan yang cemerlang.

Sunday, September 4, 2011

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya daripada saya....Semoga para pembaca blog saya sihat hendaknya di samping keluarga tersayang.... 6 hari da kita meraikan hari raya,tentu banyak cerita suka duka yang kita lalui. Blog ini hanya sebagai alat bantu para pembaca blog untuk mengulang kaji pelajaran bahasa Melayu....segala kekurangan merupakan kelemahan saya sendiri namun jauh di sudut hati ini ingin membantu anda lulus dengan kepujian subjek BM SPM kelak.(hanya blog ni saja yang mampu saya buat untuk anda). Selamat belajar dan semoga anda lulus dengan kepujian kelak.

Maaf zahir Batin daripada saya..

Juliah Hj Matnoor...

Wednesday, August 17, 2011

Fokus KOMSAS SPM 2011

Salam para calon SPM 2011.

Saya ingin berkongsi bahan teks fokus KOMSAS SPM 2011 sebagai persediaan para calon SPM tahun ini. Dalam hal ini,seperti yang kita ketahui umum bahawa teks KOMSAS bagi tahun 2010 dan 2011 merupakan teks baharu (Novel Melunas Rindu dan Novel Kabus di Perbukitan, Antologi Harga Remaja dan Antologi Dirgahyu Bahasaku)yang telah dipelajari oleh calon-calon SPM 2011. Berdasarkan analisis KOMSAS yang telah diperkenalkan sejak tahun 2000 hingga 2010 iaitu sukatan lama KOMSAS(Novel Terminal Tiga dan Novel Seteguh Karang,Antologi Anak Laut dan Antologi Kerusi).Pada peringkat awalnya bahan teks bahagian awal yang terdapat dalam keempat-empat teks KOMSAS menjadi pilihan untuk diuji dalam peperiksaan SPM 2000 justeru teks KOMSAS baharu ini boleh kita andaikan bahagian awal setiap jenis perlu diberi tumpuan.

Antaranya ialah Puisi Moden iaitu Sajak Harga Remaja,Sajak Di Perpustakaan, Sajak Dirgahyu Bahasaku dan Sajak Kecek -(v) manakala Puisi Tradisional pula, Pantun Empat kerat (Budi), pantun empat kerat (Jenaka dan Sindiran)dan Pantun Enam Kerat. Dalam hal ini, kita hendaklah mengetahui maksud keseluruhan bahan puisi tersebut untuk memudahkan kita menjawab soalan yang akan dikemukakan kelak. Selain itu, kita hendaklah mengetahui unsur-unsur KOMSAS yang ada dalam teks tersebut.

Prosa Klasik iaitu Pelayaran yang Penuh Peristiwa, Merah Silu,Hikayat Langlang Buana dan Hikayat Siak. Prosa Moden pula terdiri daripada Cerpen atau Drama iaitu Cerpen Ibu dan Ceper,Cerpen Memori Seorang Tua, Cerpen Pahlawan Buntung, Cerpen Idola, Drama Gelanggang Tuk Wali,dan Drama Tiang Cengal Dinding Sayung. Walau bagaimanapun kita hendaklah membaca 4 bahan teks KOMSAS yang telah ditetapkan oleh kementerian. Dalam masa yang sama,para pelajar haruslah bertanya dengan guru mata pelajaran yang mengajarkan anda subjek Bahasa Melayu di sekolah masing-masing. Guru merupakan sumber utama para pelajar di sekolah justeru hargailah mereka yang telah banyak berbakti untuk masa depan para pelajar.

'Post' ini sebagai satu perkongsian ilmu semata-mata,kalau tidak dipecahkan ruyung manakan pula dapat sagunya. Selamat belajar dengan bijaksana, semoga anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu dengan gred A+.

Salam Ramadan dan Salam Aidilfitri daripada saya.

Salam Ramadan 2011

Assalamulaikum dan salam perpaduan,

Hrmm, agak lama da saya tak 'publish post' ni... maaf iya.. tugas bnyk yg belum beres kat sekolah. Maklumlah tengah sibuk tanda kertas Excal PMR dan Excel SPM sampai saya lupa dgn blog saya ni...kasihan dgn blog saya terabai seketika. Apa-apapun masih belum terlambat saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada saudara seislam saya di Malaysia dan di mana-mana sahaja mereka berada.


Salam ramadan daripada saya..
Juliah Haji Matnoor
SM Maktab Sabah
Kota Kinabalu
17 Ogos 2011
10:51 malam

Monday, July 25, 2011

Penangguhan (Wijaya Mala) Tingkatan Lima

Sinopsis
Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah.

Tema
Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kapten Mamat dan Masnah atas ketentuan Ilahi. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak.Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum.Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya..

Persoalan
1. Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.
2. Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum,, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya..
3. Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami .
4. Persolan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.


Plot
Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Plot dimulakan dengan memperkenalkan Kapten Mamat yang sedang duduk berehat di rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu terhempas ke petak besi dan mati serta-merta.
(ii) Perkembangan
Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia terkenangkan anak-anak yang menjadi yatim dan isteri yang menjadi balu terutamanya isteri Baharum. Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika menjalankan tugas syarikat semasa menjadi Kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi Masnah dan anaknya. Masnah masih merengek-rengek bertanyakan hal ayahnya yang sudah meninggal dunia sambil dipujuk Masnah. Memandangkan anak Masnah yang menangis itu cukup menyentuh hati lelakinya.
(iii) Konflik
Pada peringkat ini konflik timbul akibat Kapten Mamat yang cuba menasihati dan memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan. Ketika dialog berlangsung, Masnah menegaskan bahawa dia tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal seperti bapa mereka.
(iv) Klimaks
Percakapan antara Kapten Mamat dan Masnah telah memberikan tekanan terhadap dirinya sehingga dia telah pitam tambahan pula dalam cuaca yang panas terik ketika itu. Keadaan agak cemas namun Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah berdasarkan pengalamannya ketika mengemudi kapal walaupun Masnah pulih buat sementara waktu.
(v) Peleraian
Peringkat peleraian berlaku selepas Masnah sedar dari pitam dan Kapten Mamat berjanji untuk membela nasibnya di samping menasihatinya agar membuat pemeriksaan doktor. Masnah pula menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung dan digambarkan dia mula menerima takdir Allah..

Teknik Plot
1. Imbas kembali
Kapten Mamat mengingat kembali bagaimana kecelakaan berlaku dalam kapalnya. Baharum seorang kelasi – terjatuh atas tiang agung ke atas geladak. …
2. Suspens
“Perkhidmatannya tidak berpanjangan dan itu sebabnya dia dilupakan. Tetapi saya berasaskan sesuatu yang kejam berlaku terhadap suami saya dan kekejaman itu berpanjangan kepada anaknya.”.

Watak dan perwatakan

Watak Utama
Kapten Mamat
• Bekerja sebagai kapten kapal.
• Seorang pesara.
• Seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum..
• Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tiadak akan disia-siakan.

Watak Sampingan
1. Masnah
• Janda Baharum.
• Mempunyai dua orang anak.
• Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.
• Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.

2. Isteri Kapten Mamat
• Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah.
• Percaya kepada perubatan bomoh.Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh Masnah.

3. Bahar
• Anak Baharum
• Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap

Latar
Latar Masa
1. Tengah hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia membuka bajunya.

Latar Tempat
1. Rumah Kapten Mamat.Ketika itu membuka baju dan membiarkan tubuhnya dihembus angin.
2. Anjung rumah Kapten Mamat. Ketika Masnah memimpin tangan anaknya naik ke anjung.
3. Kapal . Tempat Baharum terjatuh kerana memanjat geladak ketika laut bergelora.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat ketika berdepan dengan isteri dan anak-anak arwah Baharum.
2. Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.Setelah kematian Baharum, kesatuan kerjanya akan membayar pampasan.
3. Masyarakat yang simpati atas penderitaan orang lain.Kapten Mamat terharu dan prihatin terhadap penderitaan Masnah dan anak-anaknya yang telah hilang tempat bergantung...
4. Masyarakat yang menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah. Tetamu dihidangkan minuman seperti dilakukan isteri Kapten Mamat.

Gaya Bahasa
1. Kata ganda .
Contoh: :tulang-tulang.

2. Simpulan bahasa
Contoh : tulang belakang, mengikat perut.

3. Penggulangan kata
Contoh ; yang malang, yang melinang air mata, yang menanggung rindu.

4. Personifikasi
Contoh : badannya dihembus angin.

5. Simile
Contoh ; jantung saya terasa bagai ditikam-tikam

Nilai
1. Nilai simpati, Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya.
2. Nilai kasih sayang, Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya.
3. Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.

Pengajaran
1. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai, Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum.
2. Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri.Seorang isteri hendaklah mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati, Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.
3. Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting, Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.


Latihan
1.Apakah perasaan Kapten Mamat terhadap Masnah dan anak-anaknya selepas kematian Baharum ?
2.Pada pendapat anda wajarkah Masnah terus bersedih atas kematian suaminya dan tindakan yang sepatutnya diambil olehnya.

Cerpen Idola ( Zaen Kasturi) Tingkatan 5

Cerpen Idola
( Zaen Kasturi)

Sinopsis
Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.

Tema
Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar.

Persoalan
1. Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil .
2. Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa beranggan-anggan menjadi hero.
3. Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya.
4. Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri Si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya.


Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri setelah panggung kosong dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orang sebelum panggung dibuka, datang berbondong-bondong dari segenap penjuru kota sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan jam dua belas tengah malam.
(ii) Perkembangan
Pada bahagian ini, watak penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero sepanjang pementasan dan berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas pementasan tamat dia terkenangkan isteri dan sepuluh orang anak-anaknya yang tinggal di rumah kecil kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri yang masih belum berubah sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini yang belum mampu membawa sebarang perubahan walaupaun anak lelakinya sudah menjelang remaja.
(iii) Konflik
Pada peringkat ini, watak penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang walaupun tidak bertugas waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya selama ini. Penjaga panggung berjabat salam dan berdialog serta memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan menyatakan lakonannya bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung kembali menjalankan tugasnya dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui penjaga panggung amat teringin menjadi seperti hero.
(iv) Klimaks
Pada tahap ini watak penjaga panggung yang bertugas pada waktu malam selepas pementasan tamat seperti tidak ada kemahuan menyusun kerusi-kerusi seperti biasa kerana dia teringatkan kata-kata hero pada waktu siang semasa mereka bercakap yang sekaligus membuatkan dia berfikir tentang kekuatan dirinya sendiri.
(v) Peleraian
Penjaga panggung telah bertindak melemparkan kerusi-kerusi panggung ke dinding sebagai tanda melepaskan amarah dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya.

Teknik Plot
1. Pemerian
Jam di belakang pentas berdentang dua belas kali. Si penjaga panggung membelingas matanya ke sekeliling panggung, menatap dinding. Lamanya ditenungnya dinding kaku bercat kelabu itu…
2. Monolog
“aku…aku berupaya menjadi hero kepada diriku sendiri,” bisik si penjaga panggung kepada dirinya sendiri, antara dengan tidak.
3. Dialog
“Err… tidak,”
“Bercakap benarlah saudara.”
Err… ya…ya…”
4 Suspens
Dengan bantuan tangan sasanya, si penjaga panggung mencapai kerusi di sisinya. Dengan sekuat tenaga, kerusi itu dijulangnya, kemudian dilemparkannya ke dinding. Satu demi satu di dalam panggung itu dilemparkannya ke dinding.

Watak dan perwatakan
Watak Utama
Si Penjaga Panggung
• Bekerja sebagai penjaga panggung.
• Mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak.
• Keliru dengan pendirian diri terhadap idola. Si Panjaga Panggung selalu mengagumi kehebatan hero tanpa mengetahui bahawa Si Hero bukan hanya mahu memegang watak hero.

Watak Sampingan
1. Si Hero
• Suka menyindir. Si Hero menyuruh Si Penjaga Panggung berhenti memuji dirinya dan meminta memuji diri sendiri.
• Seorang pelakon yang memegang watak utama (hero)
• Berterus terang tentang realiti kehidupan yang dilaluinya. Si Hero menyatakan bahawa kehidupan di sini hanya sementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung melupakan kehidupan di dalam panggung.
2. Isteri Penjaga Panggung
• Berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib. Isteri penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya tentang pekerjaan suaminya.
• Mempunyai 10 orang anak.


Latar

Latar Masa
1. Waktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja.
2. Waktu pementasan sandiwara, contohnya pementasan dilakukan sebelum hari menjelang tengah malam.

Latar Tempat
1. Panggung sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung.
2. Rumah penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh sampah.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang terlibat dengan pementasan, contohnya hero yang menjadi pelakon pentas.
2. Masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan, contohnya keluarga penjaga panggung.
3. Masyarakat yang sukakan hiburan, contohnya penonton yang membanjiri panggung semasa pementasan.
4. Masyarakat yang suka berkhayal, contohnya penjaga panggung yang berkhayal ingin menjadi seperti hero.

Gaya Bahasa
1. Kata ganda
Contoh: putera-puteri
2. Metafora
Contoh: kawah lupa diri
3. Simpulan Bahasa
Contoh: merendah diri
4. Hiperbola
Contoh: suaranya bak halilintar
5. Personifikasi
Contoh: kerusi-kerusi tetap kaku
6. Falsafah
Contoh: seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak.

Nilai
1. Nilai kejujuran, contohnya hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilalui adalah berbeza dengan lakonannya.
2. Nilai kesabaran, contohnya isteri penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil.
3. Nilai ketabahan, contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san tinggal di kawasan setinggan.


Pengajaran
1. Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan, contohnya hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan.
2. Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga. Isteri Si penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagong-agongkan hero.
3. Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak. Isteri Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah.



Latihan
1. Nyatakan tugas rutin yang dilakukan oleh penjaga panggung selepas tamat pementasan drama.
2. Jelaskan mengapa hero dikagumi.

Frasa-frasa menarik ( II )

Bersedia untuk belajar,diajar dan mengajar justeru hargailah ilmu.

Frasa-frasa menarik yang boleh diguna pakai dalam penulisan anda. Selamat mengulang kaji pelajaran Bahasa Melayu melalui blog ini.

1. aku tidak dapat tidur walau sepicing pun
2. aku tidak mahu hatiku yang tipis ini mencair dan menangis
3. aku tidak mahu kekontangan ilmu
4. aku tidak mahu menerima kerana harga diriku terlalu mahal
5. aku tidak mahu orang lain mengongsi derita yang aku tanggung
6. aku tidak tahan dengan kebisuan itu
7. aku tidak tahu bagaimana mahu mengukur ingatan itu
8. aku tidak tahu di mana cicirnya kepetahanku sebagai pemidato sekolah
9. aku tidak tahu mengapa perasaan itu harus tumbuh
10. aku yakin pada keikhlasan dan kejujuran
11. aku yang dilimpahi air mata
12. aku yang tertinggal rasa kebingungan
13. aku, tahu ada kebimbangan yang berakar di perdu hatinya
14. akulah yang sering berlaga-laga dengan masa, lalu tertewas aku
15. alam hijau dicoret oleh cat-cat alam semula jadi
16. alangkah gilanya perasaan
17. alangkah tenteramnya menjadi gunung itu
18. aliran sungai menjadi lesu
19. alun-alun mengembang dan berlarian seperti mendaki dan menurun bingkai air yang berbaris-baris
20. amarahnya meriap dan merisak
21. amat berat lidahnya untuk melepaskan itu semua
22. anak matanya tertancap pada sungai yang mengalir
23. anak-anak bermain di keteduhan perdunya
24. ancaman bagi mengakis jati diri umat
25. aneka cita rasa dan cita-cita
26. angan-angan kita turut melangit
27. angin malam masih membelai langsir, terasa seperti membelai hatiku
28. angin malam menerobos kasar menampar-nampar wajahku
29. angin menghambus sejarah
30. angin pada malam itu bagaikan mati layaknya
31. angin pagi kian kehilangan punca, bertiup hanya sekali tanpa arah
32. angin pagi minggu terlalu malas bertiup
33. angin pengap berat meruntun jiwa
34. antara ramuan untuk membentuk masyarakat
35. apabila keadaan ini telah dapat kita realisasikan
36. apabila rosak budi pekerti rakyatnya maka binasalah seluruh negara itu
37. apakah memang tiada lagi ruang untuk ceria seperti dulu
38. apatah lagi pada detik yang memisahkan antara keduanya
39. api kemarahan pun menjalar di setiap rongga hatimu
40. arena pentas juang kita
41. aromanya menusuk ke rongga hidup
42. arus berapung seperti pelampung putih
43. asap berkelun-kelun yang muncul
44. asap yang mengepul naik seolah menyangga awan
45. atas dasar tanggungjawab sesama manusia dan insan
46. atmanya meronta-ronta
47. aturan yang membekukan
48. awan gelap akan membocorkan langit dengan hujan yang lebat
49. awan kumulonimbus berarak lesu
50. awan lamunanku lenyap
51. awan sisik ikan tertampal
52. ayah mengujarkan lembut penuh makna
53. ayat dan hijau azan memercik ke luar
54. badannya bergetar oleh keharuan yang amat sangat
55. bagai ada batu yang menindih lidah
56. bagai mengungkap satu realistik
57. bagai panahan arjuna yang tidak berpenghujung
58. bagai setitis embun pada rumput yang dipaksa kering oleh sinar mentari
59. bagaikan ada petir yang menyentap hulu hatiku, meskipun terik mentari membakar kulit
60. bagaikan kehilangan kata-kata kerana terlalu gembira
61. bagaikan langit runtuh menimpa tubuh
62. bagaimana harus aku menterjemahkan kegembiraanku
63. bagaimana kalam perpisahan yang dianggap sementara itu menjadi tragedi sepanjang hayat
64. bagaimana mahu mematikan ingatan padamu?
65. bagi memperbaiki impak yang tertentu
66. bagi seseorang menghantar idea atau gagasan pemikiran
67. bahasa pengkayaan dan penyebaran ilmu
68. bahasa yang cuma mempesona, menjadikan diri melayang
69. bahasaku kecil dan caraku terpencil
70. baik-baik meniti kaca, kalau pecah kaki terluka
71. bakal memperteguh tali-temali sosial
72. bangsa yang tiada wawasan akan ditewaskan
73. banyak lagi tugas agenda besar yang masih tergendala
74. barangkali aku bertindak di bawah sedar ketika itu
75. barangkali dia masih diburu rasa kesal yang tidak bertepi sejak peristiwa itu
76. batas dan susila pergaulan
77. batas kesabaranku juga amat terhad dan minimum
78. batu mengepung waktu
79. batu tanda perjuangan
80. bawa daku bersama meniti pelangi
81. bayang rebah dalam diri
82. bayu bersilir perlahan
83. bebal dan tegar dalam diri
84. beberapa strategi mungkin boleh dirangka
85. bebola mata yang semakin layu dek kedinginan malam, terbuka kembali
86. bebola suria tidak kelihatan lagi
87. benaknya hampir pecah memikirkan hal ini
88. bening pagi menyebarkan zarah-zarah udara yang nyaman
89. benteng pertahanan emosi yang rapuh
90. berada dalam kesamaran untuk mencari jawapan
91. berakar nasional dan berakal internasional
92. berbagai-bagai perasaan buruk menerjah ke benaknya
93. berbahang dengan gelojak pertengkaran
94. berbaur tekad dan iltizam yang sentiasa semakin padu
95. berbuah kesengsaraan bersadur kepalsuan duniawi
96. bercakap dengan bayang-bayang sendiri
97. bergelumang dengan ketidakpastian dan kekalutan
98. bergelut dengan penderitaan
99. bergelut dengan pertanyaan yang tiada penghuninya
100. berhadapan dengan serangan kebudayaan asing
101. berhempas pulas, di antara perasaan dengan fikiran
102. berjalan sendiri menundukkan muka seperti membilang langkah gontainya
103. berjaluran panahan masyghul di wajah mereka
104. berjaya di peringkat kebangsaan dan serantau
105. berkaitan dengan kehidupan kebendaan
106. berkejaran dengan aktiviti tersendiri
107. berkerut muka bagai cermai masam
108. berlakunya kesan penyuburan negatif
109. berlanjutan ke garis persaudaraan
110. berlari merempuh kesuraman malam
111. bermain teka-teki dalam diri ini
112. bermuka tegang
113. berpaut pada pendapat yang digenggam
114. berputar-putar urat saraf medula oblangata
115. bersama fikiran yang rancu dengan kebimbangan
116. berselang cahaya
117. bersifat melengkapi dan saling mengukuhkan
118. bersikap dingin berterusan
119. bersimpati dengan seribu penderitaan
120. bersuara ganas dan sedikit hasad
121. bersulamkan tutur kata
122. bersyarah bagai halilintar
123. bertangkai kedurjanaan bersalut emas cahaya berkilauan
124. bertapak kelegaan di dadanya
125. berteraskan prinsip penjanaan dan pembudayaan ilmu yang tulen
126. bertunjangkan kekuatan agama dan moral
127. bertunjangkan kekuatan intelektualisme yang kukuh dan ampuh
128. berusaha keras mengilmukan diri masing-masing
129. betapa cepat usia menelan tubuh manusia
130. betapa kemujuran itu adalah bantuan Yang Kuasa
131. biar seganas mana ombak menghanyutkan
132. biar sekeras mana kerikil perlu kupijak
133. biarlah api kedegilan menjerit kepanasan
134. biarpun sakit tetapi hati tidak sepedih ini
135. bibir matanya terus menyekang
136. bibirku menyulam secebis senyuman, aku melahap wajahnya yang ceria itu
137. bibirnya menguntum senyum nipis
138. bicara itu sudah menjadi begitu mahal
139. bicaraku mati di situ
140. bila ombak mencium kakinya
141. bilah-bilah hari tetap juga datang dan siang terus bangun di kawasan gigi rimba
142. bilakan putaran ini dapat dihentikan?
143. bilik yang kecil ini sudah kutikari
144. bimbangnya semakin meruncing
145. bisa angin malam terus menggigit
146. bisa mengoyakkan kesabaranku
147. bising dunia yang menderita gilanya
148. bola itu menjadi ceridau di kakinya
149. budaya ketepatan
150. bukan hanya sekadar melimpahkan ilmu pengetahuan
151. bukan lagi satu keterasingan
152. bukan niat aku membawa semula hampasan hempedu itu menjadi santapan
153. bukan setakat ini menggetarkan sukma
154. bunyi angin kedengaran menyepak-nyepak daun
155. cabaran globalisasi yang masih ditangani dengan serius dan proaktif
156. cabaran globalisasi yang semakin menghimpit
157. cabaran yang membakar kendirinya
158. cahaya lampu menyala garang dalam kacanya
159. cahaya matahari menyimbah lemah
160. cahaya matahari rakus memancar ke dasar sungai
161. cahaya matahati sudah mencuri masuk menerusi juring atap
162. cahaya melanda mata
163. cahaya mengupas subuh
164. cahaya perak di ufuk timur semakin menyerlah
165. cahaya yang mencuri masuk melalui celah-celah dinding menyilaukan pandanganku
166. cerita yang menyentuh dua jiwa, lahir dari sanubari yang ikhlas
167. ceritera perjuangan dan kepimpinan
168. citra budaya dan jati diri bangsa kita
169. cuba meneroka setiap rona wajah
170. cuba mengendurkan rasa kegelisahan
171. cuba mengunyah hujah-hujah rakannya itu
172. cuba mengusir resah
173. cukup berpotensi untuk menggegarkan
174. cukuplah sekali aku melalui saat-saat yang memilukan ini
175. cuma apa yang aku mahu ialah setitis penghargaan
176. cuma helaian kertas yang menjadi penyambung bicara kita
177. cuma mengumpul rindu dan membawanya pada musim-musim persuaan
178. cuma pendedahan media sahaja yang baru menghangatkan senario ini
179. dada sungai beriak kemilau dipancari cahaya matahari yang mencarak sekali-sekala
180. dadaku seolah-olah akan pecah menampung pertanyaan
181. dadanya yang terdedah dimandikan keringat
182. dalam diam-diam dia menanam semangat
183. dalam gementar resah dan kemelut harapan
184. dalam hatiku seolah-olah menyelinap suatu perasaan halus yang aneh
185. dalam keadaan yang serba asing
186. dalam kegembiraan, kukirimkan kepiluan
187. dalam kelu aku menyambut bungkusan itu
188. dalam menangani kehadiran abad ke-21 nanti
189. dalam menggapai keadaan sekeliling
190. dalam mimpi yang kian hadir
191. dalam puncak hujan petang menyulur gersang
192. dalam suasana dan persekitaran baru yang serba asing
193. dalam tempoh waktu yang relatif singkat
194. damaimu sesudah gerimis
195. dan dalam sinar bulan yang cerah, puncaknya seolah-olah menyapu awan dan mencecah langit yang biru
196. dan di sebelah timur, warna merah menyimbah puncak gunung
197. dan tentunya tidak mentah dalam menangani hidup penuh pancaroba
198. dapat memasarkan bahasa kita dengan secara meluas
199. dapat membaca kemuakan hatiku terhadap sikapnya
200. dapat meneka kebimbanganku
201. dapat mengesan perubahan yang berlaku
202. darah bagai tidak melewati wajahnya
203. darah muda yang menggelegak
204. darah yang sama merah tetapi berlainan keturunan
205. dari kelopak mata mutiara jernih pun menitis
206. dari masalah akan berumbi perjuangan menyuburkan ketabahan
207. dari segi kegiatan yang lebih konkrit
208. daun-daun akan berdesir menerbitkan lagu jika terpukul oleh angin semilir yang jinak
209. daun-daun bakau dan berembang yang menari-nari dihembus angin
210. daun-daun kering yang ringan turut diseret angin
211. debar yang menghenyak dada
212. debu-debu itu berkecai kemudian lenyap gugur entah ke mana
213. debu-debu mengepul diusung udara yang turun secara mengejut
214. dedebu pula mengapung di udara
215. dendam pernah kuasuh dalam diri ini
216. dengan pasrah, segala yang terjadi berserahlah
217. dengan senang hati menerima aku dalam perjalanan hidup mereka
218. dengan senyuman yang belum lekang
219. dengan seribu perasaan bercampur baur
220. dengan suara yang tertahan-tahan digagahinya untuk bercerita
221. dengan wajah kusam
222. dengan wajah yang bertampang keras
223. derai ketawa yang masih bersisa
224. deruman menggema mengayak sepi malam
225. deruman menggema mengoyak sepi malam
226. desir angin bagai menyapa kedamaian
227. detik demi detik masih tergawang jelas dalam kotak fikirannya
228. dewasa ini kita diterjah oleh pelbagai masalah
229. di hatinya bercampur baur pelbagai perasaan
230. di jalan raya kedengaran tetap bertali arus tanpa mengenal erti jemu
231. di kota ini nilai ketimuran telah hilang
232. di langit bilik
233. di luar sedar aku mula menyikat peluh yang entah bila merintik di sekitar dahi dan leher
234. di luar zon kemahirannya
235. di persada antarabangsa
236. di sini masih ada rahmat ada keberkatan
237. di sudut mataku yang kian redup
238. di tengah-tengah perut kota yang serba merimaskan ini
239. di wajahnya ada keseriusan yang amat sangat
240. di wajahnya terpancar semacam rasa bersalah
241. dia akhirnya menjadi muak
242. dia amat istimewa kerana memiliki swadaya yang tidak pernah dimiliki oleh orang lain
243. dia bagaikan telah dilambung perasaannya sendiri
244. dia bercakap lambat-lambat semacam memancing kesabaranku
245. dia berjaya melimpasi semuanya dengan mulus
246. dia bingkas bangun dan meninggalkan aku dengan kebisuannya
247. dia cuba menepis segala yang datang ke mindanya
248. dia dapat melupakan kepiluan hatinya untuk seketika
249. dia dapat mengungkai apa yang sedang berselirat di dalam kotak fikiran
250. dia hampir ditenggelami rasa gembira
251. dia ibarat butir kemala
252. dia jadi letih dengan amarahnya sendiri
253. dia juga mahu lari dari lingkaran ganas itu
254. dia kesayuan
255. dia masih mahu meneruskan guruannya
256. dia masih terlalu muda untuk mempersiakan dirinya sekadar untuk bermurung
257. dia melangut
258. dia melumpuhkan imaginasiku
259. dia memahami betapa intimnya kami
260. dia memandang lekat pada bebola matanya
261. dia mendecip dengan muka masam
262. dia mendongak lenguh
263. dia menoleh sambil memberikan senyuman hambar
264. dia mungkin terhalau oleh hanya sepotong janji
265. dia sekadar mengangguk-angguk beberapa kali tanpa sepatah bicara
266. dia suka cakap berteka-teki
267. dia telah menyeksa perasaan sahabatku
268. dia terasa urat-urat keletihan yang tersulam bosan di wajah itu
269. dia terpaksa ketepikan keegoannya
270. dia tersandar dan melihat dirinya terapung
271. dia tersenyum lemah tetapi nampak bercahaya
272. dia tersenyum menyindir
273. dia tidak perlu gundah tentang itu
274. dia yang culas
275. dianggap antikebenaran dan menderhakai aturan
276. dianggap prejudis dan tidak berasas

Frasa-frasa menarik

Frasa-frasa menarik yang boleh diguna pakai oleh calon-calon peperiksaan PMR dan SPM seperti yang terdapat dibawah ini:
1. abu senja melayang menyalut mangkuk malam
2. acap kali mengeluarkan kata-kata jenaka
3. ada kepulan asap menerjah ke atas, lalu naik bercampur dengan kabus pagi
4. ada air mata kesal tercalit pada wajahnya
5. ada alur gembira bertimpal ragu
6. ada angin semilir yang menjamah pipi
7. ada cebisan belas di penjuru hati kemanusiaannya
8. ada debaran jantung yang tiba-tiba menggila saat warkah itu kutatapi
9. ada gurat-gurat penderitaan yang terlindung di sebalik wajah ceria
10. ada intonasi protes dalam suaraku
11. ada kalanya simpatiku menjelma
12. ada keharuan yang melambai dada
13. ada kepedihan yang tidak tertanggung dalam jiwanya
14. ada lorong matahari
15. ada manik putih menempias pipiku
16. ada martabat atau nilai diri yang tersendiri
17. ada nada ejekan
18. ada perhitungan lain dengannya
19. ada rentak risau di hujung nafas
20. ada riak keletihan
21. ada selapis tipis bayang petang
22. ada simpati yang terketik di hati
23. adalah setanding kalaupun tidak lebih tinggi
24. adalah wajar satu bentuk orientasi sosial yang lebih terarah perlu diterapkan
25. agar kepentingan dan hak mereka terlindung
26. agenda kerja yang tersusun dan sempurna
27. air bercerau-cerau
28. air dan buih memercik ganas
29. air hujan meleleh-leleh jenuh hingga ke perdu
30. air mata yang berleretan dari lubuk kesedihan
31. air mukaku menterjemahkan apa yang ingin kukatakan
32. air mukanya pun nampak kelat membuatkan aku kecut
33. air sungai beralun lunak berkilau-kilauan dipanah matahari
34. air sungai mengalir tenang tanpa kocakan
35. akan kulukiskan sekali lagi seluruh ilusi hidup ini
36. akan menampakkan kedewasaan dan mentaliti yang lebih tinggi
37. akan mengungkai rahsia dirinya; akan meruntas mahkota maruahnya
38. akar-akar nyiur yang akrab mencengkam pasir
39. akhirnya akan menjahanamkan keturunan kita selama-lamanya
40. akhirnya aku bertawakal dan reda
41. akhirnya hatiku berbisik sendiri
42. akhirnya tersangkut di ranting kenangan
43. aku bangun dengan kesegaran yang tidak pernah kurasai sebelum ini
44. aku berhak mempertahan maruah dan hakku jika dicabar
45. aku bermonolog sendiri antara hati dan perasaan
46. aku berperang dalam diri, melawan kesabaranku
47. aku bungkam dengan kata-katamu
48. aku cuba menyusun kata-kata untuk diluahkan
49. aku cuba memancing perbualannya, sekali gus mengorek rahsia
50. aku cuba memasukkan kata-kata itu ke dalam kalbu
51. aku cuba membuang kecanggunganku
52. aku cuba membunuh bayang-bayang itu tetapi tidak mampu
53. aku cuba mengumpul segala bicara yang terbenam di lubuk hati
54. aku dan dia sama-sama terpaku
55. aku diam melayani pertanyaan dalam diri
56. aku diamuk resah
57. aku digigit perasaan kesal yang teramat sangat
58. aku dihanyutkan oleh perasaan sendiri
59. aku hanya mampu menghulurkan simpati tiap kali menatap warkah dukamu
60. aku hanya memprotes dalam diam
61. aku juga mengongsi kesilapan itu
62. aku juga rasa bengkak hati
63. aku juga sudah banyak kali terluka dengan sikapnya itu
64. aku kenal akan ketulusan hatinya
65. aku ketawa renyah
66. aku lebih kerap menjadi pemerhati dan pendengar
67. aku masih degil untuk mengalah
68. aku masih tidak menyapanya ketika bergeseran bahu
69. aku melepaskan radangku
70. aku memarahi diri sendiri
71. aku membaca serangkai dua doa penenang jiwa
72. aku membalas senyuman mereka seadanya
73. aku membayarnya dengan senyuman paling manis
74. aku membilang butir-butir hari
75. aku mempertajamkan lagi pemahamanku yang dangkal ini
76. aku memusatkan pandanganku
77. aku menagih kesedarannya untuk hidup normal
78. aku mendongak mencari sinar harapan matahari
79. aku mengagumi semangatnya
80. aku mengecur air liur
81. aku menggigit bibir menahan sabar
82. aku menghirup nafas dalam-dalam
83. aku menoleh hari-hari kelmarin yang aku lewati berlorongkan kesuraman
84. aku merasa bagai tercampak ke gurun tak berorang
85. aku merenungnya dengan kebencian yang meluap-luap
86. aku rasa debar yang menghenyak dada
87. aku sebenarnya melayani perasaan yang riang tetapi berdebar
88. aku sebenarnya tidak punya waktu terluang
89. aku seboleh-bolehnya cuba mentafsirkan apa yang hendak disuarakan
90. aku segera beralih ke alam nyata, membiarkan lamunanku tergantung tanpa tali
91. aku sekadar akur
92. aku semacam dicengkam rasa bersalah yang amat sangat
93. aku sering diundang untuk menarik-narik kembali peristiwa itu agar terpancar di layar ingatan
94. aku telah mencicirkan kasihku padanya
95. aku terkapai-kapai mencari kepastian makna
96. aku terlayang diriku sewaktu di alam persekolahan
97. aku terlempar ke alam nyata
98. aku terpaksa memaniskan muka mencipta perbualan supaya suasana tidak kaku
99. aku tidak dapat mengesan garis-garis luka pada wajahnya
100 ada kerusuhan yang berbungkal di hati
101 adat masih kuat melingkari kita
102 agenda kepimpinannya dapat direalisasikan
103 air mata mula luruh
104 akhbar arus perdana
105 akhirnya ditemui kaku
106 aku terpaksa membiarkan sahaja dia seiringan denganku
107 aku terpaksa menghadap malam menerusi jendela yang masih terbuka
108 aku terpana seketika
109 aku tersentuh hingga ke ufuk batinku
110 aku tersepit di antara keinginan hati dan kerisauan fikiran
111 aku terus terbuai dalam sentimennya
112 aku tetap bertahan dengan kepayahanku
113 aku tetap dibebani rasa tidak percaya
114 aku tidak berhak mencemburui kecantikannya yang dianugerahi Allah
115 aku tidak berhenti-henti diserang tanda tanya

Selamat mencuba frasa-frasa menarik dalam penulisan anda.

Salam dari saya
Zuliana09.
MS2011

Wednesday, July 13, 2011

Salam para pelawat saya

Sudah sekian lama saya tidak kemas kini blog saya...Hrmm,banyak tugas yang belum selesai yang perlu saya dahulukan... Saya yakin para pelawat saya ternanti-nanti post yang terbaharu daripada saya...Jika ada umur yang panjang kita akan ketemu di blog saya..

Salam kemaafan daripada saya...
Juliah Haji Matnoor

Monday, June 13, 2011

Kembali ke sekolah... :)

Selamat kembali ke sekolah.... agak lama saya tidak 'Up date' blog saya disebabkan lappyku yang sakit dan telah pun dibaikpulihkan di hospital komputer...hehe.. syukur alhamdulillah semua bahan yang saya perlukan masih ada dalam lappy saya.. selepas ini akan saya cari ruang senggang saya untuk blog saya... Hrmm, nampaknya banyak da pelawat melawat blog saya yg tak seberapa ini.. Terima kasih kepada anda yg sudi ziarah blog saya...

Tuesday, May 10, 2011

semoga anda cemerlang...

Selamat menghadapi peperiksaan pertengahan tahun kepada para pelajar saya. Jawab dengan bijaksana,semoga anda berjaya...

Wednesday, May 4, 2011

Persediaan Bahan,Minda,Emosi dan Rohani bagi menghadapi Kertas Bahasa Melayu SPM 2011( Bulan November)

* Para pelajar telah membaca dan memahami keseluruhan teks KOMSAS iaitu 'Harga Remaja',, 'Dirgahayu Bahasaku' dan, novel mengikut zon masing-masing serta bahan ulang kaji Kertas 1 dan Kertas 2 yang disediakan oleh guru-guru anda.
* Para pelajar mengetahui format dan memahami keperluan serta menguasai teknik menjawab Kertas 1 dan 2 Bahasa Melayu SPM dengan sepenuhnya.
* Anda berusaha agar memperoleh markah yang cemerlang dalam setiap kali taksiran (Taksiran 1,2 & 3) Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Bahasa Melayu.
* Para pelajar membuat analisis tentang soalan Kertas 1 & Kertas 2 (soalan 1, Soalan 3 dan Soalan 4) bagi tahun-tahun lepas.
* Para pelajar berusaha tidak mengenal penat dan jemu untuk sentiasa membuat latihan ulang kaji.
* Anda berazam dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan A+ Bahasa Melayu tidak terlepas daripada genggaman.
* Anda sentiasa berdoa agar mendapat kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu dan subjek-subjek lain.
* Anda mengerjakan Solat Sunat Hajat dan Tahajud memohon limpah perkenan Allah
* Anda membaiki tulisan agar mudah dibaca oleh guru/pemeriksa
* Anda memastikan bahawa kerja yang anda hasilkan terutama jawapan peperiksaan kemas, cantik dan menyenangkan hati semua pihak.
* Anda melakukan perkara-perkara lain yang sepatutnya dilakukan sebagai seorang pelajar dalam menghadapi peperiksaan.

Semoga dirahmati Allah dan semoga berjaya dengan cemerlang......Yakin dengan kebolehan yang ada dalam diri anda....menuju puncak kecemerlangan akademik anda inginkan selama ini...renung-renungkan.... selamat belajar....

Syukur Alhamdulillah...

Syukur alhamdulillah dengan izin-Nya selama tiga tahun aku menanti akhirnya aku dapat berita gembira. Sebaik sahaja aku menyemak status kenaikan pangkat secara 'online', aku telah berjaya mendapat pengesahan DG 44. Dalam hal ini, aku menanti surat pengesahan tersebut untuk tindakan susulan selanjutnya. Aku perlu berusaha untuk kenaikan pangkat seterusnya iaitu DG48 pula. Hrmmm,banyak kerja yang aku perlu buat. Bukan mudah untuk menggapainya kalau tidak ada keinginan yang kuat dari sanubariku.... Emak,ayah dan keluarga serta warga Maktab Sabah terima kasih kuucapkan kerana anda merupakan salah satu penyumbang dalam kerjaya saya selama ini.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan minda,kesihatan yang baik dan emosi yang stabil untuk aku meneruskan langkahku yang belum terhenti ini dalam bidang yang aku hajati sejak kecil lagi. kini aku amat bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan kepadaku ya Allah. Jauh di sudut naluriku, aku menangis kerana berita gembira ini tidak dapat aku sampaikan kepada kedua ibu bapaku. Mereka telah kembali ke rahmattullah sekian lamanya. Namun aku masih ingat kata-kata ayahku suatu ketika dahulu aku sebagai pelajar. Kata-kata hikmat itu masih segar bugar dalam mindaku justeru sebagai pembakar semangatku dalam kerjayaku......Semoga roh ayah dan ibu mendapat rahmat-Nya.

Aku pelik dengan kesihatan diriku sendiri...hampir sebulan lebih aku batuk-batuk tidak juga baik-baik ni... bermacam ubat dah kutelan tidak juga sembuh..Sakit ini rezeki Allah berikan kepada kita...aku reda dengan qada dan qadarNya..

Salam dari saya,

Juliah Haji Matnoor.
Maktab Sabah.

Prosa Tradisional Tingkatan 5 ( Hikayat Langlang Buana)

Sinopsis
Kisah bermula apabila Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama-sama dayang inang pengasuhnya pergi ke taman untuk bersiram. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak mengetahui bahawa semasa dia bersiram, dia telah diperhatikan oleh Raja Indera Bumaya yang bersembunyi di balik pokok kemunting. Raja Indera Bumaya telah bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik lalu hinggap di dahan pokok kemunting dan mengeluarkan bunyi yang sangat merdu. Bunyian tersebut telah menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri telah mengarahkan dayang untuk menangkap burung bayan tersebut tetapi tidak berjaya. Apabila kesemua dayang gagal menangkap burung bayan itu, dayang mencadangkan Tuan Puteri menangkap burung bayan itu sendiri. Tiba-tiba burung bayan terbang dan hinggap pada lengan Tuan Puteri. Tuan Puteri bertanya tentang asal-usul bayan. Bayan menceritakan dia berasal dari Negeri Lela Gambar dan mempunyai tuan yang bernama Raja Indera Bumaya. Bayan bercerita tentang kehebatan tuannya yang menyebabkan Tuan Puteri ingin sekali bertemu dengan tuannya itu. Bayan akhirnya menukarkan dirinya menjadi Raja Indera Bumaya dan akhirnya mereka saling berkasihan. Berita tentang adanya suara lelaki di istana Tuan Puteri telah menyebabkan ayahanda Tuan Puteri iaitu Raja Bahrum Dewa menjadi murka. Baginda telah mengarahkan 40 orang hulubalang dan rakyat untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Perintah tersebut telah menyebabkan Tuan Puteri berasa sedih dan bimbang akan keselamatan Raja Indera Bumaya. Namun Raja Indera Bumaya berjaya menewaskan angkatan serangan Raja Bahrum Dewa dengan bantuan 4 orang hulubalang yang dijelmakan daripada batu geliga. Raja Bahrum Dewa sangat murka dengan kekalahan tersebut lalu mengarahkan pula seluruh rakyat menangkap Raja Indera Bumaya sekali lagi. Kali ini Raja Indera Bumaya dibantu oleh empat ribu jin. Pertempuran tersebut menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang dahsyat.

Tema
Percintaan anak raja
Raja Indera Bumaya sanggup menukarkan dirinya menjadi bayan semata-mata untuk menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak sanggup kehilangan Raja Indera Bumaya.

Persoalan
1. Persoalan Keberanian Menghadapi Cabaran. Raja Indera Bumaya Tidak Gentar Untuk Menentang Hulubalang Raja Bahrum .
2. Persoalan Kebijaksanaan Mencari Peluang. Raja Indera Bumaya Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Burung Bayan Agar Dapat Menghampiri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.


WATAK PERWATAKAN
Raja Indera Bumaya
Anak raja dari Negeri Lela Gambar
Bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelmakan dirinya sebagai burung bayan agar dia dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

Berani. Raja Indera Bumaya berani duduk bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dalam istananya memadu kasih.

Mempunyai kuasa sakti (bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik) matanya daripada intan, bulunya daripada pusparagam dan kakinya daripada emas.

Gagah perkasa. Raja Indera Bumaya tidak dapat ditangkap oleh hulubalang yang mengepungnya .

Baik budi bahasa. Dia memuji-muji keelokkan paras rupa Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi

Puteri Raja Bahrum Dewa

Periang. Tuan puteri suka bergurau senda.

Seorang yang cantik. Raja Indera Bumaya terpesona dengan kecantikan Tuan Puteri ketika berbedak dan berlangir.

Suka akan binatang. Tuan Puteri terlalu sukacita apabila mendapat burung Bayan

Sangat mencintai kekasihnya.. Tuan Puteri tidak sanggup hidup lagi jika Raja Indera Bumaya mati.

Raja Bahrum Dewa
Seorang raja yang tegas. Dia tidak suka lelaki luar berada bersama-sama puterinya.

Pemarah. Baginda mengarahkan hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya yang memadu kasih dengan anakandanya sehingga mencetuskan kemarahannya.

Mengambil berat akan anakandanya. Baginda menganggap perbuatan Tuan Puteri Ratna Dewi yang memadu kasih dengan Raja Indera Bumaya sebagai celaka dan memalukan baginda.


Latar Masa
• Waktu malam. Tuan Puteri bergurau senda dengan dayang-dayang inang pengasuhnya. Bayan dikeluarkan dari sangkar emas.
• Waktu pagi . Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berbedak dan berlangir

Latar Tempat
• Kolam tempat Tuan Puteri mandi
• Mahligai tempat didengar suara Tuan Puteri bersama suara laki-laki tertawa.
• Luar kota. Raja-raja dan menteri hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya.

Latar Masyarakat
• Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
• Masyarakat saling mengasihi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat mengasihi Raja Indera Bumaya dan begitulah sebaliknya.
• Masyarakat yang tidak bertolak ansur. Raja Bahrum Dewa amat marah kepada Raja Indera Bumaya yang berkasih-kasihan dengan Puterinya.


NILAI PERISTIWA
Nilai keberanian Raja Indera Bumaya berani menghadapi serangan daripada Raja Bahrum Dewa.

Nilai Kasih sayang Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat menyayangi Raja Indera Bumaya sehingga sanggup mati bersama-samanya.

Nilai bekerjasama Rakyat bekerjasama dengan hulubalang menyerang Raja Indera Bumaya.

Nilai kebijaksanaan Raja Indera menukarkan dirinya menjadi bayan untuk memikat hati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

Nilai ketaatan Jin-jin mematuhi arahan Raja Indera Bumaya berperang dengan
rakyat Raja Bahrum Dewa


Persoalan
1. Kita hendaklah berani menghadapi apa-apa rintangan..Raja Indera Bumaya sanggup melakukan apa sahaja demi mendekati Tuan Puteri .
2. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua. Empat ribu jin telah berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa setelah diarahkan Raja Indera Bumaya.
3. Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelma sebagai burung agar dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri.

Soalan
1. Mengapakah Raja Indera Bumaya menjelma sebagai Burung Bayan ?
2. Apakah punca yang menyebabkan Raja Bahrum Dewa amat marah ?


Jawapan
1. Raja Indera Bumaya ingin memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
2. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi telah memalukan Raja Bahrum Dewa kerana memadu kasih dengan Raja Indera Bumaya di dalam mahligai .

Tuesday, May 3, 2011

Maafkan saya.... :(

Assalamualaikum,
Terima kasih kepada pelawat blog saya yang sudi ziarah dan membaca apa-apa yang ada dalam blog ini. Semoga anda dalam lindungan Allah selalu.

Maaf iya, sudah agak lama saya tak kemas kini blog ini. Hal ini berlaku kerana kesihatan diri saya yang tidak mengizinkan. Yang peliknya sudah sebulan lebih saya batuk ini tidak juga baik-baik.. Sakit ini satu rezeki daripadaNya jua.. selain itu, saya sibuk dengan tugasan saya iaitu mengajar dan belajar tidak akan putus sampai bila-bila kecuali saya menutupkan mata baharulah terhenti.

Salam perpaduan dari saya

Juliah Haji Matnoor
Maktab Sabah.

Monday, May 2, 2011

Prosa Tradisional Tingkatan 4 (Hikayat Khoja Maimun)

Sinopsis
Bab 1 :
Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik bernama Bibi Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung Bayan jantan dengan harga seribu dinar. Burung itu sungguh istimewa kerana boleh membuat ramalan. Menurut ramalannya, dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan mendapat keuntungan hasil daripada menjual sanbal ( wangi-wangian). Hasil keuntungan tersebut, Khoja Maimun turut membeli seekor burung tiung betina.
Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah. Pemergiannya menyebabkan Bibi Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Pada ketika itu dia terpandang anak raja negeri yang sangat kacak dan mereka saling jatuh hati. Bibi Zainab ingin berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat burung tiung. Namun, tiung melarangnya dengan memberi nasihat bahawa perbuatan tersebut bertentangan dengan hukum Allah. Bibi Zainab amat marah mendengar nasihat itu, lantas menghempas tiung sehingga mati. Seterusnya, dia meminta pandangan daripada Bayan pula. Bayan berusaha melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita kepadanya.

Bab 2: Cetera Pertama
Cetera pertama berkisar tentang Kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Isteri saudagar berbuat demikian kerana mengesyaki bahawa Bayan telah membocorkan dia telah bermukah dengan seorang fakir kepada suaminya. Bayan menyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air beras menyebabkan isteri saudagar tersebut mengganggap Bayan telah mati
Isteri saudagar menberitahu kepada suaminya bahawa bayan telah mati akibat dimakan kucing. Namun, helah itu diketahui suaminya menyebabkan saudagar tersebut marah dan menghalau isterinya. Dia telah pergi ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar suaminya menerimanya kembali. Setelah bulu bayan tumbuh kembali, dia keluar dari tempat persembunyian lalu terbang ke kubur Tuan Syeikh untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat. Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin membalas dendam. Bayan menyatakan hasrat untuk membantu isteri saudagar agar dapat kembali ke pangkuan suaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan bahawa bukan isterinya yang membunuh Bayan, menyebabkan isterinya diterima kembali.
Bayan menyuruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah siang. Pada hari yang lain Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemuai anak raja itu, namun Bayan telah bercerita tentang Hikayat Taif untuk melalaikannya.

Bab 3: Cetera Kedua
Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang dicurahkannya selama ini. Kehadirannya dialu-alukan dan Raja Tabristan yang menganugerahinya emas, perak dan tempat penginapan. Dalam suatu majlis keramaian, Taif telah menyatakan hasrat untuk melawan Isteri Syah Alam sehingga menyebabkan rajanya murka.
Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suara perempuan. Raja menitahkan Taif untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut perempuan itu, jika Taif inginkan daulat raja Tabristan bertambah dan umur baginda dipanjangkan, dia harus membunuh anaknya sendiri. Taif begitu setia dan rela melakukan perkara tersebut, namun dihalang oleh perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin menguji Taif.
Peristiwa itu sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan dia dianugerahi sebuah negeri dan harta yang banyak. Cerita itu sekali lagi melalaikan Bibi Zainab menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk bertemu kekasihnya. Malam berikutnya, Bayan bercerita lagi.

Bab 4 : Cetera Ketiga
Terdapat seorang suami yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala tindak tanduk isterinyanya dikawal. Isterinya telah bercerita tentang seorang suami yang terlalu memahami isterinya dan tidak akan marah walaupun isterinya berlaku sumbang terhadapnya. Hal ini demikian kerana, dia pernah melihat suami yang cemburu turut diduakan oleh isterinya. Akibat terlalu cemburu si suami sanggup menjadikan dirinya seekor gajah untuk membawanya berjalan-jalan, kerana bimbang isterinya akan bersenda gurau dengan lelaki lain.
Isteri kepada suami yang cemburu itu selalu menegaskan kepada suaminya bahawa dia setia, namun kesetiaannya masih diragui. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dan sehelai kain kesumba ketika suaminya pergi belayar. Jika isterinya curang, bunga itu akan layu dan kain itu akan luntur
Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim kemarau. Raja di negeri itu tertanya-tanya akan keunikan bunga itu menyebabkan saudagar itu menceritakan hal sebenar. Kebijaksanaan isteri saudagar itu menyebabkan Raja ingin menguji kesetiaan isteri saudagar dengan menghantar seorang hamba raja menemuinya namun gagal. Seterusnya, tiga orang hamba dihantar untuk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi, namun turut mengalami kegagalan. Akhirnya raja sendiri yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi. Isteri saudagar menasihati Raja agar takut akan azab Allah dan segera bertaubat.
Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaian apabila Bayan bercerita pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya, Bibi Zainab insaf dan sedar bahawa seorang perempuan mestilah taat kepada suaminya.


Tema
Nilai etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita terutamanya para isteri.

Cerita-cerita yang disampaikan oleh Bayan berkisar tentang pentingnya kesetiaan seseorang isteri dan perlu memiliki etika yang murni untuk menghindarkan daripada berlaku curang.


Persoalan
1. Persoalan kebijaksanaan melaksanakan sesuatu tindakan.
Apabila melihat Bibi Zainab menghempas burung tiung sehingga mati, bayan berpura-pura tidur.
2. Persoalan kecurangan seorang isteri
Semasa ketiadaan suami, Bibi Zainab jatuh hati dengan anak raja.
3. Persoalan kewajipan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.
Khoja Maimun keluar berniaga untuk mencari rezeki.
4. Persoalan kejujuran dalam sebuah perhubungan
Isteri saudagar jujur terhadap suaminya walaupun banyak lelaki cuba mendekatinya.

Plot
Secara keseluruhannya plot prosa tradisional digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
i. Permulaan
Khoja Maimun digambarkan sebagai seorang saudagar yang kaya dan memiliki isteri yang cantik bernama Bibi Zainab. Mereka membeli burung bayan jantan dan tiung betina. Khoja Maimun mengusahakankan perniagaannya di tempat lain tanpa membawa isterinya.
ii. Perkembangan
Bibi Zainab rindu akan suaminya yang pergi belajar. Bibi Zainab jatuh hati kepada anak raja. Dalam Cetera Pertama, Bayan bercerita kisah seekor burung Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Manakala dalam cetera kedua, Bayan bercerita kisah Taif dengan Raja Tabristan. Seterusnya dalam Cetera Ketiga, Bayan bercerita kisah suami yang amat cemburu kepada isterinya.
iii. Konflik
Bibi Zainab ingin bertemu dengan anak raja semasa ketiadaan suaminya.
iv. Klimaks
Bibi Zainab berpakaian cantik untuk bertemu kekasihnya. Bayan menasihati Bibi Zainab supaya tidak berpakaian yang keterlaluan kerana boleh mendatangkan fitnah.
v. Peleraian
Bibi Zainab melupakan hasrat untuk bertemu kekasihnya kerana lebih berminat dengan cerita Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya Bibi Zainab insaf kerana berniat curang terhadap suaminya.

Watak dan perwatakan
Watak Utama
Burung Bayan
• Bersaiz kecil
• Taat pada tuannya – Burung Bayan cuba mengelakkan Bibi Zainab daripada berlaku curang kepada tuannya Khoja Maimun.
• Pandai membuat ramalan – Ramalan Burung Bayan bahawa akan datang kafilah untuk membeli sanbal benar-benar terjadi.
• Bijak bercerita – Cerita yang disampaikan Bayan menarik hati Bibi Zainab sehingga dapat mengelakkannya daripada berlaku curang.

Watak Sampingan
Bibi Zainab
• Cantik
• Penyayang terhadap suami – Dia ingin bersama-sama suaminya pergi berlayar.
• Curang – Dia jatuh hati kepada putera raja dan ingin berjumpa pada waktu malam.
• Kejam - Dia membunuh Tiung yang cuba menasihatinya.

Khoja Maimun
• Bertanggungjawab – Dia pergi belayar demi mencari rezeki.
• Penyayang – Dia terlalu kasih akan isterinya Bibi Zainab.
• Bijak – Khoja Maimun bijak menjalankan perniagaan.

Taif
• Setia – Taif tetap berbakti kepada raja walaupun dimurkai oleh raja.
• Rela berkorban - Dia sanggup kematian anaknya demi Raja Tabristan.
• Taat perintah – Taif menurut perintah Raja Tabristan yang mahu dia menyiasat tentang bunyi suara yang didengar.


Latar Masa
Waktu malam
• Bibi Zainab berhias dengan cantik untuk menemui kekasih hatinya.
Waktu pagi
• Bayan selesai bercerita pada waktu pagi .

Latar Tempat
i. Negeri Ajam
• Khoja Maimun menetap di situ
ii. Pekan
• Khoja Maimun dan Bibi Zainab membeli burung bayan dan tiung di pekan.
iii. Jendela
• tempat Bibi Zainab melihat anak raja
iv. Kubur Tuan Syeikh
• Isteri saudagar berdoa di kubur dan bertemu semula dengan Bayan.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan ajaran agama -Isteri saudagar menasihati raja agar bertaubat
2. Masyarakat yang menurut hawa nafsu - Bibi Zainab tidak dapat menahan perasaan berahinya terhadap anak raja
3. Masyarakat yang pemurah - Raja Tabristan menganugerahi Taif pelbagai hadiah.
4. Masyarakat yang jujur memikul amanah yang diberikan - Taif begitu setia dan jujur kepada Raja Tabristan.

Teknik Plot
Pemerian
Pengarang menceritakan suasana ketika Khoja maimun hendak pergi belayar –
Setelah sudah maka Khoja Maimun pun bermohonlah kepada isterinya lalu dipeluk diciumnya akan isterinya yang cantik molek itu, muda molek dengan kelakuannya yang baik dengan tiada yang tidak baiknya itulah adanya, antara keduanya itu bertangisan dengan air matanya serta menaruh akan dua ekor burung itu. Maka Khoja maimun pun pergilah belayar.

Dialog
Dialog antara Khoja Maimun dengan penjual burung bayan di pekan –
“Hendakkah tuan hamba membeli Bayan?”
Maka sahut Khoja Maimun, “Berapa harganya?” Maka kata orang itu, “Seribu dinar Bayan hamba ini harganya.”

Monolog dalaman
Taif pun fikir di dalam hatinya, “Jikalau aku katakan yang sebenarnya pada raja bahawa sekali-kali raja tiada percaya seperti kataku. Jikalau demikian baik aku katakan yang lainlah.”

Gaya Bahasa
a) Simile
….dan ia seumpama air yang masin…kuning seperti muka orang durjana
b) Penggunaan bahasa Arab
Allah azzawajalla
c) Perlambangan
….emas itu berkuasa….
d) Inversi
“ seribu dinar bayan hamba ini harganya”

Nilai
1. Nilai kasih sayang terhadap pasangan
Contoh: Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati.
2. Nilai ketaatan terhadap ketua
Contoh: Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh anaknya.
3. Nilai prihatin terhadap keluarga
Contoh: Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga
4. Nilai keinsafan atas kesalahan yang dilakukan -
Contoh: Bibi Zainab insaf atas kesalahan yang dilakukan kerana cuba menduakan suaminya.

Persoalan
1. Kita mestilah patuh kepada perintah Allah agar dapat menghindarkan diri daripada kemungkaran
2. Kita haruslah berusaha untuk mencari rezeki buat keluarga agar kehidupan lebih sejahtera.
3. Kita perlulah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati agar memperoleh kebahagian yang berkekalan.
4. Kita mestilah bijak menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi agar tidak mendatangkan kemudaratan.


Latihan
1. Senaraikan tiga perwatakan Bayan seperti yang terdapat dalam Hikayat Khoja Maimun.
2. Tuliskan tiga nilai yang di peroleh dalam Hikayat Khoja Maimun berserta contoh.


Jawapan
1. Tiga perwatakan Bayan seperti yang terdapat dalam Hikayat Khoja Maimun ialah
Bayan merupakan binatang yang bijaksana. Selain itu, taat kepada tuannya dan boleh membuat ramalan tentang sesuatu yang bakal berlaku pada masa depan.

2. Tiga nilai yang terdapat dalam cerita ini ialah nilai kasih sayang terhadap pasangan contohnya Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati. Kedua nilai ketaatan terhadap ketua contoh Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh anaknya. Ketiga nilai prihatin terhadap keluarga contoh Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga

Cerpen Tingkatan 4 - Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

Sinopsis
Mir atau Amirah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta masyarakat. Mir sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang dahulu yang terletak di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Disebabkan itu, kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia sering teringatkan masa silam bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang mengalami konflik jiwa itu dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu Hakimah membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya, Mir mula beransur pulih daripada konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila melihat Mir semakin tenang dan beransur pulih.

Tema
Konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar.

Konflik dalaman yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Amirah atau Mir adalah disebabkan oleh rumah ayahnya akan dirobohnya untuk dijadikan tempat peranginan. Oleh itu, beliau sering memikirkan akan kesan kehilangan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan bersama ayahnya juga akan hilang. Jadi beliau sering menyendiri sehingga ada kalanya bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit skizofrenia.


Persoalan
1. Persoalan kemiskinan para nelayan
Kehidupan nelayan yang digambarkan melalui watak ayah Amirah terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa ayahnya yang berada di lautan. Malah segala-galanya serba kekurangan.
2. Persoalan keikhlasan dalam persahabatan
Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan dapat dilihat melalui usaha ikhlas Hakimah. Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk bercuti. Malah, dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut.
3. Persoalan keinsafan untuk mendekati ajaran agama.
Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha itu amat berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku.
4. Persoalan kepetingan menjaga alam sekitar
Bapa Amirah sering berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang mempunyai banyak kepentingan kepada manusia. Oleh itu, Amirah sering membayangkan akan keindahan pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya.

Plot
Secara keseluruhannya plot cerpen digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Cerita dimulakan dengan memperkenalkan watak Amirah yang mengalami tekanan perasaan. Amirah dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan tinggal bersama seorang rakan bernama Hakimah.

(ii) Perkembangan
Amirah sering memikirkan kehidupan ayahnya di kampung yang telah berpindah ke rumah panjang kerana rumah mereka di tepi pantai akan dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Dia juga sering teringat akan pesanan ayahnya untuk menjaga pantai daripada sebarang pencemaran. Sahabatnya Hakimah cuba membantu dengan cara membawanya pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibunya.

(iii) Konflik
Sikap Amirah semakin berubah kerana fikirannya semakin bercelaru memikirkan masalah keluarganya.

(iv) Klimaks
Ibu Hakimah menyuruhnya mengajar Amirah mendekati diri Tuhan lalu, Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung.

(v) Peleraian
Amirah berjanji akan menggunakan kain telekung tersebut. Akhirnya Amirah sembuh dan kembali seperti biasa.


Teknik Plot
1. Pemerian
Pengarang memerikan perihal kehidupan ayah Amirah yang bekerja sepanjang hari di dalam lautan mencari rezeki.

2. Dialog
Perbualan antara Amirah dengan Hakimah membincangkan soal lautan dan juga ombak yang sering didengari oleh Amirah.

3. Imbas Kembali

Mir mengimbas kembali kata-kata ayahnya yang menyuruh dan memesannya agar menjaga lautan daripada pencemaran.

4. Suspens
Pengarang membiarkan pembaca tertanya-tanya perkara yang berlaku kepada rumah Mir di tepi pantai.

5. Monolog Dalaman
Mulut Mir terkumat-kumit mengingati tentang khazanah kehidupan nelayan yang perlu dijaga untuk kelangsungan ekosistem.

6. Monolog Luaran
Mir mengulangi kata-kata ayahnya tentang apa yang harus dilakukan ketika rumah kesayangan mereka dirobohkan. “apa yang harus kulakukan?”

Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Mir / Amirah
• Anak seorang nelayan yang menuntut ilmu di universiti tempatan.
• Ibunya telah meninggal dunia ketika dia dilahirkan.
• Anak tunggal.
• Mengidap penyakit skizofrenia yang menyebabkan Mir menjadi pendiam.
• Memiliki rambut yang cantik.
• Seorang yang penyayang - Amirah anak yang baik kerana sentiasa memikirkan nasib dan pesanan ayahnya yang tinggal di rumah panjang.
• Suka menyendiri - Amirah mula berubah sikap mengasingkan kerana tekanan perasaan.
• Tabah - Amirah tetap meneruskan pembelajaran walaupun, dihimpit oleh kesusahan hidup keluarganya.

Watak Sampingan
1. Hakimah
• Gadis yang sedang menuntut di universiti tempatan bersama-sama dengan Amirah.
• Ibu yang tinggal di kampung.
• Sahabat yang baik - Sentiasa bersedia membatu rakannya yang mengalami tekanan perasaan.
• Prihatin - Membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan ibunya.
• Penyayang - Hakimah amat baik dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya.
2. Ayah
• Ayah kepada Amirah.
• Bekerja sebagai nelayan.
• Sudah tua
• Tinggal di rumah panjang di kampung.
• Badannya agak kurus.
• Kehidupannya miskin - Rumah yang dibina di atas tanah kerajaan akan dirobohkan untuk pembangunan
• Redha dengan takdir Tuhan - Menerima nasib dirinya yang terpaksa berkongsi rumah panjang kerana rumahnya di tepi akan dirobohkan.
• Gigih - Ayah seorang yang kuat semangat untuk terus mencari rezeki di laut bagi menampung kehidupan dia dengan anaknya.
3. Ibu
• Ibu kepada Hakimah
• Tinggal di kampung.
• Seorang yang baik hati - menghadiahkan Amirah telekung dengan niat agar Amirah mendekatkan diri dengan Tuhan.
• Penyayang - Mendidik anaknya dengan baik sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.
• Prihatin - Menyedari sahabat Hakimah sakit lalu ibu membantu Amirah agar mendekati diri dengan Tuhan.
• Patuh kepada ajaran agama - Sentiasa mengingati Hakimah agar mengajar Amirah membaca al-Quran dan mengenali Tuhan yang satu.

Latar Masa
Latar Masa
• Waktu Hujan - Ketika itu Amirah kembali teringat kata-kata dan juga pesanan ayahnya.
• Hari Sabtu - Hakimah mengajak Amirah berjalan-jalan di kota untuk menenangkan fikiran.
Latar Tempat
• Di laut- tempat ayah Amirah yang menjadi nelayan mencari rezeki.
• Di rumah Hakimah – Hakimah membawa Amirah bercuti juga menceritakan masalah Amirah.
• Di Kampung - Bapa Amirah tinggal di rumah panjang di kampung.
• Di Kampus - Tempat Amirah dan Hakimah belajar.
Latar Masyarakat
• Masayarakat yang saling sayang menyayang - Amirah menyayangi ayahnya yang tinggal di kampung.
• Masyarakat yang prihatin - Hakimah mengambil berat soal kesihatan sahabatnya yang mengalami tekanan perasaan.
• Masyarakat yang berpendidikan tinggi - Amirah dan Hakimah menuntut di Intitusi Pendidikan tinggi tempatan.
• Masyarakat yang miskin - Ayah amirah mewakili sekumpulan nelayan yang tinggal di rumah panjang secara berkongsi dan miskin.
• Masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama - Ibu Hakimah meminta Hakimah menghadiahkan telekung agar Amirah kembali kepada Tuhan yang satu.

Gaya Bahasa
1. Simile - “Ayah sayangkan laut itu seperti ayah sayangkan kau Mir”.
2. Sinkope – kau, ku dan tak
3. Repitasi - Berpintal-berpintal dan bergulung-gulung. Berpintal-pintal dan bergulung-gulung.
4. Peribahasa - hati perut.
5. Hiperbola - “Aku bercakap dengan ombak dengan samudera.”

Nilai
1. Nilai kasih sayang - Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi.

2. Nilai prihatin - Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan kepadanya.

3. Nilai kesabaran – Hakimah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan.
4. Nilai rasional - Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan dirobohkan untuk pembangunan.
5. Nilai patuh kepada agama – Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada ajaran agama sehinggakan menghadiahkan tudung kepada Amirah.

Pengajaran
1. Kita hendaklah tolong-menolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang sedang dalam kesusahan.

2. Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan tenang untuk melalui kehidupan seharian.

3. Kita haruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar kita tidak bertindak di luar batasan.

4. Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu dan bapa yang keseorangan di kampung.

5. Kita haruslah menyayangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan memberi pendidikan kepada kita.


Latihan
1) Jelaskan sebab-sebab berlakunya konflik jiwa kepada watak utama cerpen tersebut.

2) Nyatakan perwatakan Hakimah berserta contoh berdasarkan cerpen tersebut.

Jawapan
1. Sebab-sebab berlakunya konflik jiwa kepada watak utama:
• Rumah mereka akan dirobohkan
• Ayahnya terpaksa tinggal di rumah panjang berramai-ramai.
• Memikirkan soal kehidupan ayahnya yang miskin yang telah kehilangan rumah.

2. Perwatakan Hakimah:
• Seorang sahabat yang baik iaitu sentiasa bersedia membatu rakannya yang mengalami tekanan perasaan.
• Seorang prihatin iaitu sanggup membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan ibunya.
• Seorang yang penyayang contohnya, Hakimah amat baik dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya.